1 research outputs found

    Bbahul dan Hubungannya dengan Kepercayaan Bbiruhui Etnik Rungus

    Get PDF
    Bbahulialah sejenis puisi tradisional etnik Rungus yang tinggal di daerah Kudat, Sabah.Puisi tersebutsangat popular dandituturkan dalam kalangan etnik Rungus pada tahun-tahun sebelum 1980-an namun tidak lagi pada masa ini. Bbiruhuipula ialah kepercayaan turun-temurun etnik Rungus yang berkonsepkan Minamangun sebagai Pencipta Yang Esa, diikuti olehpelbagai semangat baik dan semangat jahat yang dipercayai berada di alam ghaib. Kajian ini merupakankerja lapangan dan penulis merakamkandan mendokumentasikanbhahul lisan dan maklumat berkenaan kepercayaan Bbiruhuidaripada sumberetnik Rungus. Pada peringkat awal kerja lapangan, beberapa orang sumbermemaklumkan bahawa sesetengah bbahul akan disampaikan oleh bbobbollizan (pakar upacara) dalam upacara Moginumbagi mengubati beberapa jenis penyakit. Hal sedemikian menunjukkan bbahul mempunyaikaitan rapat dengan kepercayaan turun-temurun etnik Rungus. Dalam artikelini, kepercayaan Bbiruhuisebagai sejeniskepercayaan rakyat akan diketengahkan. Pendapat sesetengah pengkaji yang beranggapan bahawa etnik Rungus ialah paganjugaturut disanggah. Seterusnya, sejumlah bbahul terpilih yang berkait dengan kepercayaan Bbiruhuiakan dianalisis bagi mendalami unsur-unsur kepercayaan yangterkandung di dalamnya. Dengan berbuat demikian, hubungan antara bbahul dengan kepercayaan Bbiruhuiakan didalami
    corecore