Tasawur Pembangunan Masyarakat Madani (T-PMM): Satu Analisis: The Development Worldview (Tasawur) of Madani Society (T-PMM): An Analysis

Abstract

Malay: Pembangunan masyarakat madani merupakan suatu bukti dinamika intelektual muslim dalam usaha memaknai ajaran Islam dan pengadaptasiannya dalam segenap ruang kehidupan. Wacana masyarakat madani telah terbentuk dalam tempoh waktu yang panjang dan cuba dijelmakan untuk memenuhi ciri-ciri sebuah masyarakat yang bertamadun. Secara umumnya, fokus kepada pembangunan masyarakat madani adalah pembinaan negara kota yang beracuankan tasawur Islam yang tulen. Walau bagaimanapun, perbincangan secara khusus mengenai acuan atau tasawur pembangunan masyarakat madani (T-PMM) ini masih belum dilakukan. Maka timbul persoalan, apakah T-PMM ini? Disebabkan masyarakat madani ini dilihat sebagai salah satu daripada pendekatan pembangunan berteraskan Islam (PBI), maka apakah T-PMM ini patut dibina berdasarkan tasawur PBI? Bagi menjawab semua persoalan ini, kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menganalisis semua data sekunder yang dikumpul untuk mengenal pasti T-PMM yang sebenar. Sebagai hasilnya, kajian ini mendapati T-PMM patut dibina berdasarkan T-PBI. Oleh itu, dicadangkan satu kerangka T-PMM yang sepatutnya diaplikasikan dalam segala aktiviti pembangunan masyarakat madani. English: Development of the Madani society is unquestionable evidence of Muslim intellectual dynamism in efforts to interpret Islamic teachings and its adaptation as well as application in all spheres of life. Discourse on the Madani society has evolved over a long time and it has tried to embody the characteristics of a civilized society. In general, focus on the development of the Madani society basically concerns the construction of a city-state based on a genuine Islamic worldview. However, specific discussions about the mould or worldview concerning the development of the Madani society (T-PMM) has yet to materialise. Hence, what is T-PMM? Since the Madani society is presumed to be one of the Islamic-based development approaches (PBI), thus, should the T-PMM be designed based on the PBI concept? In order to answer these questions, this qualitative study used the content analysis method to analyse all the secondary data collected to identify the real T-PMM. Findings indicate that T-PMM should be built based on T-PBI. Therefore, it is proposed that a T-PMM framework should be applied in all Madani society-related development activities

Similar works

Full text

thumbnail-image

Journals of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

redirect
Last time updated on 06/07/2025

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.

Licence: https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0