Bandar Lama Diraja Jugra, Selangor, Sebagai Pusat Pelancongan: Perspektif Pihak Berkepntingan

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Bandar Lama Diraja Jugra di negeri Selangor. Bandar Lama Jugra, Selangor mempunyai potensi dari aspek pelancongan berasaskan warisan sejarah, arkeologi, ekologi dan alam semulajadi. Namun begitu, pengurusan pihak berkepentingan dalam memelihara dan memulihara elemen-elemen warisan di kawasan kajian masih dalam tahap tidak memuaskan. Hal ini kerana terdapat kerosakkan yang berlaku pada bangunan-bangunan sejarah di Bandar Lama Jugra, namun masih lagi tiada tanda-tanda aktiviti pemuliharaan sehingga kurang menjadi tarikkan kepada pengunjung. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang telah dikemukan yang merangkumi elemen-elemen warisan yang ada dikawasan kajian, pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dan persepsi komuniti setempat sebagai pihak berkepentingan mengenai potensi kawasan kajian sebagai kawasan pelancongan. Penyelidikan ini juga berpandukkan kepada penggunaan teori semiotik dengan menggunakan kaedah campuran. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemu bual beberapa informan yang menggunakan pensampelan bertujuan terdiri daripada pegawai Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan komuniti. Selain itu juga, borang soal selidik turut diberikan kepada 263 orang responden melalui google form dengan pensampelan rawak mudah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa potensi Bandar lama Jugra sebagai pusat pelancongan mempunyai kesan yang baik jika pihak berkepentingan memberi Kerjasama. Hasil daripada kajian juga mendapati beberapa cadangan yang sesuai dengan permasalahan kajian yang melibatkan inisiatif yang perlu diambil oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat dalam melibatkan komuniti setempat. Kesimpulannya, terdapat banyak potensi elemen warisan di Bandar Lama Diraja Jugra. Walaubagaimanapun usaha keras perlu oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan aspirasi komunikasi dua hala secara telus bersama komuniti setempat. Kata Kunci: Elemen warisan; Pelancongan; Pihak Berkepentinga

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository

redirect
Last time updated on 23/05/2022

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.