Pengekalan Wayang Kulit Wong Di Parit Raja, Johor

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Pengekalan Wayang Kulit Wong Di Parit Raja, Johor. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejarah dan perkembangan Wayang Kulit Wong di Parit Raja, Johor disamping mengkaji persepsi masyarakat Parit Raja mengenai Wayang Kulit Wong. Selain itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis kaedah yang bersesuaian untuk memelihara Wayang Kulit Wong di Parit Raja, Johor. Wayang Kulit Wong merupakan sebuah teater yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni lakon, tari dan muzik. Wayang Kulit Wong adalah seni persembahan yang datang dari Jawa, Indonesia dan telah dibawa masuk oleh penghijrah Jawa pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Persembahannya mencerminkan budaya keturunan Jawa. Wayang Kulit Wong Johor pula persembahan kesenian versi Johor yang menggabungkan Wayang Kulit Wong dan Wayang Kulit Purwo. Persembahan Wayang Kulit Wong di Johor bertujuan hiburan semata-mata dan tidak berkonsepkan penyembahan. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan data dan maklumat. Kajian ini turut menggunakan kaedah pengumpulan data menerusi pelbagai jenis seperti temubual, soal selidik, kajian lapangan, kaedah kepustakaan dan sumber internet. Hasil dari dapatan kajian membolehkan pengkaji mengetahui sejarah dan perkembangan Wayang Kulit Wong dengan lebih terperinci. Pada akhir bab ini, pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan dan saranan kepada pihak-pihak berkepentingan khususnya dalam memelihara dan mengekalkan kesenian Wayang Kulit Wong agar terus relevan sehingga generasi akan datang

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository

redirect
Last time updated on 23/05/2022

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.