Kajian ini akan melihat sejauhmana perkembangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang bermula sebelum merdeka (1930) yang dikenali sebagai konsep nasionalisme bahasa, perjuangan mempertahankan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara selepas merdeka serta melihat cabaran-cabaran yang dilalui dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sehingga tahun 1967.Dalam erti kata yang lebih jelas ialah untuk melihat perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan berada di tahapnya yang sebenar adakah satu perjuangan yang berjaya atau gagal.Pengkaji akan mengalurkan sejarah perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka sehingga menjadi bahasa kebangsaan di Tanah Melayu selepas kemerdekaan.Perbincangan akan menjurus kepada perkembangan persuratan Melayu, kedudukan bahasa Melayu semasa penjajahan, perkembangannya sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.Bagaimana Inggeris sebagai penjajah melihat kedudukan bahasa Melayu sebagai simbol kepada ketuanan orang Melayu. Kajian juga akan melihat kedudukan bahasa Melayu di dalam laporanlaporan dan dasar-dasar penting seperti Penyata Razak, Ordinan Pelajaran, Penyata Rahman Talib, Perlembagaan 1957, Akta Bahasa 1963 dan Akta Bahasa 1967 dan lain-lain. Kajian juga sudah pasti berkenaan dengan kebangkitan semangat kebangsaan yang di dokong oleh bahasa Melayu sebagai wadah utamanya. Bagaimanakah kebangkitan semangat nasionalisme ini bermula dan ke manakah
arah tujunya.Dalam arena politik Tanah Melayu telah muncul krisis ekoran daripada Dasar Bahasa
Kebangsaan sehingga menimbulkan satu dinamik dalam kegiatan nasionalisme dan politik tanah air.
Kemelut politik yang berlaku ini telah membuka mata pihak British tentang apa yang orang Melayu
tidak puas hati sehingga mempengaruhi dasar British dalam menentukan hak dan ketuanan orang Melayu terutamanya dalam soal bahasa.Selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah
membuat rombakan yang besar dalam dasar negara seperti dasar ekonomi, dasar pendidikan, dasar
kebudayaan dan beberapa dasar yang lain. Salah satu dasar yang penting ialah Dasar Bahasa
Kebangsaan dan saya kira kedudukan bahasa Melayu merupakan masalah yang belum selesai dan
adakah benar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus mencetuskan isu
yang akan meluaskan lagi konflik ras dan mengagalkan pembentukan suatu identiti kebangsaan dan seterusnya menganggu kewujudan sebuah bangsa yang berwajah Malaysia. Kedudukan bahasa
kebangsaan di era 1960-an hingga 1970-an harus diperhalusi untuk melihat beberapa isu yang belum
selesai kerana situasi ini telah mempengaruhi kedudukannya selepas Peristiwa13 Mei 1969
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.