Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu elektif (KBME) yang digunakan oleh pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan pandangan pakar, pensyarah, dan pelajar terhadap kesesuaian kandungan, bahan pembelajaran dan aspek pedagogi modul yang dibangunkan ini dalam fasa pembangunan dan kajian rintis. Kajian reka bentuk ini menggunakan Borang Penilaian Modul (BPM) dan komen bersemuka sebagai instrumen. BPM ditadbirkan terhadap pensyarah dan pakar bagi mendapatkan skor ketiga-tiga aspek pembangunan modul. Komen bersemuka pula ditadbirkan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pakar, pensyarah dan pelajar terhadap modul yang dibangunkan. Dua pakar pendidikan Bahasa Melayu, empat pensyarah Bahasa Melayu, dan enam pelajar yang mengikuti kursus KBME dilibatkan sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pakar dan pensyarah menilai modul ini pada tahap baik (skor min 4.43) dan sederhana (3.89). Dapatan kajian juga mendapati bahawa modul ini harus dibaiki dan ditambah baik, khususnya dari aspek persembahan dan kandungan supaya lebih menarik dan sesuai dengan pelajar.
This study aimed to develop and examine the elective teaching and learning module in Malay language (KBME) among students who learn Malay as a foreign language. The objectives of the study were to get the views of experts, lecturers, and students on the suitability of the content, learning materials and the pedagogical aspects of the developed module. This study used the Module Assessment Form (BPM) and face-to-face interviews as an instrument. BPM was distributed to lecturers and experts to get the scores of the three developed modules. Whereas, face-to-face interviews were administered to get the views and suggestions of experts, lecturers and students on the developed module. Respondents involved in this study consisted of two Malay language experts, four Malay language lecturers, and six students who attended the KBME courses. The findings showed that the evaluation score of the module by experts and lecturers were at a good level (mean score 4.43) and moderate (3.89). It was also found that this module should be improved in terms of presentation and content to be more attractive and appropriate to the students. In conclusion, this module can be implemented with some improvements
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.