Peranan guru pendidikan Islam membentuk akhlak pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kunak Sabah

Abstract

Pembentukan akhlak pelajar berkait rapat dengan perlaksanaan aktiviti dakwah di sekolah oleh guru pendidikan Islam. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menganalisis peranan guru pendidikan Islam dalam membentuk akhlak pelajar di sekolah menengah kebangsaan yang terdapat di daerah Kunak Sabah. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Kunak, yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan di tingkatan empat. Pengumpulan data melalui instrument set borang soal selidik dan diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 23. Data dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian Peranan Guru Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Kunak mendapati beberapa item tertentu menunjukkan min yang tertinggi. Antaranya Guru Pendidikan Islam mengajak ke arah kebaikan mendapat skor 59.3% dan min 4.54, Guru Pendidikan Islam memberi bimbingan dan Kaunseling Islam mendapat skor 55.8% dan min 4.48, dan Guru Pendidikan Islam menyampaikan ilmu agama kepada pelajar dan masyarakat mendapat skor 53.9% dan min 4.45. Kajian ini mencadangkan agar pihak guru, ibu bapa dan organisasi pendidikan memberi perhatian kepada diri remaja dalam membentuk akhlak yang baik dan holistik. Pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar sewajarnya di pandang serius oleh guru Pendidikan Islam agar terhasil individu muslim yang dapat menyeimbangi nilai-nilai murni dari segi penghayatan dan pengamalan Islam dalam kehidupan

Similar works

This paper was published in UKM Journal Article Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.