Pengurus bertakwa memakmurkan syarikat

Abstract

Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, manusia telah diamanahkan untuk memanfaat, mengurus, mentadbir dan membangun segala sumber yang telah dikurniakan-Nya dengan sebaik dan seamanah yang mungkin. Setiap aktiviti pembangunan yang dijana hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan. Dalam konteks memakmurkan syarikat, mereka perlu memenuhi tuntutan hubungan dengan Allah (hablumminallah) secara menegak dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan hubungan sesama manusia (hablumminnas) dan makhluk-makhluk lain (hablumminalalamin) secara mendatar.Tanggungjawab ini hanya mampu dipikul oleh individu yang berusaha dengan penuh istiqamah untuk mencari kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat.Dalam konteks penulisan ini, individu tersebut ialah pengurus kepada sesebuah syarikat (mudir as-syarikat) yang akan diistilahkan sebagai Pengurus Bertakwa (Mudir Muttaqi). Pengurus Bertakwa sudah tentu akan melihat peranan mereka dari dwidimensi. Dimensi pertama, meletakkan peranan mereka sebagai seorang khalifah. Manakala dimensi kedua,meletakkan diri mereka sebagai seorang hamba

Similar works

Full text

thumbnail-image

UUM Repository

redirect
Last time updated on 01/04/2014

This paper was published in UUM Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.