Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Motif dan daya tarikan pusat membeli-belah dalam kalangan\ud pengunjung metropolitan Kuala Lumpur, Malaysia

By Noorsafiza Mohd Sapie, Mohd Yusof Hussain, Suraiya Ishak, Abd Hair Awang and Novel Lyndon

Abstract

Selari dengan haluan ke arah negara berpendapatan perkapita yang tinggi dan gaya hidup moden, pusat membeli\ud belah semakin menjadi tumpuan orang ramai. Pusat membeli-belah pula pesat bercambah.Tujuan kajian ini untuk\ud mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung dan motif mereka berkunjung.Disamping itu, kajian\ud ini menganalisa hubungan antara dua pembolehubah tersebut.Tiga buah pusat membeli-belah di metropolitan Kuala\ud Lumpur dipilih iaitu SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mid Valley Megamall di Petaling Jaya dan Berjaya\ud Times Square di Bukit Bintang.Seramai 150 pengunjung sudi memberikan maklumbalas.Hasil kajian wujud tiga\ud kluster motif pengunjung pusat membeli-belah iaitu yang mementingkan identiti pusat membeli belah, hedonistik\ud dan sosial serta utilitarian.Hasil analisis faktor mendapati tiga faktor tarikan pusat membeli-belah iaitu kemudahan\ud dan keselesaan atmosfera, imej dan faktor kedai serta aktiviti sosial.Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak\ud terdapat perbezaan signifikan antara motif membeli-belah dengan faktor tarikan pusat membeli-belah. Jesteru itu,\ud pusat membeli belah perlu sentiasa meningkatkan kemudahan, menambahkan lagi persekitaran selesa dan\ud mengukuhkan imej serta reputasi positif tanpa mengambilkira motif sebenar pengunjung

Publisher: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
Year: 2014
OAI identifier: oai:generic.eprints.org:6944/core365

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.