Pengurusan kecairan berasaskan aset dan liabiliti perbankan Islam di Malaysia

Abstract

Risiko kecairan bukan sahaja satu topik yang menarik didalam perbankan islam, tetapi ia menjadi isu terhadap kesemua bank termasuk bank konvensional dan juga badan pengawalselia yang terlibat. Pengurusan kecairan yang mantap akan mampu mengelakkan bank dari mengalami kekurangan dalam deposit permintaan. Risiko kecairan adalah risiko kerugian yang disebabkan oleh kegagalan untuk mendapatkan dana pada kos yang berpatutan untuk membiayai operasi bank dan menyediakan liabiliti pada masa yang diperlukan. Bank islam khususnya mempunyai risiko kecairan yang berbeza dengan bank konvensional kerana instrumen dan produk yang digunakan adalah bebas daripada riba dan berlandaskan prinsip-prinsip syarak. Kajian ini akan melihat kepentingan kecairan yang berasaskan aset dan liabiliti. Spesifikasi model dibina dan berasaskan data panel melibatkan pembolehubah dalaman dan juga luaran bank merangkumi faktor-faktor makroekonomi dari tahun 1997 hingga 2010. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan perbankan islam tidak terpengaruh dengan nisbah kecairan berasakan aset dan liabiliti, akan tetapi signifikan terhadap beberapa pembolehubah yang lain

Similar works

This paper was published in UM Digital Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.