Keupayaan menggunakan KOMSAS sebagai kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu

Abstract

Kajian mengenal pasti keupayaan guru menggunakan KOMSAS iaitu penguasaan kemahiran guru menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian terhadap dasar pendidikan memberi penekanan terhadap keperluan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain, memberi implikasi terhadap perubahan corak pengajaran guru yang berkesan, berpusat pelajar, menarik dan menekankan kemahiran berfikir. Kajian menggunakan teknik rawak bertujuan dan rawak mudah bagi mengumpul data guru Bahasa Melayu sekolah menengah seluruh Sabah. Jumlah sampel kajian adalah seramai 337 responden berdasarkan Jadual PersampelanKrejcie& Morgan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan ke atas 130 orang responden, nilai Cronbach Alpha bagi kesahan instrumen yang diperoleh bagi setiap pemboleh ubah adalah masingmasing, .965 dan .951. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap keupayaan guru menggunakan KOMSAS serta tahap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu adalah tinggi. Malah terdapat hubungan yang signifikan antara keupayaan menggunakan KOMSAS dengan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Keputusan kajian juga menunjukkan keupayaan menggunakan KOMSAS memberi pengaruh terhadap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu

Similar works

This paper was published in UKM Journal Article Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.