Konflik selatan Thailand: peranan Malaysia sebagai negara jiran

Abstract

Dari tragedi Krisek hingga ke tragedi Tak Bai masyarakat selatan Thai masih lagi dibelenggu dengan permasalahan konflik perkauman. Walaupun tampuk pemerintahan silih berganti namun pertelingkahan di antara pihak kerajaan Bangkok dengan puak pemisah yang cuba untuk mendominasi kuasa autonomi dari pihak kerajaan masih menjadi isu hangat di mata dunia. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji konflik di Selatan Thai yang melibatkan peranan Malaysia dalam menangani isu ini. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Ia turut menggunakan kaedah kajian sejarah untuk memahami latar belakang isu yang berlaku. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak kerajaan Thailand di Bangkok bagi menangani isu tersebut, namun hasilnya kurang memberangsangkan. Pelbagai pertubuhan dan badan-badan kerajaan lain cuba untuk membantu seperti ASEAN, PBB dan OIC. Malah tidak ketinggalan juga Malaysia turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang usaha ke arah perdamaian antara kerajaan Bangkok dengan puak pemisah. Dari saluran berbentuk nasihat, bimbingan hinggalah ke bentuk material, dilihat Malaysia begitu prihatin terhadap negara jirannya yang dilanda kemusnahan. Signifikan penemuan kajian menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai memenuhi dasar hubungan dua hala dan kepentingannya kepada Malaysia sendiri dalam menjaga keamanan negara

Similar works

This paper was published in UKM Journal Article Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.