Dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta: analisis SVAR di Malaysia

Abstract

Bermula dengan episod belanjawan defisit yang berpanjangan sejak tahun 1998 di NSM, menunjukkan kutipan hasil cukai kerajaan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan yang menyebabkan kerajaan perlu memikirkan sumber pembiayaan alternatif seperti melalui terbitan bon. Mengikut teori dana boleh pinjam, terbitan bon kerajaan menyebabkan penurunan harga bon dan seterusnya cenderung meningkatkan kadar bunga pasaran. Kenaikan kadar bunga pasaran menyebabkan kos dana meningkat yang menyebabkan firma cenderung mengecilkan saiz pelaburan. Ini menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan yang dibiayai melalui terbitan bon tidak dapat memberikan kesan sepenuhnya kepada peningkatan pendapatan negara malahan mewujudkan kesan asakan keluar ke atas pelaburan swasta. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dasar fiskal iaitu kejutan positif perbelanjaan kerajaan dan hasil kerajaan (cukai) terhadap pelaburan swasta di Malaysia. Kajian ini menggunakan model SVAR (Structural Vector Autoregressive) dalam ekonomi terbuka bersaiz kecil untuk mengenal pasti tindak balas dinamik kejutan dasar fiskal terhadap pelaburan swasta. Data kajian adalah data siri masa sukuan bagi tempoh 1991:1-2016:3. Analisis fungsi tindak balas impulse dan penguraian varian telah digunakan untuk mengupas keberkesanan dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta. Hasil kajian menunjukkan kesan kejutan perbelanjaan kerajaan mewujudkan kesan asakan keluar terhadap pelaburan swasta manakala bagi penggunaan swasta mengalami kesan positif. Bagi kesan kejutan hasil cukai kerajaan menunjukkan keputusan yang sama iaitu pelaburan swasta mengalami kesan negatif manakala penggunaan swasta mengalami kesan positif

Similar works

This paper was published in UKM Journal Article Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.