Cabaran bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan dalam melaksanakan ibadah solat

Abstract

Solat merupakan tuntutan ibadah yang paling agung di antara tuntutan ibadah lain yang menjadi penghubung secara terus dengan Allah serta ianya memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Tuntutan solat ini diwajibkan ke atas setiap individu yang bergelar Muslim tidak kira samaada tua atau muda, miskin atau kaya, bahkan juga diwajibkan ke atas golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun, terdapat cabaran dan halangan yang perlu dihadapi oleh golongan OKU ini dalam perlaksanaan ibadah solat berbeza dengan golongan normal yang lain terutamanya golongan OKU penglihatan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan OKU penglihatan dalam melaksanakan ibadah solat yang difardhukan ke atas mereka. Kajian ini hanya memfokuskan kepada golongan OKU cacat penglihatan kerana golongan ini perlu diberi perhatian yang lebih berbanding OKU lain kerana masalah penglihatan yang dihadapi menghalang mereka mempelajari dan mempraktikan solat dengan sempurna. Hasil dapatan kajian melalui kajian perputakaan mendapati bahawa terdapat tiga cabaran utama bagi golongan bermasalah penglihatan ini dalam melaksanakan solat iaitu cabaran dari segi prasarana, cabaran mengakses maklumat dan cabaran sokongan daripada keluarga dan masyarakat

Similar works

This paper was published in UKM Journal Article Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.