Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolah dan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2) indeks perlakuan melepak di kalangan pelajar sekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan 4) perbezaan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman, lokasi sekolah. Seramai 386 pelajar telah dipilih dari enam buah sekolah menengah negeri Johor. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, faktor- faktor dominan dan tahap perlakuan melepak telah digunakan. Bahagian B dan C soalan soal selidik masing-masing mempunyai kebolehpercayaan α = 0.7675 dan 0.6047. Program SPSS versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi perlakuan melepak dan tahap perlakuan melepak. Manakala Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman dan lokasi sekolah. Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 1) indeks perlakuan melepak adalah 34.4 2) terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan pada aras signifikan r = 0.01 3) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi sekolah, lokasi sekolah pada aras signifikan p = 0.05

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

redirect
Last time updated on 15/07/2013

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.