Sejauh manakah model Stufflebeam (KIPP) boleh membantu dalam penilaian program pembelajaran?

Abstract

Penilaian adalah satu proses untuk menentukan masalah, memilih maklumat berkaitan, dan memungut dan menganalisis maklumat untuk melaporkan rumusan yang berguna kepada pembuat keputusan. Model penilaian yang dibincangkan dalam topik ini ialah model KIPP Stufflebeam. Model penilaian KIPP dipilih kerana keberkesanan nya bagi mendapatkan hasil formatif dan sumatif dan bagi mencari keputusan, dan keupayaan penyelesaian masalah. Model penilaian KIPP boleh dibuat penilaian sama ada sebelum, semasa atau selepas projek itu berjalan. Ini amat berbeza dengan pendekatan Stake’s yang mengandaikan bahawa penyelidik boleh membuat kajian semasa peringkat implementasi ataupun semasa program itu sedang berjalan. Model penilaian KIPP juga dibentuk untuk memenuhi kehendak perancang dan pentadbiran program bukan sekadar memenuhi kehendak individu. Akhir sekali KIPP direka bentuk bukan setakat untuk membukti sesuatu keputusan tetapi bertindak sebagai untuk memperbaiki di mana maklumat-maklumat yang diperoleh nanti boleh dijadikan panduan untuk merancang sesuatu program

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

redirect
Last time updated on 15/07/2013

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.