research

Tabiat pengambilan ulam-ulaman di kalangan orang dewasa pelbagai etnik di Selangor

Abstract

Satu soal selidik telah dijalankan bertujuan untuk menilai tahap pengambilan ulam-ulaman di Negeri Selangor di kalangan 252 orang dewasa (> 17 tahun) (lelaki 28.6%, wanita 71.4%), pelbagai etnik (Melayu-51.6%; Cina-30.5%; India-17.5%) dengan umur purata 42.7 ± 13.9 tahun. Pengumpulan data pengambilan ulam-ulaman dibuat menggunakan kaedah sampel pendua 24 jam dan disertakan dengan soal selidik persepsi. Keputusan kajian ini mendapati bahawa ulam segar digemari oleh hampir semua subjek (82.1%) terutama daripada kalangan etnik Melayu (92.3%). Sebanyak 52% subjek memilih ulam celur/rebus. Faktor utama pengambilan ulam-ulaman adalah kerana khasiat yang baik kepada kesihatan serta rasanya yang enak dan unik. Ulam segar utama yang diambil oleh subjek kajian adalah mentimun (Cucumis sativus) (60.6%), kacang botol (Psophocarpus tetragonolobus) (33%), pegaga (Hydrocotyle asiatica) (31.5%), daun salad (Lactuca sativa) (27.6%), petai (Parkia speciosa) (29%) dan ulam raja (Cosmos caudatus) (21.9%). Sementara ulam celur/rebus pilihan adalah pucuk ubi (Manihot esculenta) (31.5%), bendi (Hibiscus esculentus) (12.5%) dan jantung pisang (Musa sapientum) (20.1%). Tiada perbezaan bererti (P > 0.05) terhadap pengambilan ulam-ulaman di kalangan etnik berbeza di mana nilai median untuk jumlah pengambilan sehari adalah pada julat 30-39 g/hari. Ulam berpotensi menjadi sumber dalam meningkatkan pengambilan sayursayuran bagi memenuhi saranan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 400 g sehari

    Similar works