Tahap kepuasan masyarakat terhadap perumahan kos rendah kerajaan dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) di Taman PPR Naga Sari, Jitra, Kedah

Abstract

Rumah merupakan asset yang penting bagi setiap manusia. Rumah sama ada kos rendah, sederhana atau tinggi sentiasa mendapat permintaan dikalangan rakyat pada masa kini. Namum begitu, permintaan dan penawaran bagi perumahan kos rendah didapati semakin meningkat dari masa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dan peningkatan kos sara hidup kini. Disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah atau golongan B40 maka kerajaan telah melaksanakan inisiatif dengan melancarkan Program Perumahan Kos Rendah iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk membantu golongan ini untuk memiliki rumah. Sebanyak RM724 juta diperuntukkan bagi pembiayaan Program Perumahan Kos Rendah (PPKR) dalam Rancangan Malaysia Ke-Tujuh (RMK7). Jumlah peruntukkan meningkat kepada RM4,5932.2 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan sebanyak RM 2,256.5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Walaupun begitu, pembangunan perumahan kos rendah PPR ini telah wujud beberapa isu dan persepsi penghuni berkenaan aspek fizikal perumahan PPR dan kemudahan yang disediakan kurang memuaskan. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas tentang permasalahan yang membelenggu rakyat yang berkaitan dengan perumahan kos rendah ini dengan memberi fokus di Taman PPR Naga Sari Jitra, Kedah

    Similar works