Amalan adat bercukur di Kelantan:satu kajian terhadap perbandingan struktur antara empat daerah

Abstract

Adat adalah satu budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.Adat dalam masyarakat melayu seperti adat bercukur telah diwarisi turun temurun sejak dari dahulu lagi.Adat bercukur adalah merujuk kepada membuang atau menggunting sebahagian rambut di kepala bayi yang baru lahir.Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan di empat daerah pilihan pengkaji.Kebiasaannya adat bercukur ini akan diadakan selepas tujuh hari bayi dilahirkan.Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa adat bercukur ini adalah sunat dilakukan.Ada sesetengah masyarakat Kelantan yang mengatakan bahawa adat bercukur dan akikah adalah perkara yang sama kerana ianya dilakukan pada hari ke tujuh tetapi mereka masih lagi mengadakan kenduri akikah di bulan Zulhijah.Penggunaan bahan dalam adat bercukur mempunyai falsafahnya yang tersendiri.Kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji adakah melalui sumber rujukan ilmiah dan juga data kuantitatif.Dalam dapatan kajian pula pengkaji telah mengetahui struktur yang telah berlaku di empat daerah pilihan pengkaji iaitu Kuala Krai,Tanah Merah,Bachok dan Kota Bharu dan telah mengetahui apakah perbezaan yang terdapat di dalam struktur adat yang ada di empat daerah tersebut.Pengkaji juga telah memberi cadangan untuk mengekalkan adat bercukur yang ada di negeri Kelantan ini antaranya ialah direkodkan di dalam CD dan sebagainya

    Similar works