Pengimunan hormon T4 yang dikonjugatkan dengan molekul
albumin serum manusia(ASM) telah dilakukan dengan menyuntik 100 pg/ml hormon tersebut ke atas mencit balb/c. Didapati selepas cabaran kelima, mencit tersebut telah menghasilkan antibodi terhadap
hormon T4 dengan titer sebanyak 640. Sel limpa yang telah diimunkan dilakurkan dengan sel miloma NS-l.
Untuk mendapat parameter kecekapan perlakuran yang optimum,
maka beberapa kajian telah dilakukan. Kajian tersebut meliputi kesan
jenama dan berat molekul Polietilina glikol (PEG), suhu semasa perlakuran dan kepekatan PEG telah dilakukan. Hasil yang diperolehi didapati parameter optima bagi proses perlakuran adalah menggunakan
PEG jenama Merck yang mempunyai berat molekul 1000(0) dalton yang
berkepekatan 50% dan suhu semasa perlakuran adalah 37°C. Oengan
menggunakan ketiga-tiga parameter tersebut, sebanyak lima kali
perlakuran dilakukan dan didapati koloni hibridoma yang terhasil
mencapai sehingga 95%. Oleh yang demikian, parameter yang optima ini
digunakan untuk melakurkan sel miloma NS-1 dan limfosit B mencit
yang telah diimunkan dengan T4-ASM . Didapati pada kepekatan 2.7 x
106 sel per telaga, hibridoma positif yang terhasil adalah, sebanyak 2.5%, 5.4% dan 1.03% untuk setiap kali perlakuran. Sementara pad a
kepekatan sel 8.25 x 105, 5.5 x 105 dan 1.38 x 105 per telaga
hibridoma yang terhasil tidak menghasilkan antibodi terhadap hormon T4