research

Menyingkap perkembangan perbandaran Ipoh menjadi sebuah bandaraya

Abstract

Bandar Ipoh merupakan bandar yang terkenal di Malaysia sebagai bandar yang berkembang hasil perlombongan bijih timah. Perkembangan perbandaran yang unik ini menjadikan Ipoh terkenal dari Tanah Melayu kepada Malaysia. Artikel ini akan meneliti atau menyingkap perkembangan perbandaran di Ipoh dengan memberi perhatian terhadap perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh sejak menjadi bandar sumber bijih timah di Lembah Kinta sehingga kini. Perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh amat penting kepada manusia pada hari ini kerana bandar ini menjadi pusat tumpuan manusia untuk mendapatkan pelbagai keperluan kehidupan. Perkembangan dan perbandaran seringkan dikaitkan dengan dasar dan perancangan bandar. Antara perkara penting yang diteliti iaitu perkembangan industri bijih timah kepada industri perkilangan dan elektronik serta industri simen. Perkembangan ini membawa pertumbuhan petempatan serta peningkatan penduduk. Kajian ini hanya melibatkan analisis deskriptif dan statistik dari data sekunder secara bertulis dan bukan bertulis dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO termasuk data sejarah. Ipoh mengalami perkembangan industri dan pertambahan penduduk yang pesat seiring dengan fungsi dan kedudukannya sebagai sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Kedudukan dan perkembangan Ipoh di Lembah Kinta berfungsi sebagai bandar sumber bijih sehingga sebagai sebuah Bandaraya yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Perkembangan perbandaran melibatkan perkembangan industri dan aktiviti perbandaran di pusat bandar sehingga melimpah ke sekitarnya seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan. Kajian ini mendapati juga perbandaran di Ipoh semakin berkembang di kawasan Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya. Permulaan aktiviti industri di Ipoh dipelopori oleh pusat perdagangan dan perlombongan kaum Cina. Pembangunan yang meningkat selaras dengan jumlah penduduk Ipoh seramai 710,798 (2007) dan jumlah penduduk di sekitar bandaraya 1,022,240 di Ipoh yang dipelopori majoriti kaum Cina. Ruang petempatan penduduk di Ipoh bertumpu diMenglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh. Faktor ini menjadikan perkembangan perbandaran di bandaraya Ipoh menjadi semakin merebak di kawasan pinggir bandar Ipoh

    Similar works