32 research outputs found

    Kepuasan pelancong dengan Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari: satu kajian persepsi

    Get PDF
    Pelancongan lestari bertujuan mengurangkan kesan ekologi dan sosiobudaya kepada masyarakat setempat. Kini, pelancongan lestari semakin popular dan menjadi amalan kebanyakan negara di dunia. Persepsi pelancong terhadap pelancongan lestari juga boleh memberi impak terhadap sesuatu destinasi pelancongan. Justeru, objektif utama artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi serta tahap kepuasan pelancong terhadap negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari. Kaedah survei menggunakan borang kaji selidik diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 735 orang pelancong terlibat dengan kajian ini dan mereka dipilih berdasarkan kaedah persampelan mudah bertujuan. Tahap kepuasan pelancong diukur menggunakan skala Likert, iaitu 1 sangat tidak berpuas hati dan 5 sangat berpuas hati. Hasil kajian mendapati majority (70 peratus) pelancong mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari

    Hubungan pengetahuan dan tingkah laku kewangan dengan perancangan kewangan persaraan dalam kalangan generasi milenial

    Get PDF
    Persaraan merupakan satu fasa kehidupan yang bakal dilalui oleh setiap pekerja apabila umur bersaranya tiba. Kajian lepas menunjukkan perancangan kewangan bagi tujuan persaraan dalam kalangan generasi milenial di Malaysia masih kurang berbanding luar negara. Justeru itu kajian ini akan mengkaji hubungan di antara pengetahuan kewangan dan tingkah laku kewangan dengan perancangan kewangan persaraan dalam kalangan generasi milenial. Perancangan kewangan persaraan yang dikaji melibatkan komponen pengurusan tunai, pengurusan simpanan, pengurusan kredit, pengurusan insurans, pengurusan pelaburan dan perancangan harta pusaka. Kaedah survei dengan menggunakan teknik persampelan rawak sistematik diaplikasikan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah generasi milenial yang berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Hasilnya seramai 270 orang responden terlibat dalam kajian ini. Analisis Korelasi Pearson digunakan bagi menjelaskan hubungan di antara pengetahuan kewangan dan tingkah laku kewangan dengan perancangan persaraan. Hasil kajian menunjukkan hanya tingkah laku kewangan menunjukkan hubungan signifikan positif sederhana dengan perancangan kewangan persaraan. Justeru itu, implikasi kajian menyarankan agar tingkah laku diberi perhatian dalam memastikan generasi milenial mempunyai perancangan persaraan yang terbaik. Perhatian harus lebih fokus kepada aspek pengurusan kredit dan perancangan pelaburan. Hal ini perlu bagi membolehkan persediaan kewangan optimum dilakukan oleh generasi ke arah kesejahteraan hidup, khususnya semasa menghadapi persaraan

    Sempadan dan pertikaian pemilikan tanah adat di Sarawak

    Get PDF
    Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama iaitu status, kesahihan pemilikan dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Konflik masyarakat berhubung dengan perkara tersebut boleh dikaitkan dengan cara informasi tanah diperoleh. Kebanyakan pemilik tanah adat mendapatkan informasi tanah milik mereka secara lisan iaitu melalui informasi mulut ke mulut. Hal ini akhirnya menjadi satu cabaran yang besar kepada masyarakat apabila timbul pelbagai anggapan dan intepretasi yang berbeza berkait dengan status dan kesahihan tanah adat yang dimiliki. Justeru kajian ini menelit i maklumbalas pemilik tanah adat berhubung dengan cara penentuan sempadan tanah dalam kalangan masyarakat Bidayuh di daerah Serian Sarawak. Selain itu kajian juga memberikan perhatian terhadap pertikaian persempadanan tanah adat serta impilkasinya dalam kalangan pemilik tanah adat. Maklumat yang berkait dengan tujuan kajian telah diperoleh melalui FGD serta temuselidik mendalam dengan pemilik tanah adat di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati wujud beberapa cara penentuan sempadan dalam kalangan pemilik tanah. Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa pertikaian tanah di kawasan kajian banyak didorong oleh isu status dan kesahihan pemilikan tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah adat. Bagi mengurangkan konflik maka dicadangkan agar tanah-tanah yang ada dibuat sukatan oleh juruukur bertauliah. Apabila tanah telah disukat, pemilik tanah akan memperoleh surat hakmilik tanah yang lebih jelas dari segi status dan kesasihan pemilikan

    Effect of Various Plasticizers in Different Concentrations on :Physical, Thermal, Mechanical, and Structural Properties of :Wheat Starch-Based Films

    Get PDF
    Biocomposite materials are essential for environmental protection, as they have the ability of substituting synthetic plastic with natural materials. This work investigated how different plas¬ticizers (Glycerol (G), Fructose (F), Sorbitol (S), and Urea (U)) affect the morphological, mechanical, thermal, and physical characteristics of films made of wheat starch at various concentrations (0%, 15%, 25%, and 35%). Plasticizers were added to improve the flexibility and homogeneity of the wheat starch-based bioplastic. Control film exhibited high tensile strength (38.7 MPa) with low elon¬gation (1.9%). However, films plasticized with 35% sorbitol showed the highest elongation, which was 60.7% at break. At 35% of all plasticizers, fructose showed the highest tensile strength, with 7.6 MPa. The addition of different plasticizers shows improvement in water resistance; films plasticized with glycerol had the lowest water absorption at 35% fructose (187.4%) and also showed coherent surfaces. Glycerol, sorbitol, and urea films showed a higher mass loss compared to fructose films. Fructose showed the highest performance after the analysis of the results, with low water absorp¬tion, water content, and mass loss and with high mechanical performance at 35% of fructose. SEM images show that the addition of fructose and glycerol improves the surface homogenate, while sorbitol and urea have a less compact structure with large pores

    Effect of Various Plasticizers in Different Concentrations on Physical, Thermal, Mechanical, and Structural Properties of Wheat Starch-Based Films

    Get PDF
    : Biocomposite materials are essential for environmental protection, as they have the ability of substituting synthetic plastic with natural materials. This work investigated how different plasticizers (Glycerol (G), Fructose (F), Sorbitol (S), and Urea (U)) affect the morphological, mechanical, thermal, and physical characteristics of films made of wheat starch at various concentrations (0%, 15%, 25%, and 35%). Plasticizers were added to improve the flexibility and homogeneity of the wheat starch-based bioplastic. Control film exhibited high tensile strength (38.7 MPa) with low elongation (1.9%). However, films plasticized with 35% sorbitol showed the highest elongation, which was 60.7% at break. At 35% of all plasticizers, fructose showed the highest tensile strength, with 7.6 MPa. The addition of different plasticizers shows improvement in water resistance; films plasticized with glycerol had the lowest water absorption at 35% fructose (187.4%) and also showed coherent surfaces. Glycerol, sorbitol, and urea films showed a higher mass loss compared to fructose films. Fructose showed the highest performance after the analysis of the results, with low water absorption, water content, and mass loss and with high mechanical performance at 35% of fructose. SEM images show that the addition of fructose and glycerol improves the surface homogenate, while sorbitol and urea have a less compact structure with large pores
    corecore