46 research outputs found

    Minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia terhadap Bahasa Arab

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan antara minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab terhadap bahasa Arab serta cuba memaparkan sikap dan usaha mereka untuk mempertingkatkan kecekapan bahasa Arab. Responden kajian ini terdiri daripada 130 orang pelajar yang mengambil pengkhususan B.A Bahasa Arab di IPTA seperti UPM, UIAM, UKM, UM dan USIM. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab, tetapi mereka tidak menunjukkan Keselarian antara sikap dan minat. Mereka kurang membaca akhbar Arab, cerpen, dan novel. Mereka juga kurang mendengar berita Arab, dan mengakses maklumat Arab melalui internet. Kajian juga mendapati bahawa responden sangat jarang menulis surat kepada pensyarah tentang sebab-sebab ketidakhadiran kuliah mereka dalam bahasa Arab. Majoriti responden juga kurang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajarArab (penutur asli)

    Variation in instructive style in Prophet Muhammad's discourses: an analytical study in light of modern socio-linguistics

    Get PDF
    Prophet Muhammad’s (peace be upon him) discourses are a rich source and mine of knowledge and edifying instruction, and are an important part of the Prophetic Traditions which constitute the second source of Islamic teachings next to the Qur’an. The Prophetic discourses have been recorded and transmitted with a very degree of preciseness in both letter and content. Thus they provide a great record and comprehensive register of social life during the Prophetic era. In view of this, the present article aims at discovering the elements and aspects of that social life by identifying and examining the linguistic forms and speech modes employed in the Prophetic discourses and discerning their relationships with the socio-cultural context prevailing during the occurrence of the Prophet’s speech acts. No doubt, in carrying out his prophetic mission to convey God’s message to people, the Prophet (peace be upon him) made use of all that was available to him in terms of the Arabic language’s stock of speech styles, modes of expression and ways of linguistic performance. It is a characteristic feature of his discourses that his speech would be commensurate with the requirements of the actual situation. Thus, he was always keen to address each group of people, indeed each individual, according to their level and standing and to make his speech relevant to the situation. Therefore, the article focuses on the styles of speech in the Prophetic discourses meant for edifying people and directing them to perform certain actions. This task has been done by analyzing three speech acts of the Prophet recorded in Sahih Muslim, in which exercise the author has had recourse to American linguist Dell Hymes’ model of determining the components of a speech act or speech event which he summarized in the expression SPEAKING whereby each letter conforms to first letter of the name of each of those eight components taken as criteria for discovering and assessing the relationship between speech modes and the context

    Mengapa guru pelatih bimbang untuk bertutur dalam kelas bahasa Arab?

    Get PDF
    Kebimbangan merupakan salah satu faktor yang amat mempengaruhi kemampuan pelajar semasa mempelajari bahasa asing, malah kemahiran bertutur dibuktikan oleh kajian lepas sebagai kemahiran yang paling banyak dipengaruhi oleh faktor ini. Dalam konteks kajian bahasa Arab, banyak dapatan yang menunjukkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kebimbangan dalam bertutur yang dialami oleh guru pelatih bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ketika mempelajari kemahiran bertutur. Seramai 11 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang sedang mengikuti kelas (BAMB3013) dipilih sebagai responden kajian. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini memperoleh data melalui 66 buah catatan diari pelajar, yang kemudiannya dianalisis berdasarkan Teori Kebimbangan Kelas Bahasa. Dapatan kajian mendapati kebimbangan untuk bertutur melibatkan keresahan komunikasi, takut penilaian negatif, serta kebimbangan ujian. Kebimbangan ini berlaku berpunca dari dalam diri guru pelatih, bentuk aktiviti bertutur yang dijalankan serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh rakan-rakan dan juga pensyarah

    Pengaruh gender terhadap gaya kesantunan dalam komunikasi Rasulullah SAW

    Get PDF
    Gaya kesantunan ialah strategi berbahasa yang melibatkan aspek kebahasaan supaya ciri-ciri akhlak, adab, kesopanan dan adat yang dijunjung dalam masyarakat dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gender yang mempengaruhi penggunaan unsur kesantunan bahasa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui analisis teks wacana nabawi terpilih. Data kajian ini ialah teks perbualan yang melibatkan baginda SAW dengan anggota masyarakat ketika itu. Analisis teks dilakukan dengan menggunakan pendekatan Model Grid SPEAKING yang diperkenalkan oleh Dell Hymes (1986) yang memberi fokus kepada analisis konteks sosial dan budaya yang luas. Hasil analisis merungkai unsur tabu yang terdapat dalam peristiwa percakapan tersebut dan faktor gender yang mempengaruhi gaya kesantunan berbahasa Rasulullah SAW. Dapatan kajian menjadi panduan yang signifikan kepada masyarakat Islam masa kini dalam membudayakan nilai-nilai kesantunan dan kesopanan dalam berbahasa

    Perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi abad ke-20 hingga kini

    Get PDF
    Sistem ejaan Jawi Tradisi ialah sistem ejaan lama yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan tersebut banyak terdapat dalam manuskrip Melayu klasik. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, bagi menampung lompang tersebut, kajian ini akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III (SSZA III) yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Ejaan Jawi dalam SSZA III telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana surat-surat ini merupakan satu-satunya naskhah asli bertulisan tangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkataan-perkataan yang menggunakan ejaan Jawi Tradisi dalam SSZA III kebanyakannya masih dikekalkan sehingga sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan Jawi Tradisi merupakan sistem ejaan yang telah mantap penggunaannya dan tidak perlu diubah lagi

    Penaakulan perkembangan tulisan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi

    Get PDF
    Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan diterbitkan pada tahun tersebut seolah-olah pedoman tersebut adalah muktamad dan tiada lagi perubahan pada sistem ejaan Jawi. Bagaimanapun, hasil penelitian yang dilakukan didapati bahawa masih banyak perubahan sistem ejaan yang berlaku dari tahun tersebut sehingga buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi Edisi Kedua (2008) diterbitkan. Maka seharusnya buku ini dijadikan sebagai pegangan muktamad pada masa ini. Dalam buku ini, terdapat sistem ejaan bagi kata serapan bahasa Arab dan kata serapan Inggeris, namun sistem ejaan kata Melayu jati tidak dinyatakan dengan jelas dan banyak kekecualian berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa isu timbul seperti pengejaan kata dasar dua suku kata yang mengecualikan hukum – rama pada akhir kata, kaedah umum ejaan kata serapan Arab dan ejaan ta marbutah, dan ejaan untuk gugus konsonan pada akhir kata bagi kata serapan Inggeris. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan sistem ejaan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi yang dapat difahami daripada buku tersebut. Kaedah yang digunakan dalam analisis ini ialah kaedah perbandingan, iaitu membandingkan buku pedoman ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1986. Hasil penaakulan mendapati bahawa analisis berdasarkan pendekatan etimologi mampu mengurangkan kekecualian dan kekeliruan sebelum ini

    IMPLICIT MEANING AND EXPLICITATION IN THE TRANSLATION OF ‘RIHLAH IBN BATTUTAH’ INTO ENGLISH

    Get PDF
    In translation, the utterances delivered in the form of implicit meaning in Arabic are not necessarily retained in that form in English. This results in a reversal, with the form of  implicit meaning being translated into  explicit meaning. This study aims to identify the forms of implicit meaning in the book ‘Rihlah Ibn Battutah’ and to explore the influence of culture on this translation and the strategies used by the translator to deal with the difficulties of translating  implicit meaning. This study is a qualitative study using case study and textual analysis methods based on the approach proposed by Klaudy and Károly (2005), and Pym (2005). The data analysis was carried out using ATLAS.ti software. The results of this study  show that explicitation in translation is not only driven by cultural factors in general but  it is also significantly influenced by religious, Arabic Rhetorical Sciences (Balāghah), lexicogrammatical and pragmatic factors, communicative preferences and the politeness of the target language itself. This study will hopefully spark interest in and a deeper focus on the explicitation strategy in the field of translation.Keywords: Translation, Implicit Meaning, Explicitation, Textual Analysi

    Pengaruh konteks situasi terhadap variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran

    Get PDF
    Ayat seruan merupakan salah satu gaya bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Dalam bahasa Arab ayat seruan dikenali sebagai ayat Nida’, yang mengandungi dua komponen utama yang membina ayat tersebut iaitu kata seru atau adat Nida’ dan orang yang diseru atau munada. Ayat seruan dalam al-Quran ditujukan kepada seseorang yang diseru menggunakan variasi dan pelbagai lafaz. Seruan kepada Nabi Muhammad SAW dikenalpasti menggunakan lima bentuk variasi lafaz yang ditujukan kepada baginda. Justeru, kajian bertujuan untuk menganalisis dan menilai pengaruh konteks situasi terhadap penggunaan dua variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW iaitu al-Rasul dan al-Nabiy. Sarjana Islam terdahulu telah menjelaskan berkenaan kepentingan konteks situasi dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, konteks situasi menjadi aspek utama dalam menjelaskan persoalan penggunaan variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW ini. Sampel kajian ayat seruan dianalisis berdasarkan Teori Semiotik Sosial Halliday (1978). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan dua bentuk variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW yang dikaji, dipengaruhi oleh aspek konteks situasi terutamanya oleh isu dalam unsur medan wacana. Manakala pelibat wacana sebagai unsur sampingan yang mempengaruhi penggunaannya

    Permasalahan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat pengajian tinggi

    Get PDF
    Kemahiran menulis merupakan elemen yang penting dalam penguasaan bahasa Arab, lebih-lebih lagi bagi pelajar pada peringkat pengajian tinggi. Kemahiran menulis adalah merupakan salah satu kemahiran kompleks yang melibatkan proses kognitif dan salah satu indikator kecekapan dalam berbahasa. Artikel ini bertujuan membincangkan isu kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menerapkan pendekatan analisis dokumen. Hasil tinjauan literatur mendapati terdapat beberapa aspek kelemahan pelajar dalam penulisan bahasa Arab pada peringkat pengajian tinggi. Kelemahan dalam penulisan bahasa Arab ini didapati berlaku dalam lima aspek, iaitu ortografi dan ejaan, sintaksis dan morfologi, pembinaan ayat, kosa kata dan strategi. Penelitian tentang permasalahan bahasa Arab dalam penulisan pelajar peringkat pengajian tinggi perlu diberi perhatian agar usaha penambahbaikan berterusan dapat dilakukan. Beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan kualiti pembelajaran kemahiran menulis pelajar turut dikemukakan menerusi kajian ini
    corecore