10 research outputs found

    Pemuliharaan bangunan rumah kedai traditional di Pekan Melayu dan Pekan Cina di bandaraya Alor Star

    Get PDF
    Projek penyelidikan ini merupakan usaha dan langkah awal dalam meningkatkan aktiviti pemuliharaan ke atas bangunan-bangunan warisan di Bandaraya Alor Star bagi menyokong pembangunan pelancongan warisan di Alor Star memandangkan aktiviti pemuliharaan tersebut masih kurang diberi perhatian pada masa sekarang.Justeru, penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti aspek pemuliharaan yang telah dan perlu dilakukan ke atas bangunan-bangunan warisan di Alor Star.Bagaimana pun, skop kajian ini adalah tertumpu kepada aspek pemuliharaan bangunan-bangunan rumah kedai tradisional yang terletak di Pekan Cina dan Pekan Melayu yang merupakan kawasan awal kewujudan pusat perdagangan di Alor Star pada zaman dahulu.Terdapat 205 bangunan rumah kedai tradisional di kawasan kajian dan kajian dilakukan untuk mengenalpasti keadaan fasad dan struktur bangunan-bangunan rumah kedai tradisional serta aspek pemuliharaan yang diperlukan ke atas bangunan-bangunan tersebut.Hasil kajian ini dapat membantu khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam membekalkan maklumat pemuliharaan bangunan warisan dan seterusnya menentukan tindakan yang perlu diambil bagi memulihara bangunan-bangunan yang telah uzur di Bandaraya ini.Selain itu, kajian penting dalam usaha menjadikan pelancongan warisan sebagai altenatif kepada aktiviti pelancongan di Bandaraya Alor Star pada masa hadapan

    Tahap pengetahuan komuniti luar bandar dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman

    Get PDF
    Kajian ini meneroka tahap pengetahuan penduduk luar bandar dalam bidang ICT di dua perkampungan dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian dijalankan ke atas 200 orang responden dimana agihan seimbang dilakukan di dua kawasan tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya membincangkan tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT. Kajian ini telah memberi gambaran yang jelas tentang tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT melibatkan aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. Secara umumnya, objektif kajian untuk mengenalpasti tahap penyertaan masyarakat dalam bidang ICT, mengenalpasti amalan kaedah pengurusan ICT, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang ICT dan mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan tahap pengetahuan ICT di kalangan penduduk kampung. Instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal-selidik dan temu bual bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penguasaan bidang ICT di kalangan penduduk. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menghuraikan beberapa faktor yang mempengaruhi dan masalahmasalah yang sering dihadapi oleh penduduk dalam bidang ICT. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan ini ke arah mewujudkan pembangunan kawasan luar bandar yang lestari melalui penerapan kemudahan ICT

    Kesan bencana banjir ke atas aktiviti perniagaan di Bandar Lama Gua Musang

    Get PDF
    Banjir luar biasa yang telah melanda Daerah Gua Musang pada bulan Disember 2014 telah menyebabkan banyak pihak yang mengalami kerugian akibat pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku termasuk aktiviti perniagaan. Kertas kerja ini membincangkan kesan bencana banjir ke atas aktiviti perniagaan di kawasan Bandar Lama Gua Musang dari sudut kerugian, kerosakan dan kemusnahan premis perniagaan yang dialami oleh peniaga.Metodologi kajian melibatkan tinjauan soal-selidik ke atas 60 peniaga di Bandar Lama Gua Musang dan temubual dengan pihak berkuasa yang telah bertanggungjawab dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) semasa berlaku banjir. Hasil kajian mendapati ketiadaan amaran awal sebelum berlaku banjir menyebabkan golongan peniaga gagal menyelamatkan harta benda mereka. Kederasan arus banjir dan ketinggian paras air banjir bersama lumpur telah mengakibatkan kerosakan barangan perniagaan dan kemusnahan ke atas beberapa bahagian fizikal dan struktur bangunan perniagaan. Nilai kerugian peniaga dan kemusnahan bangunan dianggarkan sekitar RM20 juta

    Tekanan & kawalan pembangunan kawasan pertanian dan tanah simpanan Melayu Negeri Kedah

    Get PDF
    Fokus utama kajian adalah menilai implikasi pembangunan terhadap tanah pertanian di Negeri Kedah khususnya tanah pertanian sawah padi yang keseluruhannya berstatus Tanah Simpanan Melayu (TSM). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kedudukan dan kepentingan kawasan pertanian dan TSM, menganalisis tekanan pembangunan ke atas gunatanah pertanian serta mengkaji mekanisme kawalan pembangunan yang dipraktikkan dan penguatkuasaan ke atas guna tanah pertanian dan TSM di tiga daerah di Negeri Kedah iaitu Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan.Penemuan kajian mendapati wujud elemen tekanan pembangunan di kawasan kajian terutamanya yang melibatkan tanah pertanian (padi) dan TSM terutamanya yang terletak dalam radius pembangunan pusat bandar setiap daerah kajian serta koridor pembangunan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).Hal ini sukar untuk dielakkan memandangkan pembangunan akan sentiasa berlaku dan berkembang khususnya projek-projek pembangunan perumahan, komersil dan insrastruktur yang mempunyai permintaan yang semakin meningkat

    Aplikasi konsep bandar selamat dalam menangani masalah jenayah di kawasan bandar di Malaysia

    Get PDF
    Bandar Selamat merupakan suatu pendekatan ke arah perancangan dan pembangunan mengutamakan aspek keselamatan dalam rekabentuk persekitaran bandar. Melalui penerapan Konsep Bandar Selamat, kemajuan dan pembangunan di sesuatu bandar adalah lebih efektif dengan mengambilkira aspek kemajuan ekonomi dan jaminan persekitaran yang selamat untuk penduduk dan pengguna. Di Malaysia statistik kejadian jenayah di kawasan bandar amat tinggi terutamanya di bandar-bandar yang besar dan padat. Konsep Bandar Selamat di negara ini adalah merupakan suatu pendekatan yang baru dan masih di peringkat awal pelaksanaan. Konsep ini telah diperkenalkan oleh JPBD di bawah KPKT sebagai satu usaha bersepadu ke arah pencegahan jenayah di kawasan bandar. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan membincangkan pendekatan Konsep Bandar Selamat yang telah diaplikasi di negara-negara maju dan garispanduan perancangan bandar selamat yang diperkenalkan oleh JPBD untuk diaplikasikan di bandar-bandar di Malaysia

    Urban Water Management in Malaysia: A Review of Legislative Framework

    Get PDF
    The presence of urban rivers poses significant challenges for local authorities in their efforts to create sustainable and habitable urban river environments. This situation has led to various repercussions for the health of urban river ecosystems. To mitigate these issues, it is imperative that development projects’ environmental impacts are effectively managed by the relevant authorities, ensuring the sustainability of urban development and urbanization. It is worth emphasizing that in environmentally sensitive areas, particularly when planning large projects, the consideration of environmental factors should be a top priority. As such, this discussion will focus on how local planning authorities in the country devise strategies to address the challenges associated with urban river development projects

    Tahap kemampuan dan pemilikan rumah dalam kalangan golongan belia: Kajian kes di Daerah Kota Setar

    Get PDF
    Perkembangan sektor perumahan semasa didapati telah merekodkan kenaikan harga rumah di pasaran yang menyebabkan sebahagian golongan tertentu dalam masyarakat Malaysia tidak mampu membelinya terutama sekali bagi golongan belia yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan dan menerima pendapatan yang rendah. Harga rumah meningkat pada kadar yang jauh melebihi pertumbuhan dalam pendapatan sebenar rakyat di negara ini. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah memberi fokus kepada trend pemilikan perumahan rumah mampu milik dalam kalangan belia di Daerah Kota Setar, Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kemampuan golongan belia dalam memiliki rumah sendiri. Hasil penemuan kajian mendapati faktor harga rumah sangat mempengaruhi kemampuan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri dan penyediaan rumah mampu milik yang masih tidak mencukupi telah menyebabkan golongan belia masa kini sukar untuk membeli dan memiliki rumah sendiri

    Konsep pembangunan semula Kampus Taman Siswa, Universiti Utara Malaysia

    Get PDF
    Kertas Kerja ini membincangkan cadangan konsep pembangunan semula kampus UUM di Taman Siswa, Jitra dan pelan strategik perlaksanaan projek yang telah dicadangkan.Kawasan kampus Taman Siswa UUM berkenaan telah menjangkau usia 32 tahun dan kini hanya beroperasi sebagai kawasan perumahan dan penginapan yang disewa kepada orang awam, pekerja industri, staf dan pelajar antarabangsa UUM. Faktor usia bangunan yang telah lama dan keadaan bangunan yang semakin uzur menyebabkan pihak pengurusan UUM terpaksa memperuntukan perbelanjaan kewangan yang tinggi bagi tujuan kos penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur di persekitaran kawasan kampus tersebut yang berkeluasan 19 ekar.Beban kos penyelenggaraan yang semakin tinggi dan lokasi kawasan kampus yang sangat strategik di pusat tumpuan pembangunan baharu di Bandar Darul Aman menjadikan potensi pembangunan semula kampus berkenaan amat rasional dan berdaya maju.Hasil penemuan kajian mendapati potensi pembangunan semula kawasan kampus Taman Siswa amat tinggi dengan konsep tumpuan pembangunan berbentuk Pembangunan Bercampur iaitu melibatkan aktiviti perniagaan berkapasiti tinggi, perumahan bertingkat esklusif, pusat perubatan pakar, pusat pendidikan antarabangsa dan pembinaan utama iaitu Menara UUM yang menempatkan pusat pengajian siswazah UUM. Pembangunan baharu yang dicadangkan berupaya menjadi mercu tanda baharu pembangunan moden di Jitra dan menaikkan imej prestij UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka

    Konsep pembangunan semula Kampus Taman Siswa, Universiti Utara Malaysia

    Get PDF
    Kertas Kerja ini membincangkan cadangan konsep pembangunan semula kampus UUM di Taman Siswa, Jitra dan pelan strategik perlaksanaan projek yang telah dicadangkan.Kawasan kampus Taman Siswa UUM berkenaan telah menjangkau usia 32 tahun dan kini hanya beroperasi sebagai kawasan perumahan dan penginapan yang disewa kepada orang awam, pekerja industri, staf dan pelajar antarabangsa UUM. Faktor usia bangunan yang telah lama dan keadaan bangunan yang semakin uzur menyebabkan pihak pengurusan UUM terpaksa memperuntukan perbelanjaan kewangan yang tinggi bagi tujuan kos penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur di persekitaran kawasan kampus tersebut yang berkeluasan 19 ekar.Beban kos penyelenggaraan yang semakin tinggi dan lokasi kawasan kampus yang sangat strategik di pusat tumpuan pembangunan baharu di Bandar Darul Aman menjadikan potensi pembangunan semula kampus berkenaan amat rasional dan berdaya maju.Hasil penemuan kajian mendapati potensi pembangunan semula kawasan kampus Taman Siswa amat tinggi dengan konsep tumpuan pembangunan berbentuk Pembangunan Bercampur iaitu melibatkan aktiviti perniagaan berkapasiti tinggi, perumahan bertingkat esklusif, pusat perubatan pakar, pusat pendidikan antarabangsa dan pembinaan utama iaitu Menara UUM yang menempatkan pusat pengajian siswazah UUM. Pembangunan baharu yang dicadangkan berupaya menjadi mercu tanda baharu pembangunan moden di Jitra dan menaikkan imej prestij UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka

    A cross sectional study of cardiopulmonary complications and severity of pulmonary hypertension and lung fibrosis in patients with systemic sclerosis

    No full text
    Objectives: This study aims to identify the characteristics of scleroderma patients in terms of sociodemographic and clinical characteristics and severity of lung fibrosis and pulmonary hypertension and to show the association between European Scleroderma Study Group (EScSG) scoring and severity of pulmonary hypertension and lung fibrosis. Patients and methods: This two center cross-sectional study included 43 scleroderma patients (4 males, 39 females; mean age 52 years; range 42 to 59 years) under clinical follow-up. Patients’ sociodemographic data were recorded. Median duration of illness was 10.0 years. All patients underwent blood tests, echocardiogram, full lung function test, six-minute walking test, and high resolution computed tomography of the thorax. Pulmonary hypertension was defined by echocardiogram as systolic pulmonary pressure >36 mmHg. Results: Limited systemic sclerosis was the predominant type (74.7%). Majority of high resolution computed tomography findings showed lung fibrosis with ground glass opacities (74.4%). Pulmonary hypertension was predominantly mild (31.7%), lung function test showed 36.1% restrictive lung disease, and a reduced diffusing capacity of the lungs for carbon monoxide (median 13.85) with reduced six-minute walking test distance (median 300.0 meters). Health Assessment Questionnaire scoring was predominantly in the mild to moderate disability group (median score of 0.5). Five patients (13.9%) had active disease based on the EScSG scoring. There were no significant associations between EScSG scoring and other clinical parameters. Conclusion: In our study, we found that scleroderma was predominant among females and the major type was limited systemic sclerosis. The lung function test revealed a sub-normal diffusing carbon monoxide with a reduced six-minute walking distance
    corecore