1 research outputs found

    Ke arah pembangunan industri peranti perubatan halal: Isu-isu dalam rantaian bekalan halal

    Get PDF
    Kebelakangan ini, kebimbangan terutamanya di kalangan pengguna Islam semakin meningkat mengenai isu status halal pelbagai produk, khususnya berkaitan dengan penggunaan unsur-unsur yang dilarang seperti derivatif babi dan kaedah penyernbelihan yang tidak halal. Perbincangan halal tidak lagi terhad kepada aspek makanan, kewangan dan kosmetik, malahan berkembang dalam industri penjagaan kesihatan. Selain farmaseutikal, satu lagi sektor yang memainkan peranan penting dalam aspek penjagaan kesihatan adalah peranti perubatan, yang meliputi peralatan yang ringkas seperti benang sutur sehinggalah peralatan yang kompleks seperti mesin hemodialisis. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada tinjauan literatur daripada artikel jurnal, prosiding tesis dan 'persidanqan, buku dan berita dalam talian yang berkaitan dengan bidang kajian. Walaupun terdapat kajian banyak dilakukan ke atas keselamatan dan prestasi, wujud keperluan untuk mengenal pasti isu-isu halal dalam rantaian bekalan peranti perubatan. Oleh itu, cadangan menghasilkan rantaian bekalan halal dalam peranti perubatan adalah penting untuk memastikan bahawa konsep halal adalah bukan sahaja terpakai terhadap produk akhir peranti itutetapi juga meJiputi keseluruhan rantaian bekalan bermula daripada pengilang sehinggalah kepada pesakit. Tambahan pula, berdasarkan konsep halalan Toyyiban, selain daripada menghasilkan peranti perubatan yang halal, ia perlu juga selamat, bersih dan berkualiti. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan halal, berasaskan kepada tiga peringkat utama di sepanjang rantaian bekalan peranti perubatan iaitu: institusi pengeluar, pengedar dan penjagaan kesihatan
    corecore