6 research outputs found

    Perubahan makna leksikal ‘dedak’ di media dalam talian sumbangan kepada perkamusan Melayu

    Get PDF
    Bahasa merupakan medium penting dalam menyampaikan hasrat, sentimen, gagasan dan cetusan pemikiran. Bahasa juga dijadikan alat utama oleh masyarakat dalam menyalurkan maklumat tersurat atau tersirat. Gaya komunikasi masyarakat dunia telah berubah seiring dengan perkembangan dunia rangkaian jalur lebar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah interaksi versi moden. Masyarakat kini lebih banyak meluangkan masa berinteraksi menggunakan platform teknologi maklumat. Perkembangan ini secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada perubahan bahasa masyarakat. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti perubahan makna kata ‘dedak’ dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O. Windstedt (1960) dan Kamus Dewan (2007) dengan melihat perubahan makna berasaskan masa. Sumber data kajian ini diperoleh daripada media sosial iaitu Facebook dan portal berita Malaysiakini dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Carian enjin google trends juga digunakan untuk melihat populariti kata ini digunakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa makna kata dedak tidak mengalami perubahan makna yang ketara dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan. Namun, menerusi penggunaan bahasa masyarakat dalam media dalam talian didapati kata dedak telah mengalami perubahan makna yang drastik kesan daripada ledakan situasi sosiopolitik negara. Justeru, perubahan makna ini merupakan salah satu sumbangan penting kepada perkembangan perkamusan Melayu

    Pantun Masyarakat Bidayuh Sarawak: Interpretasi Makna, Nilai dan Budaya

    Get PDF
    Masyarakat Bidayuh merupakan antara masyarakat yang terbesar di Sarawak dan kaya dengan bahasa, adat dan budaya yang tersendiri. Pantun merupakan salah satu ilham kreatif tradisi masyarakat ini yang mencerminkan nilai dan budaya yang tergambar menerusi amalan adat resam dan perlakuan sosial masyarakatnya. Kajian etnolinguistik ini memanfaatkan pantun masyarakat Bidayuh Jagoi yang mendiami daerah Bau. Bahasa Bidayuh Jagoi ini merupakan salah satu daripada variasi bahasa Bidayuh yang menjadi bahasa ibunda bagi masyarakat di kawasan ini dan sekitarnya. Kajian ini meneliti aspek makna (literal dan non-literal yang dikemukakan oleh Leech, 1974), nilai dan budaya yang wujud dalam pantun masyarakat Bidayuh di sini. Pendokumentasian pantun ini amat penting dalam menyimpan dan memelihara khazanah masyarakat dan sebagai tatapan generasi akan datang

    Kedinamikan Bahasa Melayu di ambang perkembangan media dalam talian dari perspektif perubahan makna

    Get PDF
    Bahasa masyarakat dunia kini sedang mengalami perubahan drastik hasil daripada kemajuan komunikasi berasaskan pengkomputeran. Antara contoh medium komunikasi baharu berkaitan teknologi internet adalah media-media sosial dalam talian seperti facebook, instagram, twitter, blog dan sebagainya. Media-media sosial ini telahpun menjadi medium interaksi utama masyarakat moden. Kajian ini tertumpu pada menganalisis kata-kata Melayu yang dikesan mengalami peluasan makna di laman Facebook. Makalah ini memilih tiga contoh kata sebagai sampel perbincangan, iaitu kafir, kunyit dan sibuk. Ketiga-tiga kata ini dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan dan trend penggunaannya telah disahkan dengan menggunakan Google Trends. Kerangka teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994) dijadikan panduan untuk mengenalpasti motif-motif seseorang pengguna media sosial memilih sesuatu kata sehingga tercetusnya makna-makna yang baharu. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga contoh kata Melayu ini mempunyai trend penggunaan yang tinggi di Facebook dan telah mengalami peluasan makna yang menyimpang dari makna asalnya, iaitu kafir > “orang yang tidak Islamik”, kunyit > “golongan gay”, dan sibuk > “tak habis-habis”. Ketiga-tiga kata ini juga didapati mengalami peluasan makna pada kadar yang drastik, iaitu berubah dalam masa yang singkat selepas menjadi tular melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna media sosial, dan seolah-olahnya terdapat tangan ghaib yang mendorong makna-makna baharu ini terbentuk serta diakui sejagat dalam kalangan pengguna media sosial. Kajian ini menyumbang kepada bidang perkamusan Melayu, terutamanya dari segi meningkat kesedaran bahawa peluasan dan perubahan makna kata Melayu berlaku secara drastik susulan daripada perkembangan teknologi media sosial dan sedang memberi cabaran kepada perkamusan Melayu konvensiona

    Kesantunan berbahasa kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling

    Get PDF
    Kesantunan berbahasa, secara amnya merupakan penggunaan bahasa sopan yang digunakan secara lisan dalam sesuatu komunikasi. Kesantunan berbahasa penting dalam interaksi antara individu bagi mewujudkan hubungan dan persepsi yang baik. Kesantunan berbahasa juga sering kali dikaitkan dengan budaya sesebuah masyarakat. Dalam sesi kaunseling matlamat utama ialah membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, kesantunan berbahasa dalam sesi kaunseling penting dalam mewujudkan hubungan yang baik dan selesa antara kaunselor atau kaunselor pelatih dengan kliennya. Kajian ini menyelidiki aspek kesantunan berbahasa yang wujud dalam perbualan antara kaunselor pelatih dan kliennya dengan mengaplikasi prinsip kesopanan yang dikemukakan oleh Leech (1983). Kajian ini memanfaatkan data daripada 30 orang kaunselor pelatih program kaunseling UNIMAS dengan merakam dan mentranskripsi perbualan kaunselor pelatih dengan kliennya. Hasil kajian menunjukkan wujud penggunaan keenam-enam maksim yang dikemukakan oleh Leech (1983), iaitu maksim santun, murah hati, sokongan, kerendahan hati, persetujuan, dan simpati. Kewujudan penggunaan keenam-enam maksim dalam sesi kaunseling yang telah dijalankan oleh kaunselor pelatih UNIMAS ini memperlihatkan bahawa penggunaan bahasa santun merupakan strategi berbahasa yang penting dalam mewujudkan suasana yang selesa antara kaunselor pelatih dan kliennya, yang memberikan kesan terhadap kelancaran dan kejayaan sesuatu sesi kaunseling. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa santun dalam sesi kaunseling merupakan salah satu strategi berbahasa yang perlu diberikan perhatian khusus oleh para kaunselor atau kaunselor pelatih dalam memastikan matlamat membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik dan berkesan

    Language courteousness among counsellor trainees in counseling sessions [Kesantunan berbahasa kaunselor pelatih dalam Sesi Kaunseling]

    Get PDF
    Language politeness, in general, refers to the use of polite language in oral communication. It is important for interaction between individuals to establish good impression and relationship. Often, it is also associated with the culture of a society. In a counselling session, the main objective is to guide the clients to solve problems that they experience. Therefore, speaking courteously in a counseling session is important to create good and comfortable relationship between the counselor or the trainee counselor with their clients. Hence, this study investigates whether the act of speaking courteously is present in the interaction between trainee counselors and their clients by applying the politeness principle (Leech, 1983). This study utilizes data from 30 trainee counsellors from UNIMAS counseling program that was collected by recording and transcribing the conversation between the trainees and their clients. The result from this study indicated that the six maxims; tact, generosity, approbation, modesty, agreement, and sympathy, as proposed by Leech (1983) were applied by UNIMAS trainee counsellors in the counseling sessions. The presence of the six maxims based on Leech’s politeness principle showed that the use of language politeness is an important strategy in speaking to create a comfortable environment between the trainee counselors and their clients. Therefore, the use of language politeness in a counselling session is one of the strategies in speaking that needs to be given specific attention by counselors or trainee counselors to ensure the goal of guiding and solving the clients’ problems can be dealt well and effectively. © 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia Press. All rights reserved
    corecore