21 research outputs found
Kualiti hidup dan tahap pendidikan isi rumah di pinggir bandar di Malaysia: satu penerokaan isi rumah di Mukim Rawang II, Selangor
Kualiti hidup dan pendidikan adalahdua aspek saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti hidup isi rumah
secara objektif tergambar dari tahap pendidikan, jumlah pendapatan yang diperolehi, tabungan, penggunaan
barangan dan perkhidmatan.Pendidikan juga faktor kepada peningkatan kualiti hidup isi rumah.Kualiti hidup
meningkat seiring dengan peningkatan tahap pendidikan sesebuah isi rumah.Isi rumah berpendidikan tinggi mampu
memperolehi pekerjaan baik dengan gaji yang lumayan serta dapat menggunakan barangan dan perkhidmatan yang
diingini.Realitinya hari ini,ramai isi rumah yang berpendidikan tinggi tetapi tidak mampu mencapai kualiti hidup
seperti yang diingini terutamanya di bandar besar.Adakah perkara seperti ini turut berlaku ke atas isi rumah pinggir
bandar.Maka kertas ini bertujuan menganalisis kualiti hidup isi rumah pinggir bandar berdasarkan perbezaan tahap
pendidikan ketua isi rumah (KIR).Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan mengedarkan
borang soal selidik kepada KIRdi Mukim Rawang II.Analisis data dilakukan dengan mengguna perisian Winsteps
versi 3.72.3 dan Statistical Package for Science Social (SPSS).Nilai kebolehpercayaan item ialah 0.91
menggambarkan kecukupan item untuk mengukur konstruk kualiti hidup.Nilai pengasingan item ialah 3.10,
berupaya memisahkan item kepada tigakumpulan mengikut tahap kesukaran.Ujian ANOVA menunjukkan terdapat
perbezaan kualiti hidup isi rumah yang signifikan mengikuttahap pendidikan KIR iaitu F(df = 6,79, P < .01) = 4.503
Tanggapan, kesedaran dan motivasi masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan alternatif bandar
Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rizab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif dalam kalangan pengguna. Bagaimana pun, tahap penerimaan dalam kalangan pengguna yang berpotensi masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap aspek persepsi, kesedaran pengguna serta halangan dalam kepenggunaan kaedah berkenaan, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. Kaedah survei menerusi penggunaan soal selidik telah digunakan bagi mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian tanggapan atau persepsi. Kaedah persampelan persampelan rawak berstrata telah digunakan bagi mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap seksyen di Bandar Baru Bangi. Sebanyak 395 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak berstrata di kawasan kajian. Ini bertujuan supaya nisbah responden yang dipilih dapat mewakili setiap seksyen di Bandar Baru Bangi dan seterusnya membentuk suatu „data yang berwibawa‟. Kepenggunaan kaedah penuaian air hujan telah dilihat bersifat pro-persekitaran dalam kalangan responden. Hasil kajian ini juga mendapati tahap pendidikan seseorang tidak mempengaruhi minat dan kecenderungan responden terhadap penggunaan produk berkenaan. Secara umumnya, wujud kepelbagaian faktor yang meningkatkan semangat dan motivasi responden untuk menggunakan produk berkenaan. Ianya dilihat bakal memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu dan masyarakat, malahan alam sekitar fizikal akan dapat dipulihara dengan berkesan. Namun, akauntabiliti sosial dan tindakan altruistik yang diterapkan dalam pendidikan telah membina sikap positif responden terhadap teknik mesra alam. Malahan, elemen yang dikategorikan sebagai motivasi dan galakan akan meningkatkan tahap keyakinan responden terhadap kebolehupayaan sistem berkenaan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan selamat
Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal
Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice
(BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian
permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat
digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan
kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun,
terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini
hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak
pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil
pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang
tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati
saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan
adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang
strategik
Process parameters for cylindrical deep drawing components
Sheet metal forming is one of the most important manufacturing processes in today’s industries, either to produce semi-finished or finished products. The demand for rapid, low-cost die fabrication and modification technology is greater than ever in sheet metal forming industry. Therefore, a great need for the development of both theoretical and experimental engineering methods which enables the problems to be tackled effectively; this is necessary to reduce production cost and to reduce the lead time between design and production. Due to recent development in numerical method technology, finite-element analysis has become one of the important tools in predicting the result of product deformation. With the intention to study the product failure which is the thinning effect, an experimental method has been developed to monitor the metal flow behaviour during the process. With this experiment, the actual product has been drawn with different draw depths, punch and die corner radii on mild steel and aluminium materials. Finally, the product wall thickness and diameter have been measured and data gained were interpreted into graph to visualise the influences of the process parameters such as draw depth, punch and die corner radius on the thinning effect. The results would give tool maker and tool designer guidance for selecting the best punch and die radius size in order to minimise the thinning effect on the drawn product
Thermal Anomaly, Heat Index And Urban Heat Island During The Hajj Season In Saudi Arabia
The exposure of thermal anomaly within Saudi Arabia region has invariably triggers a unique climate phenomenon called heat stress and heat stroke among its inhabitants. There are an increasing number of cases associated with sudden death due to extreme heat in Saudi Arabia. In general, this study attempts to examine the changes in the thermal anomaly and the heat island phenomenon in three major cities of Mecca, Medina and Jeddah, particularly during the Hajj period by means of quantitative analyses of secondary information on climatology and MODIS remote sensing data. The study found that almost 48.3% of pilgrimage took place in summer, during which the heat index was categorized as of Extreme Danger. There was a potential existence of heat stroke within the Hajj season between the months of April to September. Local meteorological analysis had also established that Medina had experienced less extreme temperature conditions between 1982-2012 if compared to other cities. The study also found that the city of Jeddah and the city of Mecca were amongst the two main cities classified in the extreme heat wave category. Despite the minimal heat island intensity observed, the information is nevertheless essential to be integrated into any urban and regional development plans that seek to reduce the heat hazard of Saudi Arabia’s urban dwellers
Temporal Changes in Urban Green Space based on Normalized Difference Vegetation Index
This study identifies land use changes in the metropolitan region of Klang-Langat Valley focusing on urban sprawl and green space. A technique called Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) is used to quantify temporal urban green space dynamics. All districts in the valley recorded a marked increase in urban area, but decreased in agriculture and forest areas. Result of vegetation index analysis showed that NDVI increases for water body, bare soil, and built-up area category for as much as 16.98% from 1998 to 2001, but during the same period vegetation experience a decrease of 22.25%
Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal
Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian
permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun,
terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati
saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang strateg
Sistem penuaian air hujan: kajian kes kesediaan masyarakat di Bandar Baru Bangi
Peningkatan di dalam permintaan air telah mendorong pihak kerajaan memperkenalkan kaedah penuaian air hujan
sebagai satu sumber alternatif bekalan air. Kesan aspirasi dan perilaku pengguna masih belum diterokai secara
mendalam dan ilmiah. Perubahan gaya hidup yang moden telah mengubah cara kepenggunaan air bersih di kalangan
masyarakat. Justeru, makalah ini bertujuan meneliti aspek kesediaan pihak awam terhadap penggunaan sistem
penuaian air hujan di premis kediaman masing-masing. Bandar Baru Bangi dijadikan tapak penyelidikan
memandangkan ianya disifatkan sebagai hot spot kejadian kekurangan bekalan air dan sering berlakunya catuan air.
Untuk memudahkan agihan responden sebanyak 378 orang, kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan
rawak berstrata yang mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap
seksyen di Bandar Baru Bangi. Hasil kajian mendapati, majoriti besar yang menganggap air dari tuaian hujan tidak
layak digunakan untuk kegunaan air minuman adalah berdasarkan kepada persepsi risiko masing-masing. Mereka
berkemungkinan merasakan wujudnya risiko atau bahaya untuk kesihatan sekiranya sumber berkenaan dijadikan
sebagai sumber air minuman
Evaluating the impact of the target area concentration (TAC)programme for beef cattle production
A cattle farming is one of the main activities in the agriculture sector of Malaysia. It is the source of national beef production pioneered by three sources, namely the production system dominated by a majority of traditional systems of the past system of free practice that has contributed more than 50% of national beef production. The rest is from the intensive system of cattle feedlots and integrated farming systems. The objective of this study is to investigate and evaluate the effectiveness of Target Area Concentration (TAC), a program conducted by the Department of Veterinary Services(DVS). In particular, this study is to 1) evaluate the achievement of the program; 2) evaluate the effectiveness of development programs through LTJ method; 3) identify the levels of achievement in the CIPP (Context, Input, Process and Product); 4) identify the side effects of the implementation of the TAC program; 5) evaluate the respondents' perceptions on the acceptance of programs undertaken to improve the well-being. The study found that there is an increase in the number of participants from year to year, the number of TAC and area of coverage of livestock has also increased by the year. With such increment, the cattle parent population is increased and so does the production of meat. For meat production in TAC program, achievements can only be achieved at the level of 14% of 5,300.83 ton metric and only half of the targets of the TAC program of 28% (10.710 metric tonnes) in 2008. The national meat production targets for the year amounted to 38.250 metric ton. Through the TAC Program, 73.8% of respondents have indicated that their income has increased. In terms of the estimated cost savings of using herbicides, respondents felt that they could save 41-60% while for the company is 21-40%. Other than that, land can be used optimally in permanent crops, especially oil palm with the implementation of integrated livestock systems. In addition, the majority of respondents indicated that no pollution occurred as a result of this activity. Overall, the TAC program was expected impact. Even though the achievement of this program is acceptable, more space for improvement and superior are needed
Anomali thermal, indeks bahangan dan pulau haba bandar semasa musim haji di Arab Saudi
Keterdedahan wilayah tandus Arab Saudi kepada anomali thermal berupaya mencetuskan fenomena stress haba
(heat stress) dan juga strok haba (heat stroke) kepada manusia. Terdapat peningkatan kes yang berkaitan dengan
jumlah kematian yang mendadak akibat kepanasan melampau di Arab Saudi. Secara umumnya, kajian ini cuba
meneliti perubahan dalam anomali thermal dan fenomena pulau haba di tiga bandar utama Makkah, Madinah dan
Jeddah, khususnya pada musim haji. Kajian ini menggunakan pendekatan saintifik dan analisis kuantitatif dengan
mengaplikasikan maklumat sekunder klimatologi dan data penderiaan jauh MODIS. Hasil kajian mendapati
menunjukkan hampir 48.3% amalan manasik haji telah dilakukan semasa musim panas, indeks bahangannya telah
dikategorikan sebagai Bahaya Ekstrim. Maklumat berkenaan telah menunjukkan potensi keujudan strok haba adalah
lebih tinggi berlaku pada musim haji di antara bulan-bulan April hingga September. Hasil penelitian analisis
meteorologi tempatan ketiga-tiga bandar juga telah membuktikan bandar Madinah merupakan sebuah bandar yang
kurang mengalami keadaan suhu ekstrim di antara 1982-2012, berbanding dengan bandar-bandar yang lain. Hasil
kajian juga mendapati bandar Jeddah dan Makkah merupakan dua bandar utama yang termasuk didalam jaluran zon
tidak selesa (gelombang haba ekstrim). Walaupun intensiti pulau haba berkenaan tidaklah begitu besar, namun
sekiranya maklumat berkenaan tidak diintegrasikan ke dalam pelan pembangunan bandar dan wilayah,
berkemungkinan keselesaan manusia terhadap sekitaran akan terjejas akibat peningkatan haba di bandar