41 research outputs found

    Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu

    Get PDF
    Simbol antara medium yang digunakan dalam perlakuan komunikasi bukan lisan bagi interaksi antara penyampai dan penerima pesan. Latar belakang sosial, pengalaman dan budaya antara faktor penting bagi memastikan maklumat yang disalurkan difahami oleh kedua-dua pihak. Adat persandingan merupakan acara kemuncak dalam pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Fokus kajian menganalisis simbol dan makna yang digunakan dalam adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan, Selangor. Input kajian diperoleh melalui pemerhatian turut serta dan temu bual mendalam bersama informan utama, iaitu Mak Andam dan pengamal adat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan simbol objek yang digunakan dalam pelaksanaan adat persandingan terdiri daripada inai, beras kunyit, air mayar, bunga rampai, pulut semangat, bunga telur, kompang, bunga manggar dan pelamin. Pemaknaan yang diberikan oleh masyarakat semasa pelaksanaan adat bersanding memberi pengertian, kesucian, kesuburan, pengharapan, penerimaan dan pemakluman

    Analisis Makna Hidangan Pulut Kuning dalam Adat Bebantang Masyarakat Tidung, Pulau Sebatik, Sabah

    Get PDF
    Adat bebantang merupakan salah satu pelaksanaan tingkat adat dalam perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik, Sabah. Adat ini secara amnya merujuk kepada pasangan yang disandingkan di atas tilam (pelamin) sambil rombongan tetamu akan makan beramai-ramai berdekatan dengan pasangan pengantin. Pada masa yang sama, pulut kuning akan dihidangkan kepada pasangan pengantin yang diraikan. Hal ini berlaku demikian kerana pulut kuning merupakan hidangan wajib dalam adat bebantang yang mana menitikberatkan lima aspek utama iaitu aspek warna, jenis acuan, jenis bahan dan hiasan serta bekas yang digunakan dalam proses penyediaan makanan tersebut. Objektif kajian ialah menganalisis makna pulut kuning dalam pelaksanaan adat bebantang dari sudut pandang komunikasi bukan lisan. Kajian menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam adat yang dilaksanakan. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, mak andam dan pengamal adat. Lokasi kajian terletak di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. Analisis data menjelaskan bahawa pulut kuning yang diterjemahkan menerusi bentuk, warna dan cara hidangan semasa pelaksanaan adat bebantang membawa makna kasih sayang, tanda keislaman, kebahagiaan dan kesuburan

    Fungsi ritual dalam adat pertunangan masyarakat Melayu

    Get PDF
    Ritual ialah peraturan atau perlakuan yang telah ditetapkan oleh masyarakat pengamalnya. Adat pertunangan merupakan antara adat yang masih diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Adat pertunangan ini biasanya akan dilangsungkan bersama adat merisik dan meminang. Dalam keadaan tertentu, adat merisik ditiadakan. Ini kerana adat merisik merupakan perjumpaan secara tertutup wakil pihak lelaki dengan perempuan yang ingin dipinang sebagai tanda pertanyaan rasmi pihak lelaki. Adat merisik biasanya melibatkan pasangan yang tidak mengenali antara satu sama lain. Adat pertunangan dalam masyarakat Melayu mempunyai ritual yang telah ditetapkan. Perlanggaran ritual dalam perlaksanaan adat pertunangan masyarakat Melayu akan mengakibatkan pelaku dicemuh oleh masyarakat. Makalah ini membincangkan fungsi ritual yang terdapat dalam adat pertunangan masyarakat Melayu. Bagi maksud ini kajian telah dilakukan di Kampung Seri Kedah, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Kajian dilakukan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian di lapangan. Hasil kajian mendapati fungsi ritual dalam istiadat pertunangan masyarakat Melayu di kawasan kajian dibahagikan kepada dua iaitu dari sudut simbolik ritual dilaksanakan dan juga utilitarian. Simbolik ritual pertunangan dilaksanakan ialah untuk memperkenalkan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan sebelum ikatan kekeluargaan (persanakan/kinship) berlaku dalam masyarakat. Hal ini ditonjolkan melalui ritual sambutan. Manakala dalam ritual doa bagi adat pertunangan pula, sebagai ucapan terima kasih kepada Allah SWT melancarkan perjalanan majlis, memohon agar istiadat dalam perancangan perkahwinan seterusnya dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Ritual jamuan pula sebagai simbolik memuliakan tetamu yang hadir dalam istiadat pertunangan yang diadakan. Manakala fungsi ritual dari sudut utilitarian dalam istiadat pertunangan pula sebagai mengeratkan silaturahim (sambutan), perpaduan dalam masyarakat (doa) dan perkongsian kegembiraan dan rezeki (jamuan)

    Komunikasi bukan lisan: Analisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat melayu Selangor

    Get PDF
    Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan pesan sesama mereka. Komunikasi lisan dan bukan lisan bermatlamat menyampaikan pesan namun dalam konteks yang berbeza. Penggunaan pulut semangat yang merupakan elemen makanan dalam adat perkahwinan secara spesifiknya dalam tingkat adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan Selangor mempunyai makna kepada pelaku dan juga masyarakat pengamalnya. Pulut Semangat disediakan semasa adat persandingan bukan tujuan hidangan tetapi mengiringi keberadaan bunga telur dipelaminan. Pulut semangat berwarna kuning dan penyediaannya adalah sama seperti pulut kuning. Perbezaannya ialah pulut kuning dihidangkan dalam suatu majlis atau adat tertentu seperti adat menyambut kelahiran. Pulut kuning jika dihidangkan dalam adat persandingan dan dijadikan sebagai salah satu juadah, dinamakan pulut kuning. Cara dan masa sajian pulut kuning membawa makna yang berbeza. Sehubungan itu kajian ini menganalisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dari sudut komunikasi bukan lisan. Pendekatan etnografi digunakan bagi mengumpul data kualitatif. Informan yang terlibat dalam pengumpulan data ialah tukang masak dan juga pengamal adat di kawasan kajian. Hasil analisis data kualitatif melalui temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta menjelaskan makna pulut semangat dilihat secara menyeluruh daripada awal penyediaan sehingga ia diletakkan sebagai salah satu artifak dalam adat persandingan. Pemaknaan dari sudut komunikasi bukan lisan memberikan makna pulut semangat dari sudut cara penyediaan, sifat, bentuk dan warna. Makna yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap pulut semangat dalam adat bersanding ialah kekuatan, kebesaran, keharmonian dan kekayaan

    Identiti Bidayuh Sarawak dalam tarian Langgie Pingadap

    Get PDF
    Langgie Pingadap dance was performed by ethnic Bidayuh Bukar in Sarawak after harvest work performed as a prayer of gratitude to God on the yield obtained. Langgie Pingadap dance is a reflection identity of the Bidayuh community that often associated with hill paddy farming activities. It is appropriate for the life of this community, also known as the Land Dayaks who inhabit the land and run hill paddy farming. This study identified the Bidayuh community identity through Langgie Pingadap dance movement and also study the symbols used in the dance itself. To achieve the objectives of the research, ethnographic methods was used in this study. This method focuses on social phenomena from the perspective of the involvement of researchers and respondents were implemented. This study found that the identity featured by the Bidayuh dance adapted from their lives as rice farmers hill. The elements of unification clearly shown in every dance performed. The use of the symbol is highlighted by the selection of colour in clothes of black as the base colour, red and yellow as the colour combination. Besides the clothing also graced with floral motifs and decoration which means leading to the formation of the identity of the Bidayuh. The modernization also has allowed this dance continues to be practiced but with some modifications based on changes in people's confidence in the practitioner. In the past time, this dance once performed among the Bidayuh farmers only, but now it has been presented during the Gawai festival each year. The meaning of this dance in the Gawai festival is to welcome the guests and the spirit of joint action between the guest and the host

    Tema pantun Cocos di Sabah

    Get PDF
    Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Walaupun nama mereka berbunyi agak keinggerisan dan pakaian mereka ada percampuran bangsa Protugis dan Jawa, budaya danbahasa orang Cocos hampir sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu dan mereka juga arif dalam tradisi berpantun. Lenggok pengucapan mereka agak unik kerana ia seolah-olah ada gaya sebutan baba nyonya di Melaka. Kajian Pauline Bunce terhadap pantun orang Cocos di Pulau Cocos (Australia) mendapati bahawa pantun masyarakat Cocos hanya bertema kasih sayang dan hanya dilantunkan ketika tarian Selong dipersembahkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tema pantun Cocos dengan melakukan kajian lapangan diKampung Balung Cocos danKampung Skim Cocos dalam daerah Tawau. Informan yang dipilih terdiri daripada orang Cocos yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang budaya dan pantun Cocos. Dapatan kajian dianalisis secara tematik untuk mangkategorikan tema-tema pantun. Kajian ini mendapati bahawa tema pantun orang Cocos mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara. Perbezaannya hanya terletak pada cara pengucapan yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Pantun ini jugamemperlihatkan percampuran bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa pasar dan bahasa asingyang lain.Tema-tema yang ditemuiialahtema cinta dan kasih sayang, budi, mengaco (hiburan), mendongkol (kecewa) dan perpisahan, ajaran (nasihat), agama dan tema pantun kongajar (lucah)

    A Preliminary Study of Literature Review on Health and Media Literacy in the Year 2015 Until 2020

    Get PDF
    Media literacy is the ability of individuals to understand, investigate, create, communicate, and think critically hence, media literacy should take part in accommodating health information in the evolving world. The globalization has captured the importance of media that not only educate and deliver information at the end of our fingertips but also as a powerful medium to influence. The objective of this article is to review the previous studies regarded of the level of media literacy and health the influences women particularly when making decisions on their postpartum practices after childbirth during the postpartum period. This articles also attempts to review whether food choices that are made to consider health factors or to rely heavily on local community traditions. This paper is a preliminary study of six years research related to the topic chosen. The literature research was restricted to studies published in English and Malay from 2015 to 2020.In order to understand about the media literacy and health of women, the past six years of research have conveyed that women do rely on internet, magazine, and radio for nutrition, dietary knowledge, and postpartum practices while simultaneously practicing old beliefs carried by the elderly of the family. Notably, social media and the general media play a significant role in providing information for mothers or women in general in regards to health communication retrieval and women are in no doubt have high media and health literacy when it comes to antenatal and postnatal. The relationship between media literacy influencing health and postpartum practices were consistent as majority of studies agrees that mass media influence mothers’ pre and postpartum period regardless demography, income and educational level

    Students’ Acceptance Level of Digital Newspaper Publication Performance Assessment Innovation

    Get PDF
    The alternative assessment was implemented in the Editing Course (AK20903) to analyze students’ group achievement in digital skills. This core course is compulsory for all second-year communication (UH6321001) students to prepare them with the skills of writing, analyzing, and copy editing. Students' digital skills are assessed through the publication of a digital newspaper that uses graphics applications provided by the university. However, this software can only be accessed within the campus area. The Covid-19 pandemic has changed the landscape of student locations where students are no longer within the coverage area where the software is accessible. To address this issue, the Canva application is being tried out. This study employs a quantitative approach with a sample of 124 respondents consisting of current students who are registered in the AK20903 (Editing) course. This study aims to analyze the acceptance level of the students of the introduced innovation. To collect the data a set of four parts questionnaires was used that included the demographic information, perception of user-friendly, perception of usability, and students’ satisfaction. The results showed that most of the respondents highly agreed that perception of usefulness, perception of usability, and users’ satisfaction are the factors that influenced their acceptance of the innovation performance assessment of digital newspaper publications. The findings of the study indicate that students’ acceptance of the innovation performance assessment of digital newspaper publishing is influenced by the benefits and usability gained from the use of Canva

    Ritual Serarang: Analisis Hidangan Makanan Sebagai Simbol Komunikasi Bukan Lisan Masyarakat Melanau Likow di Dalat, Sarawak

    Get PDF
    Persembahan makanan dalam ritual Serarang dijalankan bertujuan menggembirakan Ipok. Setiap tahun ritual ini antara aktiviti yang dilakukan dalam Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau Likow sebagai tanda kesyukuran dan perlakuan memohon perlindungan kepada semangat laut. Pelaksanaan ritual ini amat berkait rapat dengan pandang dunia masyarakat pengamal. Fokus utama dalam kajian ini untuk mengkaji makna simbol makanan yang dipersembahkan kepada Ipok. Data-data dalam kajian ini pula dianalisis menggunakan pendekatan teori semiotik yang mengkaji makna makanan dalam konteks komunikasi bukan lisan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam pelaksanaan ritual. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, Tama Kaul dan para pengamal ritual. Lokasi kajian terletak di Kampung Medong, Dalat Sarawak. Kajian ini mendapati bahawa makanan yang dipersembahkan kepada Ipok mengandungi makna yang tersendiri dan diterjemahkan menerusi bentuk, warna dan cara pengolahannya. Makanan dalam dulang Serarang membawa makna kasih sayang, kesyukuran serta doa dan harapan agar dikurniakan rezeki yang lebih banyak pada tahun mendatang. Ritual ini menjadi tradisi dan identiti masyarakat Melanau Likow hingga kini
    corecore