1 research outputs found

    Kesan faktor kepuasan dan kesetiaan terhadap produktiviti pekerja

    Get PDF
    Tenaga kerja merupakan faktor penyumbang kepada produktiviti organisasi dan seterusnya menjadi penentu kepada kelangsungan kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Justeru keprihatinan pihak pengurusan organisasi dalam memenuhi kebajikan dan keperluan pekerja diharap dapat meningkatkan tahap kepuasan mereka terhadap pekerjaan yang dilakukan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor kepuasan pekerja yang mempengaruhi kesetiaan dan produktiviti pekerja serta menentukan kesan kesetiaan terhadap produktiviti mengikut organisasi sama ada kerajaan atau swasta. Seramai 270 responden di Selangor terlibat dalam kajian ini dengan 137 responden terdiri daripada kakitangan kerajaan dan 133 responden dalam kalangan kakitangan swasta. Hasil kajian mendapati hubungan antara pekerja mempengaruhi produktiviti pekerja bagi kedua-dua kategori pekerja yang dikaji. Keputusan ini dapat dilihat menerusi analisis model dalaman menggunakan Permodelan Persamaan Struktur-Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Selain itu, kesetiaan juga jelas mempengaruhi produktiviti pekerja. Hasil ujian perbandingan min menunjukkan wujud perbezaan signifikan tahap kepuasan pekerja swasta dan kerajaan bagi faktor gaji, hubungan antara pekerja, peluang kenaikan pangkat, peluang meningkatkan kemahiran dan penyeliaan serta min tahap persetujuan kesetiaan responden terhadap organisasi terbabit
    corecore