168 research outputs found
Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan
Kerukunan rumah tangga asas pada kesejahteraan masyarakat.
Realiti kini menunjukkan keutuhan institusi ini tergugat khususnya di
kalangan belia. Pemerhatian menunjukkan salah satu faktor yang
menyebabkannya lemah adalah kerana kurangnya persediaan di
kalangan bakal suami isteri untuk mendirikan rumah tangga. Oleh itu,
kedudukan sebenar persediaan belia untuk berkahwin perlu dikaji dan
dikenalpasti.
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap persediaan
belia yang akan berkahwin dari aspek pengetahuan, sikap dan amalan.
Untuk itu, kajian ini melihat persediaan perkahwinan di kalangan 482
orang belia terpilih di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Temerluh. Penemuan kajian menunjukkan, majoriti responden mempunyai
tahap persediaan untuk berkahwin yang sederhana dalam ketiga-tiga
aspek persediaan iaitu, persediaan pengetahuan adalah lebih lemah
berbanding persediaan sikap dan amalan untuk berkahwin. Hasil kajian
mendapati aspek persediaan perkahwinan yang berkaitan dengan
pengetahuan dan amalan terhadap agama Islam adalah lebih rendah
berbanding dengan yang lain. Salah satu faktor yang mempunyai
hubungan dengan kelemahan persediaan ini adalah tahap pendidikan
formal yang telah dilalui oleh belia. Belia yang rendah tahap tahap
pendidikannya mempunyai tahap persediaan perkahwinan yang lebih
lemah.
Kajian penerokaan ini merumuskan bahawa para belia yang
diambil sebagai responden kurang bersedia untuk berkahwin. Adalah
dicadangkan agar kajian selanjutnya dalam bidang ini diteruskan
dengan tujuan program-program penyediaan belia untuk berkahwin
boleh dikemaskinikan bagi pembentukan masa depan generasi negara
yang lebih mantap
The Effectiveness of the Quick Coherence Technique using Heart Rate Variability-Biofeedback Technology on the Recovery of Heart Coherence among University Students
Literature has established the effectiveness of self-regulatory techniques using Heart Rate Variability (HRV)-Biofeedback Technology in improving individual’s heart coherence. The current study aims to evaluate the effectiveness of Quick Coherence Technique, a self-regulatory technique, through the application of HRV-biofeedback technology on the level of heart coherence among university students. A total of 20 students of a technical public university participated in the study. The Quick Coherence Technique (QCT) and the emWave device and software of the HeartMath Institute were used to collect the data. According to the HRV power spectrum, the HRV data is divided under very low frequency (VLF), low frequency (LF), and high frequency (HF) frequency ranges. Based on the results, the use of HRV-biofeedback technology and the QCT had helped to increase the levels of HRV scores and heart coherence of the participants
Study of the Relationship between Communication Competence and Heart Rate Variability among International Postgraduate Students of a Malaysian Public University
Communication competence is among the main skills that enable individuals to conduct fruitful interactions with different people. This study was carried out to examine the relationship between communication competence and heart rate variability (HRV) among individuals from different nationalities. The quantitative method was used to conduct this study. This study had two data collection procedures which were the quantitative survey and HRV data set. The participants of this study were 128 postgraduate students of a Malaysian public university. Based on their agreements, 40 of them were participated in the HRV data collection procedure of this study. Based on the results from this study, the levels of communication competence and heart rate variability of the participants had close relationship, and individuals with good levels of communication competence were good in heart rate variability and vice versa. Based on the results, their good scores of heart rate variability as an important internal factor helped the participants to increase the levels of their communication competence and their good levels of communication competence helped them to have more successful interactions with their peers. The results from this study may be helpful for future researchers to focus on these issues and also for university students to pay attention on their daily communication as an important factor for their personal and university related lives
A Study of the Usage of Biofeedback Techniques to Improve Self Performance and HRV Profile Among Ikhtiar Malaysia Entrepreneurs
Self performance is important among entrepreneurs due to increasing the business enhancement. Nevertheless, previous literature showed that there are less current study which focused on the self performance using Biofeedback techniques among entrepreneurs in Malaysia. Thus, this study was aimed; 1) to look at how Emwave Biofeedback techniques can be used to improve self performance among Ikhtiar Malaysia women entrepreneurs and 2) to improve the HRV score among participants through increased the HF coherence. A total of 10 respondents were recruited in this study. The changing nature of Heart Rate variability (HRV) of HF, LF and VLF frequencies was measured through Biofeedback Emwave training techniques. The HRV Biofeedback techniques were used to determine the emotional state and the balance ability between individual Sympathetic and Parasympathetic systems. This balance is important to enable women entrepreneurs to control internal and external stimuli to be adapted to their business environment. The study showed that the technique is able to improve the characteristics of HRV to increase self performance among women entrepreneurs. The study found that respondents who successfully completed the HRV training able to increase their self performance in term of HRV score and businesses. Result showed that there was a positive correlation (0.80-1.00) between all the business and HRV. This showed that Emwave Biofeedback training is appropriate to be used as an intervention program to improve self performance and business enhancement among the participants. Thus, this study concludes that HRV Biofeedback techniques can be an important measure in gauging business entrepreneur’s health and performance
Keupayaan Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan Kaedah HRV Biofeedback
Keupayaan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan di kalangan usahawan kecil adalah faktor penentu kepada peningkatan dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, literasi sebelum ini menunjukkan bahawa terdapat kurang kajian yang memberi tumpuan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan menggunakan teknik Biofeedback kalangan usahawan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk: 1) Mengenalpasti latar belakang demografi usahawan kecil, 2) Mengenalpasti keupayaan pengurusan di kalangan usahawan dalam kemahiran keusahawanan dan 3) Mengenalpasti profil Heart Rate Variability (HRV) di kalangan usahawan kecil melalui peningkatan skor koheren HF. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada usahawan kecil terlibat dalam kajian ini. Data-data yang dikumpul melibatkan kajian soal selidik dengan peserta, analisa untung dan jualan, serta analisa HRV. Analisa statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara kemahiran keusahawanan dari sudut dapatan perniagaan dan HRV. Dapatan ini menunjukkan wujud hubungan yang kuat antara peningkatan kemahiran keusahawanan dari sudut peningkatan perniagaan dengan profil HRV dalam kalangan peserta dengan nilai skor 080-1.00. Oleh itu, penggunaan teknik latihan Biofeedback HRV adalah sesuai digunakan sebagai satu program intervensi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan usahawan kecil di Malaysia
The Effects of Islamic Spiritual Activities on Psycho-Physiological Performance
Abstract In Islam, spiritual activities such as taubah and zikir are very common to the Muslim Ummah and these are generally performed to the perfection of individual’s mind. In addition, it is believed that through these activities a connection can be made with the Almighty. Therefore, reasonably after the performance of these activities the psychophysiological performance of the respondents will be changed significantly. This significant change is traceable with the aid of GSR and HRV biofeedback. In this study, it is observed that remarkable changes of GSR percentage and accumulated coherence score of HRV among the 18 respondents due to the consequences of spiritual activities. Thus, it is possible to say that to make the positive changes of psychophysiological activities of any individuals spiritual activities may considered as a substantial stimuli in psychophysiological research. Keywords: psychophysiology; GSR; HRV; Biofeedback; Spiritual activit
MIRACLE FINGERS: Meningkatkan Skor Koheren dan Pencapaian Akademik Pelajar Program GALUS
Penggunaan pergerakan jari untuk merangsang pelajar mengira dan mengingat adalah penting. Tujuan kajian modul ‘Miracle Fingers’ dibangunkan untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dengan pengunaan teknik latihan koheren Heart Rate Variability “HRV”
dan zikir dengan mengerakkan jari. Modul ini digunakan dengan kumpulan pelajar yang lemah dalam pelajaran disekolah rendah dalam kelompok pelajar yang sering gagal dan lulus (GALUS). Sehingga kini pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar
GALUS dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan zikir dengan mengerakkan jari berbantukan peralatan biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar yang lemah meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik Teknik zikir tahlil dengan pergerakan jari untuk pengiraan zikir serta peralatan biofeedback digunakan dalam
kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar program GALUS seramai 20 orang yang telah dipilih secara rawak. Pelajar menjalani tiga sesi latihan zikir dan biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi. Data perubahan koheren HRV yang dikumpul melibatkan analisis skor
spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Dapatan menunjukkan murid yang menggunakan teknik latihan zikir dengan menggerakkan jari dan peralatan biofeedback berupaya meningkatkan pencapaian skor koheren dan prestasi ujian akademik. Analisis statistik korelasi digunakan untuk
mengkaji hubungan antara skor HRV menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara latihan zikir terhadap skor HRV pelajar dan prestasi akademik. Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan zikir menggunakan jari menggunakan modul “Miracle Fingers” boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik
Kajian kaedah intervensi pembelajaran matematik sekolah rendah menggunakan latihan stroop dan latihan biofeedback
Program intervensi amat penting dalam membantu pelajar yang lemah pembelajaran matematik di sekolah Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teknik latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik. Kajian lalu membuktikan bahawa latihan Stroop boleh membantu individu meningkatkan daya tumpuan dan teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi mereka. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar yang berpencapaian rendah dari sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang. Mereka dipilih secara rawak untuk menjalankan 2 sesi latihan iaitu Latihan Stroop dan Latihan Biofeedback yang akan mengambil masa selama 30 minit. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis data min skor spektrum HRV, data min Latihan Stroop dan ujian pra/pos digunakan untuk melihat peningkatan skor HRV dan peningkatan akademik pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam skor HRV pelajar dan prestasi akademik selepas pelajar-pelajar ini mengikuti Latihan Stroop dan Latihan Biofeedback. Kajian ini menunjukkan bahawa teknik Latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh dijadikan kaedah berkesan untuk membantu pelajar lemah bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar
Integrasi pembelajaran sains dan latihan biofeedback dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran sains murid sekolah rendah
Teknik latihan Biofeedback diketahui mampu membantu individu untuk meningkatkan prestasi. Untuk itu, kajian ini bertujuan melihat keberkesanan intergrasi pembelajaran Sains dan latihan Biofeedback bagi melihat keberkesanannya terhadap prestasi mata pelajaran Sains murid sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini dilakukan secara kuasi eksperimen melibatkan ujian Pra dan ujian Pasca dimana murid diberikan latihan Biofeedback semasa mereka menjalani pembelajaran sains. Dapatan dari skor HRV murid pelbagai tahap pencapaian selepas ujian Pra dan ujian Pasca menunjukkan terdapat peningkatan dalam skor HRV bagi ujian Pasca. Berdasarkan dapatan kajian, penggabungan teknik latihan HRV Biofeedback dengan integrasi pembelajaran Sains berupaya membantu murid meningkatkan pencapaian mereka. Dapatan kajian merumuskan teknik latihan HRV Biofeedback sesuai digunakan dalam membantu murid sekolah rendah luar bandar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains dan juga mata pelajaran lain yang memerlukan penjajaran teknik pembelajaran yang lebih berkesan
Penggunaan Teknik Biofeedback berbantukan latihan zikir dalam meningkatkan Skor Koheren dan pencapaian akademik pelajar Program GALUS
Pelajar GALUS adalah kumpulan pelajar yang lemah dalam pelajaran, di mana mereka berada dalam kumpulan murid yang sering gagal dalam ujian.Pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.Penyelidikan lalu membuktikan bahawa latihan zikir boleh membantu individu meningkatkan daya konsentrasi.Teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan zikir dan biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar yang lemah meningkatkan prestasiskor koheren dan juga prestasi akademik Kajian ini menggunakan modul latihan zikir ‘laillahaillah’ dan pernafasan resonan untuk membantu pelajar meningkatkan skor koheren Heart Rate Variability “HRV”. Penggunaan latihan zikir sebelum ini telah terbukti berupaya membantu individu untuk meningkatkan skor koheren.Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar program GALUS seramai 40 orang dari sekolah-sekolah rendah. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan sebagai Kumpulan Latihan (n = 20) dan Kumpulan Kawalan (n = 20). Pelajar menjalani tiga sesi latihan zikir dan biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara antara HRV dengan peningkatan akademik pelajar.Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara skor HRV pelajar dengan prestasi akademik.Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan zikir dan biofeedback boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik
- …