9 research outputs found

    Mengkaji Perbezaan Tahap Kelajuan Dan Ketangkasan Pemain Hoki Wanita UTM Dengan Pemain Hoki Wanita SUKMA Johor

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kelajuan dan ketangkasan di antara pemain hoki wanita UTM dengan pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008. Seramai 14 pemain hoki wanita UTM dan 14 pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008 telah dipilih sebagai sampel ujian. Bagi mengukur dan menilai tahap kelajuan pemain, ujian 40 m pecut digunakan bagi kedua-dua pasukan untuk membuat perbandingan. Manakala bagi mengukur dan menilai tahap ketangkasan pemain, ujian illinois di gunakan bagi kedua-dua pasukan untuk membuat perbandingan. Data-data yang diperolehi akan di olah melalui dua kaedah iaitu kaedah deskriptif dan kaedah inferensi. Bagi menerangkan data melalui kaedah deskriptif, pengkaji menggunakan jadual dan carta untuk membuat perbandingan kedua-dua pasukan berdasarkan hasil ujian. Manakala melalui kaedah inferensi pula, keputusan yang diperolehi akan di analisis menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0. Melalui hasil analisis daripada SPSS ujian –t tidak bersandar digunakan bagi mengukur samaada terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua pasukan melalui ujian kelajuan dan ujian ketangkasan. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah P<0.05. Bagi ujian kelajuan dilihat terdapat perbezaan skor min yang tidak signifikan di antara pemain hoki wanita UTM dengan pemain hoki wanita SUKMA Johor 2008. Bagi ujian ketangkasan pula, keputusan yang diperolehi adalah terdapat skor min yang signifikan di antara pemain hoki wanita UTM dengan pemain hoki SUKMA Johor 2008

    Penglibatan mahasiswa secara aktif dalam bidang sukan di peringkat universiti dan kesannya terhadap pencapaian akademik

    Get PDF
    Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauhmana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk membuat perbandingan pencapaian akademik di kalangan mahasiswa atlit dengan mahasiswa bukan atlit. Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa atlit di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Responden seramai 52 orang dipilih dikalangan mahasiswa UTM iaitu 26 orang merupakan atlit dan 26 orang lagi bukan atlit. Data kajian ini diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan kepada semua responden. Item-item dalam soalselidik ini diproses menggunakan kaedah peratusan, melainkan item yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan Semester I Sesi 1998/1999. Data dianalisis pada aras signifikan p<0.05 dengan menggunakan analisis ujian-t. Keputusan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian akademik di antara mahasiswa atlit dan bukan atlit. Daripada hasil kajian ini, mahasiswa seharusnya digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi semasa di universiti kerana ia akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan pada yang sama ia tidak menjejaskan prestasi pelajaran. Kajian ini mendapati faktor bersukan bukanlah penyebab kepada kemerosotan pencapaian akademik tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi akademik seperti tidak dapat mengikuti pelajaran yang berkesan, tiada kumpulan belajar, malu bertanya kepada pensyarah dan kawan dan lain-lain lagi

    Keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot tangan bagi atlet renang SUKMA Johor

    Get PDF
    Latihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif dalam membantu meningkatkan kekuatan otot. Latihan bebanan yang berkesan haruslah mempertimbangkan tiga prinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan latihan dan pengkhususan latihan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan program latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otot tangan setelah mengikuti sesi latihan selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu di kalangan atlet – atlet renang SUKMA Johor. Seramai empat orang atlet dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meter speed swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Subjek akan menjalani ujian pra dan ujian pos dalam kajian ini. Data mentah akan diproses dengan menggunakan program “microsoft excel “ dan “ Statistical Packages For Social Science ” versi 10.0 (SPSS 10.0). Hasil dari penganalisaan data dikenal pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan. Prosedur latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu latihan

    Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan tahap kebimbangan sebelum dan selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan atlet. Kepentingan kajian adalah untuk atlet tinju sendiri disamping menjadi bahan rujukan kepada Persatuan Tinju Johor dan Negeri Johor. Tiga komponen set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test), Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) dan Soal-Selidik CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory-2). Seramai 9 orang atlet telah dipilih sebagai subjek dalam lingkungan 18 - 21 tahun. Subjek diberikan 3 set soal selidik yang diedarkan tiga hari sebelum dan selepas perlawanan dimana 1 set soal selidik sehari. Hasil kajian mendapati kebimbangan dalaman selepas perlawanan (sebelum (x) = 21.78 kepada 15.22). Selain itu, subjek-subjek menunjukkan penurunan kebimbangan luaran (sebelum (x) = 57.11 kepada 27.67) dan tahap keyakinan diri meningkat selepas perlawanan (x = 7.43 kepada 7.71). Dari kajian yang dilakukan pengalaman merupakan faktor utama dalam mengawal tahap kebimbangan. Semakin banyak pertandingan yang disertai oleh atlet semakin banyak kesilapan yang dilakukan semakin banyak kemahiran yang akan atlet perolehi, sekaligus ia akan membantu dan memudahkan atlet mengawal tahap kebimbangan sebelum pertandingan

    Tahap kecergasan atlit sepak takraw berdasarkan VO2 max

    Get PDF
    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap daya tahan kardiovaskular dan tahap penggunaan VO2 max pemain bola sepak takraw atlit SUKMA Johor iaitu setelah menjalani program latihan selama 8 minggu. Sampel yang telah di gunakan dalam kajian ini terdiri daripada atlit-atlit yang mewakili SUKMA yang berumur antara 17 hingga 21 tahun. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang dan semuanya adalah lelaki. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk eksperimental di mana subjek atau sampel yang di pilih akan menjalani ujian lari ulang alik progresif ‘bleep test’ iaitu sebanyak 2 sesi. Sesi yang pertama adalah disebut sebagai sesi ujian pre iaitu sebelum menjalani latihan dan sesi yang kedua ialah sesi ujian post iaitu selepas menjalani latihan selama 8 minggu. Kedua-dua data mentah ujian ini akan di ambil, dianalisis dan dibuat perbandingan bagi menentukan tahap penggunaan VO2 max dan daya tahan kardiovaskular pemain. Bagi mendapatkan skor purata dan sisihan piawai, data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Keputusan telah menunjukan bahawa terdapat peningkatan terhadap tahap daya tahan kardiovaskular pemain iaitu setelah menjalani program latihan selama 8 minggu dimana terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre (M = 1.49, SD =4.70) dengan ujian post (M = 1.33, SD = 4.22). Ujian nilai t = -14.08, P = 0.00 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu P < 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah ditolak

    Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Sepak Takraw Sukma 2008 Negeri Johor Bagi Komponen Kekuatan, Kelembutan Dan Kelajuan Pemain

    Get PDF
    Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian sebelum dan ujian selepas untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal pemain sepak takraw SUKMA Negeri Johor 2008 bagi komponen kekuatan otot, kelembutan, dan kelajuan. Ianya bertujuan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian ini seramai 35 orang pemain sepak takraw lelaki SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur tiga komponen Kecergasan Fizikal iaitu merangkumi Ujian Push Up, Sit and Reach, dan 40 Meter Sprint. Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian sebelum dan ujian selepas akan dianalisis dengan menggunakanprogram Statistical Packege for Social Science ( SPSS ) 11.5 dan Microsoft Excel 2003 untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. ujian-t Sampel Berpasangan juga digunakan untuk membuat perbezaan data yang diperolehi daripada ujian sebelum dan ujian selepas dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05. Hasil dapatan kajian didapati ujian Push Up p = 0.020, ujian Sit & Reach p = 0.001 dan ujian 40 meter sprint p = 0.012 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05, Daripada dapatan kajian ini didapati hipotesis satu, dua, dan tiga diterima

    Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes

    Get PDF
    Motivasi merujuk kepada tujuan untuk menggerakkan sesuatu dan keinginan aksi dalam aktiviti pendidikan luar. Oleh itu objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan mengenalpasti hubungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas penglibatan para pelajar 1 SPS di UTM terhadap aktiviti pendidikan luar. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah berkaitan samaada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik di mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti faktor sikap, kemahiran, minat, kecergasan dan keseronokkan. Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor ganjaran. Kajian ini penting kerana ia dapat membantu semua pihak terutamanya para pelajar, pihak pengurusan Fakulti Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan bermotivasi tinggi dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar apabila mereka berada di sekolah kelak. Untuk tujuan kajian seramai 24 orang pelajar 1 SPS, UTM yang juga merupakan bakal guru merangkap sebagai jurulatih telah dipilih untuk dijadikan responden. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik jenis Likert. Hasil keseluruhan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS For Windows version 16.0 (Statistical Package For ScienceSocial). Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan tahap faktor motivasi intrinsik adalah lebih berpengaruh berbanding dengan faktor motivasi ekstrinsik. Ini kerana perbezaan min diantara kedua-dua faktor motivasi tersebut adalah 0.8. Diharapkan pada masa akan datang masih ada ramai lagi pengkaji-pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian dalam bidang psikologi ini khususnya kajian dalam jenis motivasi. Semua pihak haruslah melihat kajian ini dari sudut positif dan sama-sama berganding bahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara khususnya dalam bidang Pendidikan Jasmani, Pendidikan Luar dan Rekreasi di Negara ini supaya ianya setaraf pentingnya dengan bidang yang lain. Kesimpulan, faktor motivasi intrinsik lebih berpengaruh dari faktor motivasi ekstrinsik. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan yang positif untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang aktiviti pendidikan luar dari segi kemahiran dan secara tidak lansung mereka merasa cergas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran yang lumayan supaya apabila menjadi guru dan jurulatih kelak mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

    Personality Traits as one of psychological predictors of injuries among Malaysan professional football play

    Get PDF
    Sports psychology concern with psychological factors that influence both participation and performance in sport and exercise as well as psychological effects derived from them. One of the aspects that sport psychologists are working on is to look at the relationship between psychological predictors and injury occurrence in sport activities. Psychological parameters such as personality traits, anxiety, self-esteem, and mental toughness are among the factors that can be considered to determine psychological predictors leading to athletic injury. Accordingly, identification of factors that predispose athletes to injury is essential in order to develop effective interventions before the actual occurrence of sport injury

    Glucose level during fasting month among competitive endurance athletes

    Get PDF
    In order to maintain performance, training is a must and there is no exceptional during Ramadan fasting. However, studies have showed that Ramadan fasting causes significant changes in calories intake as well as blood glucose concentration and this might affect the athlete's performance, Therefore, the purpose of this study was to investigate the blood glucose levels of fasting and non-fasting competitive endurance athletes before and after endurance test during Ramadan fasting month. Eight subjects (fasting, n ~ 4, non-fasting , n ~ 4) with an average age of 23.1 ± 3.0 years, height of 167.0 ± 6.6cm, weight of 56.5 ± 7.4 kg and BMI of 20.2 ± 2.1 participated in the study. All subjects were competitive runners who are involved in annual MALAKOFF University Dualthon Series since year 2008 till now. Subjects were required to complete 2.4km run test at their fastest pace, three times with rest at least two days between each trial. Measurements were pre- and post-run blood glucose (Accu check, Performa, Roche Diagnostics NZ Ltd, New Zealand), heart rate monitoring (Polar Heart Rate, Polar Electro Oy, Finland) and performance time. Gathered data were analysed using independent t-test via Statistical Package for Social Science version 14.0 (SPSS 14.0) in order to compare the result between fasting and non-fasting groups. The pre-run blood glucose of the fasting group (4.gmmoI/L ± 0.4) was lower than the non-fasting group (6.2mmoI/L ± 0.6), which similar to study by Bouhlel et al. (2008) [4.8mmoI/L ± 0.4 (t st week Ramadan) and 4.8mmol/L ± 0.4 (final week Ramadan)] but higher than study by Nomani et al. (1989) [4.51 mmol/L ± 0.67 (day 15) and 4.24mmo1/L ± 0.34 (day 28)]. Results indicated a significant difference of pre-run blood glucose (t~- 3 .08, p=.022) between groups but not on the post-run blood glucose. In terms of performance time, the fasting group was 11 .63 ± 1.87 minutes, and the non-fasting group was 11 .1 2 ± 0.94 minutes which shown no significant difference with t=.488, p=.643. These showed that maintaining blood glucose level during fasting is unnecessary for performance continuation but might important for healthy purposes
    corecore