3 research outputs found

    [Al-Tabari's Character in The Knowledge of Qiraat and His View of Al-Ahruf Al-Sab’ah] Ketokohan Al-Tabari dalam Ilmu Qiraat dan Pandangan Beliau Terhadap Al-Ahruf Al-Sab’ah

    Get PDF
    Imam al-Tabari's expertise in the science of qiraat can be seen in some of his views on the issues of qiraat and his style of debate on the error of qiraat in his interpretation of Jami 'al-Bayan' an Ta'wil Ay al-Qur'an. The debate of qiraat scholars on al-ahruf al-Sab'ah has been done by several scholars through the books of Ulum al-Quran and Ilmu Qiraat. However, when listing the opinions of these figures, al-Tabari's views were not discussed in depth while he had great character as al-Qurra 'as well as being famous as an al-Mufassir. Therefore, this study aims to investigate the relationship between Imam al-Tabari and the science of qiraat and the science of tafsir al-Qur’an. It also aims to study al-Tabari's expertise in the science of qiraat as well as analyze his views on the main issue in the science of qiraat which the meaning of al-Ahruf is al-Sab'ah. This information is collected and analyzed by discussing al-Tabari's views in this qiraat knowledge debate, then making a conclusion and conclusion on his views. All data were analyzed using inductive and deductive methods. The results of the study show that al-Tabari's expertise in the science of qiraat cannot be denied by anyone. However, his view in the chapter of al-Ahruf al-Sab'ah is seen to contradict the view of the majority of scholars by saying that the reading error among the qurra 'does not exclude the writing of Mushaf ‘Uthmani based on only one letter from al-Ahruf al-Sab'ah. While the remaining six letters have been dropped and it is not obligatory to do good deeds with it based on the ijma ’of the companions on the writing of the ‘Uthmani mushaf. Kepakaran Imam al-Tabari dalam ilmu qiraat dapat dilihat pada beberapa pandangan beliau terhadap isu-isu qiraat dan gaya perbahasan beliau terhadap khilaf qiraat dalam tafsirnya Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an. Perbahasan ulama qiraat tentang al-ahruf al-Sab’ah telah dilakukan oleh beberapa pengkaji melalui kitab-kitab Ulum al-Quran dan Ilmu Qiraat. Namun ketika menyenaraikan pendapat-pendapat tokoh-tokoh tersebut pandangan al-Tabari tidak dibahaskan secara mendalam sedangkan beliau mempunyai ketokohan yang hebat sebagai al-Qurra’ disamping masyhur sebagai seorang al-Mufassir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki perkaitan di antara Imam al-Tabari dengan ilmu qiraat dan ilmu tafsir al-Qur’an. Ia juga bertujuan mengkaji kepakaran al-Tabari dalam ilmu qiraat serta menganalisis pandangan beliau terhadap isu pokok dalam ilmu qiraat iaitu maksud al-Ahruf al-Sab’ah. Maklumat  ini dikumpul dan dianalisis dengan membahaskan pandangan al-Tabari dalam perbahasan ilmu qiraat ini, seterusnya membuat satu rumusan dan kesimpulan terhadap pandangan beliau. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepakaran al-Tabari dalm ilmu qiraat tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Namun pandangan beliau dalam bab al-Ahruf al-Sab’ah dilihat menyalahi pandangan majoriti ulama dengan mengatakan bahawa khilaf bacaan di kalangan qurra’ tidak terkeluar dari penulisan Mushaf ‘Uthmani berdasarkan satu huruf sahaja daripada al-Ahruf al-Sab’ah. Manakala baki enam huruf lagi telah digugurkan dan tidak diwajibkan beramal dengannya berdasarkan ijma’para sahabat terhadap penulisan mushaf ‘Uthmani.   &nbsp

    [Khilaf Qiraat Mutawatirah: An Analysis of Menstrual Verse in Terms of Roles, Relevance and Relationship to Fiqh Law ] Khilaf Qiraat Mutawatirah: Satu Analisa pada Ayat Haid dari Aspek Peranan, Perkaitan dan Pertalian pada Hukum Fiqh

    Get PDF
    The aim of this study is to explore the importance of Qira’at Mutawatirah as a discipline particularly in the field of fiqh (jurisprudence). As a field of study, Qiraat (Quranic reading) plays a significant role in Islamic Fiqh by way of shaping the opinions and views of the fuqaha’ (jurists). Nevertheless, some fuqaha’ are less familiar with Qiraat as a study which has thus led to some confusion and ambiguity on the matter. It was even suggested that the differences of fiqh found within the madzhabs (sects) are based on the fuqaha’s own Qiraat. Thus this paper is a discussion on the differences of wajh Qiraat within the farsh letters as found among the Qiraat scholars. This paper also analyses the relationship and influence of the Qiraat readings among the fuqaha when it comes to deriving a hukm (principle), particularly on fiqh ibadah (the laws of worship). As such, this significant study sheds light into the approach used by the fuqaha’ when it comes to extracting and deriving laws and principles based on the different Qiraat readings. The objectives of this study are to investigate the extent and role of Qiraat, to analyse and observe the relationship between Qiraat readings of the fuqaha and its relationship to the hukm. This study is based entirely on library research. Overall, the findings show that Qiraat is undoubtedly important; the differences in Qiraat have a major impact in the way that the various Islamic Fiqh were derived from the Qur’anic verses. Nevertheless, the chosen Qiraat readings by Fuqaha, on the other hand, do not play a major role in determining the fiqh within the various sects; instead the wajh Qiraat plays a major role within their respective sects. However, in some circumstances, the chosen Qiraat readings do sometimes become a source which a hukm is decided within their sects, and vice versa. It is hoped that this study becomes a pioneer for other researchers to conduct a more in-depth study on the sciences of Qiraat by exploring it critically within the various perspectives of the Islamic discipline. It is hoped that it can be analysed, studied, understood and implemented in the field of teaching and learning, in line with its importance within the other branches of Islamic discipline. It is hoped that as a study, it can be further expanded and remain significant to the Islamic scholars and the community at large. Keyword: Qiraat Mutawatirah, Fiqh, Qiraat, fuqaha‘   Penulisan ini bertujuan merungkai hubungan rapat Qiraat dalam disiplin ilmu Islam terutamanya ilmu Fiqh. Qiraat menjadi salah satu faktor yang dominan terutamanya dalam mencorakkan perbezaan hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha’. Namun masih terdapat kalangan yang kurang mengetahui dan memahami hakikat kewujudan ilmu Qiraat sehingga menimbulkan kekeliruan dan kesamaran mengenainya bahkan wujudnya pendapat menyatakan bahawa hukum fiqh yang diinstibatkan dalam mazhab adalah berdasarkan daripada Qiraat yang dibaca oleh kalangan fuqaha itu sendiri. Justeru kajian ini akan menyentuh dan membincangkan perbezaan wajh qiraat yang terdapat pada farsh huruf dalam kalangan ulama Qiraat. Dalam masa yang sama, kajian ini juga akan menyingkap dan menganalisis perkaitan dan pengaruhnya terhadap pengeluaran hukum oleh kalangan Fuqaha’ terutama ayat-ayat al-Quran yang melibatkan fiqh ibadat. Kajian ini penting demi memahami keadaan sebenar bagaimana kalangan Fuqaha mengeluarkan hukum fiqh berdasarkan perbezaan Qiraat. Objektif kajian ialah mengkaji sejauhmana perkaitan dan peranan Qiraat pada hukum fiqh, menganalisis dan menilai sejauh mana pertalian bacaan Qiraat yang dibaca Fuqaha’ dengan hukum yang diinstibatkan oleh Fuqaha.’ Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan berdasarkan kajian ke perpustakaan sepenuhnya. Ternyata dapatan hasil kajian ini merumuskan bahawa perbezaan Qiraat pula memberi impak yang besar dalam mencorakkan hukum fiqh dalam ayat al-Quran. Bacaan ‘Qiraat PilihanFuqaha‘ pula tidaklah menjadi faktor utama mempengaruhi hukum fiqh mazhab yang diasaskan oleh mereka bahkan fuqaha hanya menjadikan wajh Qiraat itu sebagai platform utama dalam menentukan hukum fiqh dalam mazhab yang diasaskan mereka. Namun tidak dinafikan juga, bacaan ‘Qiraat Pilihan Fuqaha‘ itu kekadang menjadi sebab penentuan hukum bagi mazhab mereka dan kekadangnya sebaliknya. Kajian ini diharap menjadi perintis kepada pengkaji yang lain untuk lebih prolifik mengenai ilmu Qiraat dalam membahaskannya dari pelbagai sudut disiplin ilmu Islam secara lebih kritis supaya ia dapat ditelaah, dikaji, difahami, diperkasai dan diimplimentasikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kepentingannya terhadap cabangan ilmu-ilmu Islam yang lain agar terus berkembang dan bertapak pada kaca mata Ilmuan Islam secara khusus dan masyarakat sejagat secara umumnya.   Kata Kunci: Qiraat Mutawatirah, Fiqh, Qiraat, fuqaha‘

    Al-Asha‘irah: Faktor Perkembangan dan Metodologi Argumentasinya [Al-Asha'irah: Developmental Factors and Methodology of Argument]

    No full text
    This paper aims to trace the history of how al-Asha‘irah emerged, factors that contributed to its development, prominent figures in this stream, and the stream’s method of proving with dalil (reasoning based on analogy). This stream was founded by ‘Ali Ibn Isma‘il Ibn Ishaq Ibn Salim Ibn Isma‘il Ibn ‘Abd Allah Ibn Musa Ibn Bilal Ibn Abi Burdah Ibn Abi Musa al-Ash‘ari. The stream employed two methods of proving with dalil. They referred to naqli dalil, which refers to the Quran and hadith, and they employed sensible dalil to strenghten the reasoning obtained from the Quran and hadith.   Keywords: Al- Asha‘irah, methodology, school of thought.   Artikel ini bertujuan melakukan sorotan tentang sejarah kemunculan aliran al-Asha‘irah, faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangannya, tokoh-tokoh aliran ini serta metodologi pendalilannya. Aliran ini diasaskan oleh ‘Ali Ibn Isma‘il Ibn Ishaq Ibn Salim Ibn Isma‘il Ibn ‘Abd Allah Ibn Musa Ibn Bilal Ibn Abi Burdah Ibn Abi Musa al-Ash‘ari. Aliran ini menggunakan dua metodologi pendalilan iaitu dalil naqli dengan merujuk kepada al-Qur’an dan hadith, dan penggunaan dalil akal bagi memperkuatkan pendalilan yang diambil dari al-Qur’an dan hadit.   Kata kunci: Al- Asha‘irah, metodologi, aliran pemikiran, argumentas
    corecore