49 research outputs found

    Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah

    Get PDF
    Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement), hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam

    Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut Syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah

    Get PDF
    Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement), hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam

    Zakat, maqasid syariah dan sustainable development goals (SDGs): Kajian analisis di Institusi Zakat di Malaysia Timur

    Get PDF
    Penyucian harta, pembasmian kemiskinan dan pembangunan sosio-ekonomi adalah antara matlamat utama zakat yang sering diutarakan. Pengurusan zakat yang baik adalah pengurusan yang berteraskan matlamat dan berusaha ke arah memenuhi matlamat tersebut. Aktiviti kutipan dan agihan zakat harus bertunjangkan matlamat zakat yang mampu direalisasikan menerusi implementasi pendekatan-pendekatan yang berpandukan matlamat tersebut. Kajian ini meninjau sejauh mana pengurusan, aktiviti kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan terangkum dengan Maqasid Syariah dan Sustainable Development Goals (SDGs). Kajian adalah bersifat kualitatif dengan menganalisis data sekunder daripada institusi zakat di Malaysia Timur. Hasil kajian mendapati kedua-dua institusi zakat di Malaysia Timur, iaitu Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Sabah dan Tabung Baitulmal Sarawak, Majlis Islam Sarawak (MIS), Sarawak adalah selaras memenuhi matlamat Maqasid Syariah, dan beberapa matlamat Sustainable Development Goals (SDGs). Usaha penambahbaikan berterusan juga amat digalakkan ke atas kedua-dua institusi zakat

    Penghijrahan manusia dari perspektif Islam

    Get PDF
    Penghijrahan manusia hakikatnya telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Penghijrahan dalam Islam bukan sahaja berbentuk lahiriah iaitu perpindahan fizikal dari satu negara ke negara yang lain, namun disertai dengan perpindahan batiniah iaitu dilakukan kerana Allah SWT dan rasul-Nya serta beralih daripada sifat-sifat tercela kepada sifat-sifat terpuji. Seiring dengan peredaran zaman, bentuk dan matlamat penghijrahan manusia turut berubah. Penghijrahan kini dominan berlaku atas faktor mempertingkatkan taraf ekonomi individu, keluarga dan negara. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan semula hukumhakam penghijrahan dari sisi pandang Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa hukum penghijrahan terbahagi kepada wajib, sunat, harus dan haram. Hukum tersebut berbeza mengikut tempat dan kondisi yang berlaku. Penghijrahan juga merupakan satu ibadah kepada Allah yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas kepada-Nya. Hukum-hukum tersebut terpakai sehingga ke hari kiamat. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan agar aktiviti penghijrahan tidak berpaksikan kepada tuntutan lahiriah semata-mata tetapi disertai dengan tuntutan batiniah

    Migrasi dan pembentukan masyarakat Islam majmuk Sabah

    Get PDF
    Migrasi bukanlah suatu fenomena baharu di Sabah. Sebelum zaman penjajahan lagi sehinggalah selepas kemerdekaan Sabah, arus migrasi terus berlaku dan tidak mempunyai tanda berhenti. Terdapat banyak kajian telah dijalankan berkenaan fenomena migrasi di Sabah. Kesan mahupun impak migrasi merupakan topik yang sering menjadi tumpuan para pengkaji. Bagaimanapun kurang kajian migrasi dari sisi pandang agama. Oleh itu, kertas kerja ini akan membahaskan berhubung impak migrasi etnik dominan Islam terhadap pembentukan masyarakat majmuk Islam di Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa migrasi etnik dominan Islam daripada Filipina dan Indonesia bukan sahaja membentuk kepelbagaian etnik Islam, malah menjadikan Islam sebagai kumpulan majoriti dianuti di Sabah. Sekali gus memberi impak yang besar apabila Islam menjadi agama rasmi negeri Sabah. Kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kajian migrasi dari perspektif agama di Malaysia amnya dan Sabah khususnya pada masa akan datang

    Unsur kearifan tempatan dalam adat kematian masyarakat Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam

    Get PDF
    Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Kearifan tempatan dapat dikonsepkan sebagai pengetahuan unik yang didapati dalam sebuah masyarakat yang dikemukakan oleh masyarakat tradisional melalui pengalaman dan integrasi dengan lingkungan persekitaran. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan kearifan tempatan ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam berlatarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis kewujudan kearifan tempatan masyarakat Bajau di Sabah khususnya dalam adat kematian mereka menurut perspektif Islam. Hal ini perlu bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum adat kematian dalam Islam dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat Bajau. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, dalam adat kematian Bajau di Sabah, terdapat banyak tokok tambah hasil daripada pengalaman dan pengaruh masyarakat setempat Bajau. Unsur tokok tambah ini perlu dianalisis, sama ada ia termasuk dalam 鈥榰rf fasid kerana adanya unsur bid鈥檃h dan khurafat ataupun ia termasuk dalam 鈥榰rf sahih kerana pengambilkiraan kearifan tempatan tersebut tidak menjejaskan proses pembinaan hukum Islam

    Adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah penilaian dari perspektif Islam

    Get PDF
    Masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah terkenal sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan khazanah adat budaya. Pengamalan sesebuah adat dipelihara secara konsisten bagi mengekalkan keasliannya sebagai tatapan generasi mendatang. Kelestarian ini didorong oleh solidariti para pendukungnya tidak kira generasi tua atau pun muda. Dalam konteks adat perkahwinan, masyarakat Bajau juga mengaplikasikan adat-adat perkahwinan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu dan beberapa etnik lain di Sabah. Namun terdapat beberapa amalan adat yang eksklusif diamalkan yang menarik untuk ditonjolkan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Seterusnya, analisis dari perspektif Islam akan dilakukan bagi menentukan status adat sama ada ia selaras dengan agama atau pun sebaliknya. Kajian ini tampil sebagai panduan masyarakat dalam menepis sebarang amalan yang bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah temu bual dan observasi (pemerhatian turut serta) sebagai medium pengumpulan data secara autentik. Informan dipilih berdasarkan kearifan dan pengalaman luas berkaitan adat perkahwinan dalam masyarakat Bajau di Kota Belud. Terdapat lima buah kampung yang dipilih atas justifikasi kepadatan penduduk Bajau di kawasan terbabit. Kajian ini mendapati adat perkahwinan Bajau masih mengandungi amalanamalan bertentangan dengan Islam. Amalan ngerasi dan aplikasi kindangan perlu kepada ubah suai agar ia selari dengan syarak. Bagi amalan adat yang dibolehkan, ia perlu disuburkan sebagai sebuah adat budaya yang bernilai untuk tatapan generasi akan datang

    Impak migrasi pelarian Muslim Filipina terhadap survival politik Muslim Sabah (1963-2013)

    Get PDF
    Migrasi pelarian Filipina di Sabah bukan suatu isu baharu. Seperti mana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lain, pelarian Filipina turut dikaitkan memberi kesan negatif terhadap politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Terdapat banyak kajian yang membahaskan ancaman kumpulan tersebut terhadap hal-ehwal politik Sabah. Bagaimanapun, kurang kajian yang melihat impak kedatangan mereka dari sisi pandang agama. Oleh itu, artikel ini akan membahaskan mengenai impak kebanjiran pelarian Filipina yang majoritinya beragama Islam terhadap survival politik Muslim Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati bahawa migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah secara tidak langsung telah mengubah populasi Islam daripada minoriti kepada majoriti. Ia telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penyokong sekali gus membantu survival kepimpinan orangorang Islam dalam politik Sabah. Artikel ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian-kajian migrasi dari sisi pandang agama pada masa akan datang

    Tun Mustapha and the Strengthening of Islam in Sabah: 1963 - 1973

    Get PDF
    Pada awal kemerdekaan Sabah, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam menghadapi kekangan untukdilaksana dan dikembangkan. Hal inikerana komposisi orang Islam yang minoritidan tampuk politik majoritinya dibarisi oleh orang bukan Islam. Senario ini telah memberikan implikasi yang besar apabila sukar untuk mengangkat suara orang-orang Islam dalam dasarpentadbiran dan pembangunan negeri.Berdasarkan kepada senario tersebut, wujud keperluan yang jelas untuk membuat perubahan. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah antaranyaTun Mustapha. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis peranan yang telah dilakukan oleh Tun Mustapha dalam mengangkat Islam kepada kedudukan yang lebih baik dan kukuh di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual.Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajianmendapatiusaha dakwah dan islamisasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh Tun Mustapha telah meningkatkan komposisi orang Islam daripada minoriti kepada majoritisehingga menjadi faktor kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah. Direkodkan 75,000 sehingga 100,000 orang telah menganut Islam melalui proses Islamisasi tersebut. Peratus komposisi Islam pada awal pemerintahan Tun Mustapha tahun 1967 iaitu 38.7% telah meningkat kepada 53% ketika pemerintahan beliau berakhir tahun 1976. Peningkatan tersebut telah memberikan peluang kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A) untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah pada 23 September 1973.Dengan pindaan tersebut, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam dalam segenap aspek sama ada politik dan pentadbiran, ekonomiserta sosial yang sebelum ini menghadapi kekangan untuk dilaksanakan, telah berkembang seperti yang ada pada masa kini

    Pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dan sogit kampung: Satu kajian perbandingan

    Get PDF
    Masyarakat Kadazandusun di Sabah terkenal sebagai sekumpulan etnik yang mempunyai kepelbagaian budaya yang unik. Antara kebudayaan yang masih lestari dalam kebudayaan Kadazadusun ialah amalan sogit. Sogit secara mudahnya dapat difahami sebagai pampasan, ganti rugi adat ataupun denda adat yang dikenakan terhadap individu (anak negeri) yang melanggar norma adat tradisi. Amalan sogit ini telah diterima sebagai kod adat yang telah dikanunkan di Mahkamah Anak Negeri bagi membicarakan kes-kes berkaitan dengan adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. Berdasarkan kepada hakikat tersebut, mutakhir ini amalan sogit dapat dilihat daripada dua perspektif yang berbeza. Pertama, dari perspektif pengamalan sogit secara formal di Mahkamah Anak Negeri menerusi Kaedah Undang-undang Adat Mahkamah Anak Negeri (1995). Kedua, pengamalan sogit dalam kalangan masyarakat kampung terdiri daripada orang-orang Dusun. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat perbandingan di antara pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dengan pengamalan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun kampung. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa ciri-ciri yang sesuai untuk ditonjolkan sebagai suatu kajian perbandingan pengamalan sogit di Mahkamah Anak Negeri dengan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun kampung. Ciri-ciri tersebut antaranya sumber perolehan undang-undang, makna, fungsi, pengamalan dan juga pelaksana
    corecore