4 research outputs found

    KEPENTINGAN MAKANAN DALAM MENJAMIN HIFZ AL-NAFS (The Important of Food To Ensure Hifz Al-Nafs)

    Get PDF
    Abstrak: Kekurangan makanan akan mengundang kepada pelbagai penyakit dan boleh membawa kepada kematian. Makanan yang mencukupi sangat penting bagi memenuhi keperluan daruriyyah. Kajian ini menjelaskan kepentingan makanan dalam memenuhi maqasid syariah iaitu hifz al-nafs. Metodologi yang digunakan adalah melalui pendekatan kajian perpustakaan untuk mengumpul data. Beberapa bahan perpustakaan telah digunakan sebagai rujukan termasuk dokumen, buku, jurnal dan laporan ekonomi. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati bagi memenuhi hifz al-nafs dalam Islam, makanan halal dan berkhasiat amat diperlukan oleh manusia. Setiap negara perlu memastikan makanan tersebut dikeluarkan dengan cukup kepada seluruh rakyat. Bagi kelangsungan hidup, dalam keadaan darurat dibenarkan untuk makan makanan yang haram sekadar untuk menyelamatkan nyawa. Kata kunci: Makanan, Hifz Al-Nafs, Halal, Maqasid Syariah  Abstract: Lack of food can lead to many illnesses, which can result in death. Adequate food is very important to meet our needs. This study explains the importance of food in fulfilling the maqasid al-shariah, the hifz al-nafs. The methodology used is the collection of data through a library research approach. Some library resources including documents, books , journals and economic reports were used for references. Content analysis methods have been used to analyze data. The results show that in order to meet hifz al-nafs in Islam, halal and nutritious foods are much needed by humans. Every country needs to ensure that the food is adequately supplied to the people. In an emergency situation which will bring negative effects to human lives, we are permitted to eat prohibited food for survival. Keywords: Food, Hifz Al-Nafs, Halal, Maqasid Al-Shariah

    Paradigma pendidikan Islam dalam konteks dunia globalisasi: Analisis perbandingan antara paradigma barat dan Islam

    Get PDF
    Dunia hari ini membuktikan bahawa peredaran zaman dari masa ke semasa mengalami pelbagai perubahan tanpa disedari mahupun tidak disedari. Begitu juga dengan Paradigma atau pemikiran asas yang merupakan satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menganalisis paradigma pendidikan Islam di Barat dan Islam dalam konteks semasa. Pada dasarnya kertas kerja ini merupakan dapatan kajian awal daripada Projek UMRG (RG035/09HNE) yang bertajuk “Pusat Kajian Orientalis : Kajian Terhadap Metodologi Dan Kandungan Disiplin.” Ianya dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian utama yang berkaitan antara sama lain,merangkumi ; pertama, pengenalan kepada projek kajian. kedua, Kenapa kajian perbandingan ini penting. ketiga, Pengajian Islam di Barat dan Islam: satu analisis. keempat, kesimpulan

    The significance of the hisbah’s system in empowering the mosque’s jurisdiction / Zanirah Mustafa @ Busu...[et al.]

    No full text
    In Islam, there is a requirement that needs to be completed by its followers known as Hisbah which means the calling of doing good deeds (amar ma’ruf, nahi munkar), and prohibiting forbidden deeds and fixing social breakdowns. Hisbah covers two responsibilities which are first, the responsibility to implement ma’ruf and secondly, the responsibility to stop the acts of munkar. These two responsibilities have been further divided into three categories which are responsibilities directly related to the rights of Allah SWT, responsibilities that are directly related to the rights of human beings and finally, the responsibilities related to the rights of Allah SWT and human beings. The purposes of these responsibilities are to deter any munkar related matters such as treachery, invasions, negligence, ruthless acts and similar conduct. Therefore, Islam has laid the foundations that need to be learned and understood by each individual in the matters of worship (ibadah) and human activities (muamalah). These matters need to be thoroughly learned through the basic foundation laid by the previous ulama and transformed with the new discoveries that are based on the principles of Islamic laws. There are various methods of hisbah that can be highlighted in the manners of hikmah, some examples are through the sharing of advice, tazkirah , irshad, qudwah, qiyadah, tawsiyyah and islah. The concept of hisbah is very relevant to be applied for welfare and justice especially in uniting the ummah and enhancing the understanding of Islam among the society. Therefore, the purpose of this study is to declare the relevance of the concept of hisbah to the current era especially in empowering the mosque as was practised during the golden age of Islam. The structure of the mosque’s organization needs to be reevaluated to ensure that it is capable of performing its duty as one of the hisbah institutions in Malaysia

    Merakyatkan Institusi Zakat Menurut Perspektif Maqasid Syariah

    Full text link
    Institusi zakat merupakan salah satu daripada institusi yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia menjadi nadi penggerak kemajuan untuk kelangsungan hidup masyarakat. Justeru, ia perlu berada dekat di hati rakyat. Maka kajian ini bertujuan untuk melihat kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi merakyatkan institusi zakat dari sudut Maqasid Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menghimpunkan maklumat daripada kitab-kitab turath, kontemporari, kajian ilmiah dan fatwa semasa berkaitan dengan institusi zakat dan Maqasid Syariah. Kesemua maklumat ini akan diteliti bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk merakyatkan institusi zakat daripada perspektif Maqasid Syariah. Hasil kajian menunjukkan Maqasid Syariah boleh menjadi instrumen panduan bagi merakyatkan institusi zakat
    corecore