43 research outputs found
Faktor Personaliti dan Kepuasan Kerja dalam kalangan Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara personaliti dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Selangor. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan sosio-demografi anggota PGA; ii) mengenal pasti ciri personaliti dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan anggota PGA; iii) menentukan perbezaan tahap kepuasan kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan anggota PGA; dan v) menentukan hubungan antara ciri personaliti dengan kepuasan kerja dalam kalangan anggota PGA. Seramai 300 orang responden terdiri daripada anggota PGA berpangkat Konstabel hingga Sub-Inspektor yang bertugas di Batalion 4 dan Batalion 19, Briged Tengah, Cheras, Selangor terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat (multi-stage sampling). Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, Indeks Kepuasan Kerja (IKK) dan Big Five Inventory (BFI). Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 22. Hasil kajian bagi tret personaliti menunjukkan majoriti responden mempunyai ciri personaliti ektraversi, kesetujuan, berhemah dan terbuka kepada pengalaman pada tahap tinggi manakala ciri neurotisisme berada pada tahap rendah. Bagi kepuasan kerja, majoriti responden mempersepsikan kepuasan kerja pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja responden adalah berbeza mengikut tempoh perkhidmatan di mana responden yang berkhidmat melebihi 20 tahun mempunyai tahap kepuasan tertinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan ciri personaliti ektraversi, kesetujuan dan berhemah mempunyai hubungan negatif yang signifikan manakala ciri neurotisisme mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja. Hubungan negatif antara ciri personaliti ekstraversi, kesetujuan dan berhemah dengan kepuasan kerja menunjukkan bahawa responden yang mempunyai skor rendah bagi ciri-ciri tersebut seperti dominan, konservertif, tidak ramah, kasar dan rasa curiga lebih berpuas hati dengan tugasan sebagai PGA. Manakala responden yang mempunyai tinggi ciri neurotisisme seperti bimbang, berjaga-jaga dan cemas lebih berpuas hati dengan tugasnya berbanding yang rendah ciri neurotisisme. Justeru, setiap anggota polis yang ingin diserap ke PGA perlu membuat ujian personaliti agar yang terpilih adalah anggota yang sesuai
Motivasi Membaca, Persekitaran Membaca di Rumah dan Sikap Membaca dalam kalangan Pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara motivasi membaca, persekitaran membaca di rumah dan sikap membaca dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Seramai 214 pelajar UPM yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat terlibat dalam kajian ini. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga instrumen iaitu Survey of Adolescent Reading Attitudes, Motivations for Reading Questionnaire (MRQ) dan Students’s Reading Environments at Home: Exposure and Support. Hasil kajian menunjukkan sikap membaca bahan bacaan digital dan bercetak pelajar UPM berada pada tahap tinggi. Selain itu, kajian mendapati motivasi membaca intrinsik dan ekstrinsik serta persekitaran membaca di rumah pelajar UPM berada pada tahap sederhana. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan positif secara signifikan antara motivasi membaca intrinsik, motivasi ekstrinsik dan persekitaran membaca di rumah dengan sikap membaca bahan bacaan digital dan bercetak. Kesimpulannya, motivasi membaca dan persekitaran membaca di rumah mempunyai hubungan signifikan dengan sikap membaca dalam kalangan pelajar UPM. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sikap membaca yang positif, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa terutamanya perlu mewujudkan persekitaran membaca yang kondusif di rumah agar dapat memupuk motivasi membaca dan sikap yang positif dalam kalangan anak-anak. Selain itu, pihak univerisiti dan pensyarah juga perlu mengambil langkah yang proaktif dalam mempromosi dan menggalakkan amalan membaca agar ia terus menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi
Nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak, Malaysia
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli. Ia juga bertujuan untuk menentukan perbezaan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berdasarkan pencapaian akademik responden. Kajian ini melibatkan 402 remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati responden secara puratanya lemah dalam pelajaran dan mempunyai tahap nilai pencapaian serta orientasi masa hadapan yang sederhana. Kajian juga mendapati nilai pencapaian (F(2, 399) = 11.14; p < 0.01) dan orientasi masa hadapan (F(2, 399) = 28.11; p < 0.01) berbeza secara signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik. Responden yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih baik mempunyai tahap nilai pencapaian yang lebih tinggi dan orientasi masa hadapan yang lebih optimis, berbanding rakan yang rendah tahap pencapaian akademiknya. Kesimpulannya, faktor psikologikal seperti nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, dalam usaha mempertingkatkan mutu akademik para pelajar Orang Asli, kedua-dua faktor tersebut perlu diberikan perhatian
Nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak, Malaysia
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli. Ia juga bertujuan untuk menentukan perbezaan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berdasarkan pencapaian akademik responden. Kajian ini melibatkan 402 remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati responden secara puratanya lemah dalam pelajaran dan mempunyai tahap nilai pencapaian serta orientasi masa hadapan yang sederhana. Kajian juga mendapati nilai pencapaian (F(2, 399) = 11.14; p < 0.01) dan orientasi masa hadapan (F(2, 399) = 28.11; p < 0.01) berbeza secara signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik. Responden yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih baik mempunyai tahap nilai pencapaian yang lebih tinggi dan orientasi masa hadapan yang lebih optimis, berbanding rakan yang rendah tahap pencapaian akademiknya. Kesimpulannya, faktor psikologikal seperti nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, dalam usaha mempertingkatkan mutu akademik para pelajar Orang Asli, kedua-dua faktor tersebut perlu diberikan perhatian
Persepsi Impak Industri Pelancongan terhadap Kualiti Hidup Komuniti Setempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Industri pelancongan merupakan salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek antaranya dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan dalam pelbagai aspek ini boleh memberi impak kepada kualiti hidup komuniti setempat sama ada dalam bentuk yang positif mahupun negatif. Sebuah kajian telah dijalankan bagi mengkaji persepsi impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup komuniti setempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Batu Feringghi merupakan salah sebuah tempat pelancongan pesisiran pantai di negeri Pulau Pinang dan diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar oleh pihak berkuasa tempatan. Majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Seramai 383 komuniti setempat di Batu Ferringhi telah dipilih dan terlibat secara persampelan rawak mudah berlapis. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set borang soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian-kajian lepas mengikut kesesuaian kajian yang dibuat. Instrumen kajian merangkumi soalan-soalan tentang latar belakang sosio-demografi komuniti setempat, persepsi impak industri pelancongan dan kualiti hidup komuniti setempat. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Korelasi Pearson dan regresi. Hasil analisis kajian mendapati komuniti setempat memberi persepsi yang positif terhadap impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup. Persepsi impak industri pelancongan oleh komuniti setempat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dari aspek ekonomi (r= 0.518), sosial (r= 0.420), budaya (r= 0.629) dan alam sekitar (r= 0.627) dengan kualiti hidup. Keempat-empat persepsi impak tersebut menunjukkan 52% kadar dalam mempengaruhi kualiti hidup komuniti setempat. Justeru itu, pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan di Batu Ferringhi perlu diteruskan kerana berupaya memberi impak yang positif kepada pembangunan kualiti hidup komuniti setempat di kawasan tersebut. Perancangan pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan perlu dirancang dengan mengambil kira perspektif kepentingan komuniti agar setiap pembangunan yang dibuat dapat meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan baru dan menambah pelbagai kemudahan asas untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat. Selain itu, penglibatan dan penyertaan aktif komuniti setempat dalam pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan juga perlu diterapkan
Motivasi dan tahap penglibatan belia Felda dalam kesukarelawanan di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p<.01). Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan belia di Felda. Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda
Societal Conflict Among Relapsing Male Drug Addicts in Cure and Care Service Centre, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
This social psychology study sought to understand how the inability of former drug addicts controlling interpersonal conflict that occurs in the community resulted in relapse or back to their addiction. A qualitative phenomenological approach was taken to conduct interviews with former drug addicts that are participating in a rehab program in Cure and Care Service Centre, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Eight informants were consented and interviewed. Purposive sampling was used and responses were analyzed thematically. These themes included the issue of labeling drug addicts as convicts, isolation from the community and restricted from participating in community-based programs. Researcher suggests related agencies to work with rehabilitation officers in restructuring the rehabilitation learning module and improve the interpersonal conflict management module. Therefore, it is hoped that in the future, former drug addicts would be capable to manage interpersonal conflict and simultaneously avoid from recidivism in addiction
Relationship between self-concept, family relationship and externalizing behavior among adolescents in Selangor
The main purpose of this study is to determine the relationship between self-concept, family relationship quality and externalizing behavior problem (aggressive behavior and delinquency behavior) among adolescents in Selangor. Besides that, this study also to determine the level of self- concept, family relationship quality and externalizing behavior among secondary school students as well as to compare the differences between these three variables according to sex. A total of 400 students (nmale =53%, nfemale=47%) from secondary schools were selected in this study. The multi-stage cluster sampling technique was used during sample selection. Data were obtained from self- administered questionnaire that are consist of Individual Protective Factors Index Questionnaire (1992), Family Relationship Characteristics (1997), Aggression Scale (2001) and Problem Behavior Frequency Scale (1977). The findings revealed that majority of students have moderate level of self- concept, family relationship quality as well as externalizing behavior. In terms of sex differences, the results showed that family belief, family structure and externalizing behavior have significant differences according to sex (t= -4.393 to 7.588, p<0.01). Moreover, result indicated that there were negative significant relationship between self-concept, family cohesion and family structure with aggressive behavior (r= -0.210 to -0.153, p<0.01). Moreover, the result showed the negative significant relationship between family structure and delinquency behavior (r= -0.104, p<0.05). These results suggest that self concept and family relationship quality are an importance factors for the development of adolescents behaviors
Efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial dalam kalangan mahasiswa di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial dalam kalangan mahasiswa di Selangor. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial responden dan iii) menentukan perbezaan efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial berdasarkan gender. Seramai 464 responden yang terdiri daripada mahasiswa universiti awam di Selangor terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. General Self-Efficacy Scale telah digunakan untuk mengukur tahap efikasi kendiri, manakala Prosocial Tendencies Measure digunakan bagi mengukur tahap kecenderungan tingkah laku prososial. Kedua-dua alat ukuran ini mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.855 dan 0.871. Analisis statistik yang digunakan adalah analisis deskriptif dan Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri responden berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kecenderungan tingkah laku prososial responden berada pada tahap yang sederhana. Kajian mendapati dimensi utama kecenderungan tingkah laku prososial responden adalah anonymous dan diikuti dimensi mematuhi, mengerikan, emosi, altruistik dan orang ramai. Kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi kendiri antara lelaki dan perempuan. Manakala, kecenderungan tingkah laku prososial bagi dimensi altruistik mempunyai perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan (t = 3.20 p<0.05). Mahasiswa lelaki mempunyai tahap kecenderungan tingkah laku prososial altruistik yang lebih tinggi berbanding perempuan. Kesimpulannya, tingkah laku prososial perlu dipupuk dalam kalangan mahasiswa agar dapat membangunkan sebuah masyarakat yang sentiasa berani dan mempunyai sifat sukarela dalam membantu individu-individu yang berada dalam kesusahan
Indirect relationship of attachment, immediacy, interpersonal needs and interpersonal attraction between emotional intelligence and life satisfaction: an empirical study of Malaysian undergraduates
Life satisfaction is a global evaluation can be determined by a strong capability of thoughts and feeling called emotional intelligence. At the same time, these two elements indirectly effect by certain psychosocial attributes such as attachment relationship of lecturers, attachment relationship of peers, immediacy behaviour of lecturers, interpersonal needs and interpersonal attraction of peers. Therefore, aim of this study proposed that determine the indirect relationship of attachment, immediacy, interpersonal needs and interpersonal attraction between emotional intelligence and life satisfaction among 600 undergraduate students in Klang Valley area. The two theories applied in this study are, PERMA model and Emotional Intelligence The results support the hypothesis of the study and revealed that attachment relationship of lecturer's, immediacy behaviour of lecturer's and interpersonal needs of students significantly played a mediator role based on Hayes Mediation Analysis Bootstrapping. It means there was an indirect and direct relationship between variables. Students, who had positive psychosocial attribution, had high level of emotional intelligence and life satisfaction