4 research outputs found

    Penerimaan Penggunaan Mobile Learning di kalangan Pelajar Tingkatan 6 dalam Mata Pelajaran Geografi

    Get PDF
    Kajian ini dilaksanakan untuk melihat penerimaan terhadap penggunaan mobile learning di kalangan pelajar tingkatan 6 dalam mata pelajaran geografi. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini yang melibatkan sebuah pusat tingkatan 6 yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah seramai 137 orang pelajar. Semua pelajar yang mengambil mata pelajaran geografi telah diambil sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini yang telah diubahsuai dan dirujuk daripada Technology Acceptance Model (TAM) untuk menentukan tahap penerimaan terhadap penggunaan mobile learning di kalangan pelajar tingkatan 6 dalam mata pelajaran Geografi. Hasil daripada analisis statistik menunjukkan bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap mobile learning berada di tahap yang tinggi

    Sikap pelajar terhadap penggunaan mobile learning dalam aktiviti kerja lapangan geografi tingkatan 6

    Get PDF
    Mobile learning telah menjadi satu komponen penting dalam teknologi pendidikan pada masa kini. Dengan bantuan internet dan pembangunan teknologi, Mobile learning membolehkan pelajar lebih memahami dan mendalami satu-satu topik pembelajaran, bekerjasama, dan berkongsi idea antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, penerimaan Mobile learning di kalangan pelajar dan guru adalah sangat kritikal. Sikap terhadap penggunaan teknologi Mobile learning merupakan faktor penting dalam menentukan sama ada pelajar dan guru bersedia atau tidak menggunakan pembelajaran Mobile lerning dalam pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) mereka. Sikap akan menentukan kekuatan dan kelemahan terhadap pengaplikasian teknologi dalam pdpc seterusnya membantu memudahkan proses pembangunan infrastruktur teknologi dalam pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk meneroka sikap pelajar terhadap penggunaan Mobile learning dalam aktiviti kerja lapangan Geografi tingkatan 6

    Pembangunan dan penerimaan teknologi e-modul kerja lapangan geografi pembelajaran mobile learning tingkatan 6

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah pembelajaran M-learning dalam aktiviti kerja lapangan Geografi STPM berbantukan bahan bantu mengajar M-fieldwork. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan eksperimen (Koperatif dan Tidak Koperatif) dan kawalan (Tradisional). Seramai 141 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi di peringkat Tingkatan 6 terlibat dalam kajian ini. Empat soal selidik digunakan iaitu soal selidik kesediaan, penerimaan, sikap dan kemahiran insaniah. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah analisis pengulangan Analysis of varianve (ANOVA), Analysis of Covariance (ANCOVA) satu hala dan Analysis of Covarianve (ANCOVA) dua hala pada aras signifikan p<0.05. Penyelidik melihat kepada ujian Mauchly dan juga saiz kesan kerana pengukuran dilakukan pada tiga tempoh masa yang berbeza (ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2). Hasil analisis menunjukkan Ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 bagi kumpulan Koperatif secara signifikan memberi kesan ke atas kesediaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran M-learning berbantukan alat bantu mengajar M-fieldwork. Saiz kesan bagi kumpulan Koperatif bagi kesediaan, penerimaan, sikap dan kemahiran insaniah menunjukkan saiz kesan yang besar iaitu iaitu di antara 0.5 hingga 0.8. Manakala bagi kumpulan tidak koperatif pula, dapatan kajian menunjukkan ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 secara signifikannya memberi kesan ke atas kesediaan pelajar, juga menunjukkan saiz kesan yang besar bagi keempat-empat pemboleh ubah. Bagi kumpulan Tradisional pula, dapatan menunjukkan ujian Pra, Pasca 1 dan pasca 2 secara signifikannya tidak memberi kesan terhadap kesediaan, penerimaan dan sikap pelajar. Berbeza dengan pemboleh ubah kemahiran insaniah, terdapat perbezaan yang signifikan. Kumpulan Tradisional juga menunjukkan saiz kesan yang kecil dan sederhana bagi keempat-empat pemboleh ubah iaitu antara 0.2 hingga 0.5. Ia sama dengan dapatan ujian Pasca 2, didapati bahawa saiz kesan yang kecil dan sederhana bagi keempat-empat pemboleh ubah. Penyelidik melihat kepada nilai saiz kesan, yang menunjukkan kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Dicadangkan supaya kaedah pengajaran M-learning berbantukan modul M-fieldwork dapat diaplikasikan bagi keseluruhan topik yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Geografi STPM. Namun kaedah ini perlu diuji berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam mata pelajaran Geografi bagi melihat kesesuaian penggunaan kaedah pembelajaran M-learning agar dapat dikembangkan dengan lebih meluas

    The acceptance of mobile learning for the subject of geography among pre university students (form 6)

    Get PDF
    21stcentury technology and skills in education are two of the key issues in research over the years. Mobile learning has shown great potential of 21stcentury technology in education today. Technological developments such as mobile learning have changed the way students communicate, learn, think, and share information among them. This study was conducted to look at the acceptance of mobile learning among form 6 students in geography subjects. The quantitative method was used in this study involving 137 form 6 student from Pre University center located inthe district of Kota Kinabalu, Sabah. All students taking geography subjects were taken as samples. Questionnaire was used as an instrument in this study, referred and modified from the Technology Acceptance Model (TAM) to determine the level of acceptance of mobile learning among form 6 students in Geography subject. The study involved a form 6 student from Pre University center located in Kota Kinabalu, Sabah. The results from statistical analysis show that the acceptance level of students on mobile learning is in the high level
    corecore