43 research outputs found

    Bentuk-bentuk budaya asing dalam majalah dan komik remaja di pasaran tempatan

    Get PDF
    Majalah dan komik adalah dua media kegemaran remaja. Bahkan majalah dan komik remaja menguasai pecahan besar dalam pasaran majalah dan komik di negara ini selain majalah wanita dan hiburan. Makalah ini ditulis dengan tujuan mengenal pasti bentuk-bentuk pengaruh budaya asing dalam majalah dan komik remaja yang beredar di pasaran negara ini. Kajian dilakukan dengan membuat analisis kandungan ke atas beberapa majalah dan komik di pasaran. Bentuk bahasa, nilai, gaya dan amalan hidup asing yang diserapkan dalam majalah dan komik remaja dikaji pada bentuk rencana yang dipaparkan, dialog yang digunakan, bahasa dan pemilihan kata, watak, imej, isyarat serta simbol-simbol yang dipaparkan. Kajian ini mendapati terdapat banyak sekali majalah dan komik remaja yang dipasarkan di negara ini yang menyelitkan pelbagai bentuk unsur-unsur asing

    Pola capaian pengguna ke laman web perpustakaan di Malaysia

    Get PDF
    Selain Perpustakaan Negara Malaysia, kebanyakan perpustakaan di Malaysia sudah membangunkan laman web masing-masing. Perpustakaan ini termasuklah pelbagai perpustakaan awam negeri, perpustakaan penyelidikan di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan kolej swasta, serta perpustakaan khusus di pelbagai pusat penyelidikan dan agensi. Kebanyakan laman ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian kepada pengguna. Kajian ini dilakukan dengan dua tujuan melihat pola serta trend capaian pengguna ke laman-laman perpustakaan di negara ini. Kajian ditumpukan kepada laman-laman web perpustakaan yang mempunyai penghitung pelawat (visitors counter). Pertumbuhan angka pengunjung direkodkan bagi tempoh sebulan antara awal Mac dan April 2004. Kajian ini turut mendapatkan pandangan beberapa pustakawan dan webmasters yang mengendalikan laman-laman web beberapa buah perpustakaan. Suatu soal selidik juga dilakukan ke atas 112 responden bagi melihat corak capaian mereka di laman-laman web perpustakaan ini. Kajian ini mendapati beberapa buah laman web perpustakaan di negara ini menerima capaian tinggi dan terdapat pula yang kurang dicapai. Laman-laman yang lebih banyak dicapai oleh pengguna adalah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna serta dapat dicapai dengan pantas. Selain itu, beberapa laman web perpustakaan di negara ini didapati sukar dicapai, atau tidak dapat dicapai pada waktu tertentu

    Said Ibrahim 1923-2001: Mufti Tegas dan Terbilang

    Get PDF

    Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar: meredah badai, memimpin transformasi

    Get PDF
    Buku ini membentangkan kisah hidup Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar yang sangat istimewa. Bermula sejak zaman kanak-kanak, sehinggalah beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jatuh bangun dan pengalaman beliau yang berwarna-warni selama 36 tahun berkhidmat dengan LHDNM menjadikan beliau bukan sahaja disayangi oleh kakitangannya, tetapi juga oleh mereka yang mengangumi kehebatan beliau dalam memimpin institusi percukaian yang ulung di rantau ini. Keberaniannya menghadapi risiko telah lama tersemai dalam diri hasil didikan ayahnya, Sarjan Mahfar. Bakat kepimpinannya dicungkin oleh Cikgu Md Idris Mansor pengetua sekolahnya di Merlimau. Rakan-rakan sepejabat yang lebih senior memberikan cabaran dan galakan kepadanya sehingga membentuk watak kepimpinan Shukor menjadi seorang tokoh percukaian yang dikagumi. Maka tidak hairanlah beliau sentiasa hadir dengan idea dan transformasi yang berjaya membawa LHDNM ke satu dimensi baharu serta disegani oleh organisasi di dalam dan di luar negara. Semoga corak pemikiran dan kepimpinan beliau menjadi inspirasi serta pedoman kepada semua pembaca

    Perjalanan politik Khaled Nordin: sebuah biografi

    Get PDF

    Pembangunan Jurnal Ilmiah Malaysia 1847-2007

    Get PDF
    corecore