56 research outputs found

    The role of the United States and the “Asian Solution” approach in the Malaysia-Indonesia confrontation (1963-1966)

    Get PDF
    The Indonesia-Malaysia confrontation between 1963-1966 was an important event attracting the attention of politicians and scholars alike as the conflict had threatened the long existing relations between the two countries. Indonesian confrontation with Malaysia was due to its refusal to accept the formation of the new federation of Malaysia, founded on 16th September 1963.Sukarno’s confrontational stand on this had broken the long-standing sentiments of regional brotherhood or “saudara serumpun” that had nurtured between the two countries for many years.The conflict also saw the involvement of major powers like the United States (U.S.), Britain, China and Russia in the midst of bipolar power struggle between the communist and the anti-communist as part of the ongoing Cold War.The three years of confrontation witnessed great attempts at peace efforts by U.S. Although U.S. involvement in the conflict was merely as a moderator for both countries it was also fueled by its efforts of containment of communism in the Southeast Asian region.The U.S. viewed that the conflict should be resolved in the context of “Asian solution” as it involved two Asian countries A settlement to the Malaysia-Indonesia confrontation was finally achieved through the Bangkok Agreement, signed in August 1966. This paper discusses the role of U.S. in its attempts at finding an amicable settle to the confrontation in the form of “Asian solution.

    Malaysia-Indonesia: Pengalaman hubungan dua negara serumpun

    Get PDF
    Banyak perkara yang boleh dikaitkan apabila berbincang mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Perkara yang paling istimewa yang hampir tidak ada dalam hubungan Malaysia dengan negara-negara lain ialah soal bangsa serumpun dan persamaan budaya serta agama. Ia juga menjadi pengikat kepada hubungan dan juga pengimbang dalam setiap masalah yang timbul dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Justeru soal keserumpunan, persamaan budaya dan agama menjadi retorik utama yang menghiasi sejarah hubungan kedua-dua negara. Persoalannya, apakah sebenarnya keutamaan Malaysia terhadap Indonesia dari segi pengurusan politik dan dasar luar negara. Apakah soal keserumpunan dan persamaan budaya serta agama akan kekal sejak dari dahulu hingga kini dalam hubungan kedua-dua buah negara. Oleh yang demikian kertas kerja ini cuba mengupas perkara tersebut sejak zaman konfrontasi sehingga kini dan cuba melihat apakah elemen utama yang mempengaruhi dasar luar negara terhadap Indonesia. Pendekatan yang digunakan kertas kerja ini ialah pendekatan historiografi dan sebahagian sumber rujukan ialah rekod-rekod British yang telah dirujuk di Arkib Nasional British, Kew, London

    Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan pengajaran untuk generasi masakini dalam konteks ketahanan nasional

    Get PDF
    Kemerdekaan negara ini dicapai dengan bangganya pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini tercapai adalah hasil perjuangan rakyat negara ini yang bukan mudah dan ianya penuh dugaan dan cabaran. Di antara dugaan terhebat yang dialami negara ini dalam perjalanan ke arah kemerdekaan ialah peristiwa darurat iaitu pemberontakan Parti Komunis Malaya(PKM) terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu. Darurat hampir meragut peluang negara ini untuk mengecapi kemerdekaan. Ia sering diingati sebagai cerita yang tersirat dalam apa yang tersurat kerana ianya berlaku seiring dengan jalan ke arah kemerdekaan negara ini. Darurat diisytiharkan secara rasmi bermula pada tahun 1948 oleh Sir Edward Gent dan telah diisytiharkan berakhir pada 1960 oleh Yang di-Pertuan Agong. Selama 12 tahun pemberontakan bersenjata oleh PKM telah mengakibatkan keadaan huru-hara yang tidak terhingga di negara ini. Walau bagaimanapun pemberontakan PKM ini telah menemui kebuntuan dan pada akhirnya terpinggir dari arus perkembangan negara. Kegagalan PKM ini memberi ruang dan jalan untuk penamatan Darurat di Malaya dan sekali gus menikmati kemerdekaan dari pentadbiran British. Kegagalan PKM sering dilihat sebagai isyarat kejayaan dasar pertahanan dan keselamatan yang dilancarkan oleh pihak British dan kemudiannya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Biarpun peristiwa penting ini telah berlalu sejak 60 tahun yang lepas tetapi parut dan lukanya masih lagi dirasai. Maka oleh itu adalah penting buat mereka yang ada pada hari ini merenung kembali peristiwa yang berlaku agar ianya dapat memberikan pengajaran kepada generasi masa kini dan yang akan datang. Justeru itu kertas kerja ini akan cuba melontarkan idea berkenaan peristiwa darurat secara umum dan melihat bagaimana ianya sangat penting untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua lebih lebih lagi dalam konteks ketahanan nasional. Hasil perbincangan kertas kerja ini diharap dapat memberi idea baru tentang hakikat darurat serta pengajaran dan kefahaman yang diberikan

    Penyertaan masyarakat di zon timur (Kelantan) dalam pilihanraya 1999

    Get PDF
    Pilihanraya 1999 disifatkan oleh ramai penganalisis politik sebagai sangat penting berdasarkan kepada heberapa senario semasa tanahair pada masa itu. Kertas kerja ini menumpukan perbincangan mengenai tahap penyertaan masyarakat di Kelantan dalam pilihanraya tersebut. Responden terdiri daripada individu yang layak mcngundi iaitu yung berusia 21 tahun ke atas. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti masyarakat pengundi di Kelantan lebih cenderung untuk terlibat dalam parti hanya sebagai ahli biasa dan bertindak sebagai pendengar ceramah politik sahaja. Hanya sebilangan kecil dari mereka merupakan kumpulan tegar dan kebanyakkannya terdiri daripada individu yang memegang jawatan dalam parti. Kempen merupakan strategi yang paling berjaya menarik para pengundi. Penemuan penting yang lain dalam kajian ini juga menunjukkan tren pengundian dipengaruhi oleh para pengundi muda. Manakala faktor yang paling mempengaruhi pengundi di Kelantan ialah ketokohan calon dan dasur parti. Beberapa isu yang saling berkaitan yang turut mempengaruhi pengundiun ialah isu agama dan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

    Pengecualian Asia Tenggara: Latar belakang sejarah

    Get PDF
    Keselamatan merupakan agenda utama negara-negara di Asia Tenggara khususnya negara-negara anggota ASEAN pada awal dekad 1970-an. Ini kerana dari segi latarbelakang sejarah menunjukkan bahawa kawasan ini sangat terdedah kepada ancanman luar terutama akibat persaingan kuasa-kuasa besar. Dasar Perkecualian Asia Tenggara yang diperkemaskan melalui Dasar ZOPFAN Kawasan Aman, Bebas dari Berkecuali (Zone of Peace,Free and Neutrality) yang diusahakan oleh Malaysia adalah merupakan satu mekanisme yang diharap boleh menjamin keselamatan dan keamanan di rantau ini. Selain dari itu, ia juga merupakan landasan utama kepada corak perhubungan di kalangan negara-negara di rantau ini

    Sejarah Gunaan: Pendekatan Baru Pensejarahan di Malaysia (Applied History: New Historical Approach in Malaysia)

    Get PDF
    Sejarah seperti bidang-bidang lain juga merupakan satu bidang yang dinamik. Walaupun ia secara konservatif sering digambarkan sebagai “history is for the winner,” namun ia sebenarnya merupakan gambaran kehidupan masyarakat sezaman. Bidang sejarah berkembang menjadi disiplin ilmu yang menceritakan tentang manusia dan masyarakat berada dalam landasan ilmunya yang tersendiri. Kemunculan bidang sains yang menguasai disiplin sains sosial dan kemanusiaan telah memberikan impak yang besar terhadap bidang sejarah. Abad ke 20 sekali lagi telah menyaksikan transformasi dalam bidang sejarah apabila ia telah diintegrasikan ke dalam bidang-bidang sains sosial yang lain dan berubah dari sejarah tulen atau sejarah murni kepada sejarah gunaan. Kertas kerja ini membincangkan tentang perkembangan disiplin sejarah yang membawa kepada kemunculan sejarah gunaan yang merupakan pendekatan baru di Malaysia. Secara keseluruhannya kemunculan pendekatan baru dalam disiplin sejarah di Malaysia adalah selari dengan perkembangan yang berlaku di seluruh dunia terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Transformasi disiplin sejarah ini dilihat sebagai serampang dua mata iaitu memaksimumkan peranan fundamentalnya dalam pembangunan negara - bangsa dan dalam masa yang sama untuk memastikan survival disiplin sejarah kekal relevan sama seperti disiplin-disiplin ilmu yang lain dalam arus perdana sistem pendidikan negara

    HERITAGE TOURISM INDEX: SURVEY AND DOCUMENTATION OF NATIONAL HERITAGE INVENTORY FOR THE TOURISM INDUSTRY IN THE STATE OF NORTH MALAYSIA PENINSULA

    Get PDF
    Heritage Tourism Index (Heritage Tourism Index): Survey and Documentation of National Heritage Inventory (Historic Buildings and Heritage Site) for the Tourism Industry in the States Of North Malaysia Peninsula. This study was conducted to survey and document all national heritage treasure (historic buildings and heritage), which belongs to the national heritage inventory of Malaysia, particulary those who were found in the northern states like in Peninsula, Perak, Penang, Kedah and Perlis. The findings, which will be put into a list, are to be used as a tour index by industrial tourism of Malaysia to generate more income. Using Malaysia's national heritage inventory, this study will be performed objectively to trace all informations related to the historic buildings and sites in the northern state of Malaysia, and to survey and document the national heritage thoroughly. After that, the results of the survey and documentation will be classified and categorized to produce a complete index of Malaysian heritage information to use as an essential guide for heritage tourist industry. It will become important tool and guideline for this country's tourism industry.

    Ratna Sari Dewi: Wanita dalam kehidupan Presiden Sukarno

    Get PDF
    Ratna Sari Dewi merupakan salah seorang wanita yang muncul dalam hidup Sukarno. Berbangsa Jepun dan nama asalnya ialah Naoko Nemoto. Mengaku mengagumi karisma Presiden Indonesia, beliau kemudiannya berkahwin dengannya sebagai isteri ketiga dan mendapat liputan antarabangsa. Menjelang akhir tempoh kekuasaan Sukarno berikutan dengan Peristiwa G30S/PKI 1965, Dewi telah berangkat ke luar negara dan meninggalkan Sukarno dalam tahanan di rumah sehingga akhir hayat apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1970. Kertas keja ini menyoroti sebahagian dari sejarah kehidupan Ratna Sari Dewi semasa sebagai "Wanita Pertama" Indonesia dan beberapa peranan politik beliau. Sebahagian dari sumber-sumber yang digunakan dalam kertas keja ini adalah rekod-rekod British yang dirujuk di British National Archive, Kew, London

    Hubungan Indonesia-Barat dalam pasca 1965

    Get PDF
    Kemunculan kerajaan Order Baru yang dipimpin Presiden Suharto telah menukar paradigma dasar luar Indonesia menjadi lebih rapat dengan negara Barat berbanding dengan zaman kekuasaan Presiden Sukarno. Artikel ini membincangkan mengenai senario yang membawa kepada kewujudan peluang kepada negara kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menguatkan pengaruh di negara itu. Selain itu, artikel ini juga turut menganalisis dimensi hubungan yang lebih makro yang berbentuk multilateral dengan negara-negara sekutu Barat yang lain seperti Australia, New Zealand, Jepun dan Perancis serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini direalisasikan melalui kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan demi kepentingan pembangunan Indonesia dalam era pentadbiran Order Baru. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historiografi. Data-data sejarah dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan sumber-sumber primer dan sekunder. Bahan-bahan primer merupakan rekod-rekod rasmi kerajaan British yang diperoleh dari Arkib Negara United Kingdom dan rekod-rekod Jabatan Negara AS yang diakses dari laman sesawang rasmi Arkib Jabatan Luar AS (Office of Historians). Bahan-bahan sekunder yang terdiri daripada buku, artikel dan bahan-bahan atas talian. Dapatan utama penulisan ini membuktikan elemen ‘soft power’ iaitu bantuan ekonomi dan sosial telah membentuk persekitaran politik baru di Indonesia semasa era Order Baru. Tujuan bantuan-bantuan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh di rantau ini dalam menyekat ancaman komunis di Asia Tenggara (AT) semasa Perang Dingin

    ICMI AND EDUCATION: An Effort to Prepare Muslim Intellectuals in Indonesia

    Get PDF
    This writing explains ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia) organization agenda to improve the quality Muslims intellectuals in Indonesia, particularly in educational aspect. This writing is using lybrary research to explore the role of ICMI in educational aspect in Indonesia. It is realize that there are many educational problems in Indonesia, such as teacher-oriented education, passive, less interested to get information from libraries, and not objectively oriented. The main agenda of ICMI organization in developing of Islamic education in Indonesia is that education has to be oriented to help the students to become better Muslims. Introducing modern education is very important in the improvement of the quality of human resources and people's ability to meaningfully participate in an evolving civil society in Indonesia. Moreover, education can be oriented to prepare students to have good behaviour, values, and norms, which in turn plays an important role in the improvement of the quality of civil society in Indonesia
    corecore