5 research outputs found

    Pekerja asing di dalam sektor pembinaan di Malaysia

    Get PDF
    Kedatangan pekerja asing di Malaysia adalah untuk membantu memenuhi keperluan dan kekurangan buruh dalam sektor pembinaan di negara Malaysia.Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengawal kemasukan mereka di Malaysia, ia akan menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan akan berkurangan menyebabkan dipelopori oleh golongan mereka.Walau bagaimanapun, kedatangan buruh asing juga dapat meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar upah dalam pasaran buruh tempatan.Walaupun terdapat kelebihan yang diperoleh oleh kedua-dua negara sama ada negara penghantar ataupun negara penerima, namun lebih banyak masalah yang timbul dalam negara penerima iaitu di Malaysia.Fokus utama dalam kertas kerja ini adalah dalam sektor pembinaan.Kertas kerja ini akan menganalisis tentang faktor yang menyebabkan majikan mengambil buruh asing, trend kedatangan buruh asing, kesan kedatangan mereka mengenai peluang-peluang pekerjaan yang sepatutnya dikuasai oleh penduduk tempatan, manfaat yang diterima oleh kedua-dua negara yang menerima dan negara penghantar.Selain itu, ia juga akan membincangkan mengenai kesan gaji, dan menghasilkan beberapa cadangan untuk memaksimumkan manfaat daripada kemasukan pekerja asing di Malaysia serta langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan dan kerajaan Malaysia mengenai kedatangan pekerja asing dalam pasaran pembinaan

    Solid-state fermentation technology and innovation for the production of agricultural and animal feed bioproducts

    No full text
    corecore