10 research outputs found

    The enhancement of the concept of liveability and inclusive community in relation to sustainable development

    Get PDF
    The primary focus of this paper's discussion is the enhancement of the concept of liveability (KDH) in relation to development of a country in terms of economic growth, and the environment. This paper addresses liveability concept (KDH) as one of the crucial elements in the formation of Inclusive Communities (KI). It relates to the development of a country with a quality and good atmosphere, as well as unity amongst communities, in order to ensure the community's well-being in a country. Among the issues debated are (i) the transformation of rural development in developing and building competitive rural communities on par with urban communities, (ii) the formation of inclusive and liveable communities, (iii) the realisation of the national liveability index, and (iv) well-being & sustainability of life. This paper uses secondary sources, such as study results published in journals, scholarly literature, internet news sources, and public forums, to employ a qualitative methodology. According to the findings of the study, the measures employed by a country to measure its liveability, such as the liveability index, have a significant role in ensuring the health and sustainability of communal life. The focus of the future study is on the importance of a country's agenda being sensitive to the balance between developing and increasingly developed nations. This is consistent with the issues, difficulties, and strategies of a country undergoing a phase or process of implementing the liveability index framework

    The relevance of implementing comprehensive security concept (COMSEC) towards the endemic era of covid-19

    Get PDF
    The discussion in this paper refers to Comprehensive Security (COMSEC) as a continuous effort that is balanced, integrated at every level of government administration and societal structure and across all fields. In order to maintain the Federation of Malaysia’s sovereignty, peace and prosperity, it is necessary to protect the country from all internal and external dangers. This paper discusses COMSEC and its relationship to the sovereignty and security of our nation, Malaysia. The discussion’s focus has shifted when a number of issues were brought up, including the problem of cross-border crime and the current digital threat, where it is important to comprehend COMSEC in order to deal with the Covid-19 outbreak and build public awareness and resilience in order to ensure national security and sustainable development, which is the key to sustainable development. The primary objective of this discussion is to identify the issues that play a significant role in the government’s attempts to implement COMSEC, as well as the challenges faced by the government in addressing the contested issues. The qualitative approach used in this writing uses secondary sources such published study findings, academic writing, online news sources, and public forums. The issue of cross-border crime, such as smuggling, human trafficking, and the invasion of illegal Immigrants (PATI) continues to plague the majority of developing nations, including Malaysia. The problem of digital threats also sparked alarm among the public and the government, since it is one of the issues the government faces in ensuring the security and sovereignty of the nation. In the meantime, there are doctrines regarding the implementation of COMSEC that are still applicable in the current day, but they should be modified to reflect the changing patterns of the times. According to the findings of the study, the government also had a crucial role in preventing the growth of the Covid-19 outbreak in Malaysia. However, other parties also play a crucial role in breaking the chain of the Covid-19 epidemic. Especially in this epidemic period, all parties must work together to realise the government’s goals so that the safety of the people and the nation can be ensured through the application of the COMSEC concept

    Adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah penilaian dari perspektif Islam

    Get PDF
    Masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah terkenal sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan khazanah adat budaya. Pengamalan sesebuah adat dipelihara secara konsisten bagi mengekalkan keasliannya sebagai tatapan generasi mendatang. Kelestarian ini didorong oleh solidariti para pendukungnya tidak kira generasi tua atau pun muda. Dalam konteks adat perkahwinan, masyarakat Bajau juga mengaplikasikan adat-adat perkahwinan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu dan beberapa etnik lain di Sabah. Namun terdapat beberapa amalan adat yang eksklusif diamalkan yang menarik untuk ditonjolkan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Seterusnya, analisis dari perspektif Islam akan dilakukan bagi menentukan status adat sama ada ia selaras dengan agama atau pun sebaliknya. Kajian ini tampil sebagai panduan masyarakat dalam menepis sebarang amalan yang bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah temu bual dan observasi (pemerhatian turut serta) sebagai medium pengumpulan data secara autentik. Informan dipilih berdasarkan kearifan dan pengalaman luas berkaitan adat perkahwinan dalam masyarakat Bajau di Kota Belud. Terdapat lima buah kampung yang dipilih atas justifikasi kepadatan penduduk Bajau di kawasan terbabit. Kajian ini mendapati adat perkahwinan Bajau masih mengandungi amalanamalan bertentangan dengan Islam. Amalan ngerasi dan aplikasi kindangan perlu kepada ubah suai agar ia selari dengan syarak. Bagi amalan adat yang dibolehkan, ia perlu disuburkan sebagai sebuah adat budaya yang bernilai untuk tatapan generasi akan datang

    Migrasi agamawan dan impaknya terhadap adat dan budaya masyarakat Islam di Sabah

    Get PDF
    Kertas kerja ini membahaskan impak migrasi golongan agamawan terhadap perubahan adat dan budaya masyarakat Islam di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan metode analisis kandungan dan temu bual. Data kualitatif ini dianalisis secara deskriptif dan disusun secara bertema. Hasil kajian mendapati migrasi agamawan telah membawa perubahan kepada adat dan budaya masyarakat Islam di Sabah. Bermula dengan penerimaan Islam sebagai pegangan agama, seterusnya proses dakwah dan pendidikan yang berterusan, telah mengurangkan pengamalan adat dan budaya berunsurkan animisme kepada cara hidup berlandaskan Islam. Kajian ini menunjukkan bahawa migrasi golongan agamawan berupaya memberikan impak signifikan di tempat yang didatangi mereka dan aspek ini wajar untuk diterokai lagi untuk kajian-kajian lanjutan

    Kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah kontemporari menurut perspektif Muhammad Al-Ghazali: Satu analisis

    Get PDF
    Aktiviti dakwah adalah satu amalan mulia yang dituntut oleh Allah SWT dan disarankan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan. Walaupun ia merupakan satu sunnah yang sangat diutamakan, namun masyarakat seringkali memandang enteng dalam pelaksanaanya. Sebagai seorang pendakwah yang berkaliber, beliau perlulah terlebih dahulu menyiapkan diri dan mendalami ilmu dakwah sebelum melaksanakan tuntutan mulia tersebut serta memastikan dakwah yang dilaksanakan tersebut tepat dan berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah masa kini menurut perspektif Muhammad al-Ghazali dalam Kitab Fiqh al-Sirah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu merujuk kepada Kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad al- Ghazali. Hasil dapatan kajian menemukan tujuh kepentingan ilmu dakwah yang harus diketahui oleh pendakwah masa kini iaitu seseorang yang berketurunan mulia, mempunyai sifat sabar yang tinggi, seorang yang bijak dan pintar, mempunyai sumber kewangan yang baik, mempunyai akhlak yang mulia, bersikap peramah dan berhati luhur serta memperbanyakan waktu muhasabah diri. Dengan mengaplikasikan kaedah dan manhaj dakwah yang disarankan oleh Muhammad al-Ghazali sudah pasti aktiviti dakwah yang dijalankan oleh seseorang pendakwah itu akan membuahkan hasil seperti yang diidamkan. Semoga dengan penerapan rekayasa dakwah ini dapat dijadikan sebagai menu utama dalam landskap dakwah masa kini

    Konsep kebudayaan dalam adat istiadat kaum Melayu Brunei di Sabah

    Get PDF
    Penulisan artikel ini adalah untuk mengkaji konsep kebudayaan dalam adat istiadat kaum Melayu Brunei di Sabah. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menjelaskan dan menceritakan gambaran ataupun bayangan mengenai sifat sifat serta unsur-unsur keaslian yang dimilki oleh masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepentingan adat istiadat terhadap kaum Melayu Brunei di Sabah. Seterusnya, mengkaji sejauh manakah konsep kebudayaan berkait rapat dengan adat istiadat dalam kalangan kaum Melayu Brunei di Sabah. Dalam pada masa yang sama, kajian ini telah menggunakan metod kajian melalui kajian perpustakaan iaitu sumber primer dan juga sumber sekunder. Bahan-bahan ini akan didapati daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kajian lapangan dalam metodologi kajian. Bagi mengukuhkan lagi data yang diperolehi, kajian lapangan tersebut adalah seperti, sesi temubual yang melibatkan beberapa orang responden. Dimulai dengan pendahuluan dan diikuti dengan permasalahan kajian iaitu, berlaku fenomena hakisan nilai serta budaya bangsa. Permasalahan kajian juga dapat dikenalpasti kerana, adat istiadat yang dipraktikkan pada masa kini, adalah kurangnya penerapan budaya ini dalam masyarakat generasi muda. Setelah itu, diikuti pula dengan hasil dapatan kajian berdasarkan objektif kajian iaitu terdapat beberapa kepentingan adat istiadat terhadap kaum Melayu Brunei serta hubungkait konsep budaya dengan adat istiadat kaum Melayu Brunei. Antaranya ialah, adat kelahiran, adat perkahwinan dan juga adat kematian. Oleh itu, hasil kajian ini perlu diambil berat oleh pihak berkaitan terutamanya kaum Melayu Brunei yang suda berumur agar mereka dapat mencari cara untuk mempertahankan adat istiadat ini agar lebih menarik minat masyarakat serta mampu melahirkan generasi yang mengambil berat tentang kepentingan sesuatu adat dan tidak hilang ditelan zaman

    Ulun Antung (pemimpin) dan peranannya dalam organisasi sosial masyarakat Murut Tahol

    Get PDF
    Ulun Antung atau pemimpin masyarakat Murut Tahol mempunyai peranan yang besar dalam organisasi sosial mereka. Peranan tersebut bukan sahaja menyentuh soal politik, tetapi juga meliputi aspek ekonomi, sosial dan budaya. Makalah ini akan menyentuh tentang Ulun Antung dan beberapa aspek yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan masyarakat Murut Tahol seperti pahun (rumah panjang) dan persanakan. Hal ini penting agar kita dapat memahami kedudukan sebenar Ulun Antung dalam masyarakat ini. Makalah ini ditulis sebagai usaha bagi menambah koleksi khazanah budaya masyarakat tradisional Sabah. Maklumat atau data yang diperoleh adalah hasil kajian literatur, dan kajian lapangan yang dilakukan penulis di daerah Tenom, khususnya di Kampung Alutok, Ulu Tomani. Maklumat yang terdapat dalam makalah ini adalah bersifat khusus kepada masyarakat Murut Tahol di kawasan kajian sahaja. Moga makalah ini dapat memberikan ilmu dan manfaat khususnya kepada pencinta budaya dan generasi muda

    Kepercayaan bulan sial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah

    Get PDF
    Masyarakat Bajau merupakan sebuah kelompok yang kaya dengan warisan khazanah budaya tradisonalnya. Kepelbagaian budaya yang subur ini tampil sebagai simbolik solidariti dan keprihatinan warga Bajau dalam mendepani cabaran kontemporari. Di samping itu, situasi positif ini ditambah dengan kesedaran masyarakat dalam memelihara warisan bernilai secara konsisten dan lestari menjadikan sesebuah pengamalan budaya itu terus subur seiring arus kemodenan. Menelusuri budaya dan kepercayaan bulan sial, boleh dikatakan bahawa amalan ini seolahnya hampir lenyap ditelan zaman. Namun, pada sisi yang lain, masih terdapat segelintir kelompok tegar dalam memelihara kelestariannya sehingga kini iaitu masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji bentuk-bentuk kepercayaan dan pengamalan masyarakat Bajau dalam mendepani dua bulan yang dianggap sial iaitu bulan Muharam dan Safar. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan observasi (pemerhatian turut serta) dalam proses pengumpulan data. Informan yang dipilih adalah terdiri daripada golongan tua, ketua adat yang disifatkan sebagai orang yang berpengalaman luas dalam hal berkaitan adat. Kajian ini mendapati, terdapat beberapa bentuk kepercayaan dan pengamalan bulan sial yang boleh diketengahkan yang secara umumnya memberi gambaran bahawa manusia perlu memberi penghormatan dan pelayanan kepada makhluk supernatural yang dipercayai menjadi punca kesialan bulan Muharam dan Safar. Praktik ini perlu dilestarikan sebagai wadah dalam menjamin kerukunan hubungan dan keamanan kehidupan manusia sepanjang dua bulan terbabit

    Hak persaudaraan dan persahabatan menurut perspektif islam: Satu tinjauan awal

    Get PDF
    Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini, interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut batas-batas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang luhur dan mantap. Pengabaian hak-hak ini akan menimbulkan perselisihan faham, persengketaan serta memutuskan hubungan silaturahim antara Muslim. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis konsep persaudaraan dan persahabatan dalam Islam serta melihat bagaimana semangat persaudaraan dan persahabatan ini dapat diterapkan dalam seharian umat Islam. Kajian ini menjurus kepada kajian analisis dokumen iaitu dengan melihat kepada tafsir al-Quran dan coretan hadis serta kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan persaudaraan dan persahabatan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai bentuk hak persaudaraan dan persahabatan yang telah disarankan oleh Islam bagi memastikan hubungan antara seorang Muslim dengan Muslim lain terbina seperti hak dalam bidang harta, hak memberi bantuan jiwa dan raga, hak memelihara lidah dan hati, hak memelihara ucapan, hak memberi kemafaan, hak mendoakan sahabat, hak menepati janji dan ikhlas diri dan hak memberi kemudahan. Dengan melaksanakan seluruh hak persaudaraan dan persahabatan tersebut dalam kehidupan, maka sudah pasti masyarakat Islam dapat mengelakkan perselisihan faham antara Muslim serta terus kekal dalam keharmonian dan kesejahteraan sejajar dengan melestarikan masyarakat madani yang diimpikan di bawah payung Rahmat Allah SWT

    Adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan menurut pandangan syarak

    Get PDF
    Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahiran dan juga adat kematian. Pengamalan adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan, Sabah terdiri daripada adat semasa kematian dan adat selepas kematian. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti adat dan ritual semasa kematian dan selepas kematian yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di Sandakan. Selain itu, kajian ini juga melihat pengamalan adat dan ritual kematian tersebut dari kaca mata Islam sebagai satu panduan kepada masyarakat Suluk khususnya dan masyarakat lain amnya dalam pengamalan adat dan ritual yang seumpama dengannya. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan temu bual berstruktur manakala sampel yang dipilih adalah dalam kalangan penduduk veteran serta golongan pemimpin agama yang beragama Islam di Kampung Bokara, Kampung Bahagia dan Kampung Bambangan di Sandakan. Hasil kajian ini mendapati terdapat 15 bentuk adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan yang terdiri daripada lapan adat semasa berlakunya kematian dan tujuh adat yang diamalkan selepas berlakunya sesuatu kematian. Kajian turut menemui beberapa adat dan ritual yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di Sandakan yang sejajar dengan ajaran Islam dan ada juga yang jelas bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Kajian ini diharapkan agar dapat memberikan sedikit pencerahan dan perkongsian ilmu berkaitan dengan adat kematian sebenar yang dituntut oleh agama Islam
    corecore