1,345 research outputs found

    Sistem keselamatan kandang kambing berasaskan aplikasi Blynk

    Get PDF
    Projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah prototaip sistem keselamatan kandang kambing berasaskan aplikasi blynk untuk membantu penternak dalam mengawal keselamatan serta menangani kes kecurian dengan memberi notifikasi kepada penternak. Model Design Thinking digunakan sebagai panduan dalam membangunkan prototaip ini yang mempunyai lima fasa yang perlu diikuti di mana antara fasa yang terlibat ialah empathy, define problem, ideate, prototype dan test. Modul Wi-Fi iaitu ESP 32 merupakan komponen utama dan perisian Arduino digunakan untuk tujuan pengekodan serta aplikasi blynk digunakan untuk menerima notifikasi. Empat orang pakar telah menguji kebolehfungsian dengan menggunakan senarai semak serta cadangan penambahbaikan telah diberikan. Hasil dapatan penilaian menunjukkan maklum balas yang positif dari kesesuaian prototaip, aspek reka bentuk, kebolehfungsian dan cadangan penambaihbakan telah diberikan terhadap prototaip ini seperti GPS tracking dan pengesan kebakaran. Pembangunan prototaip Shelter Security System ini dapat memberi idea terhadap perkembangan teknologi IoT dalam bidang keselamatan serta dapat membantu penternak mengatasi masalah kecurian kambing

    Usability guidelines for elderly website interface

    Get PDF
    The elderly population is growing every year. Most of them are retirees. The number of elderly are significantly increasing in the near future. Therefore, it is important to see them as a large scale users of technology. However, the information system that exists is mostly general and not specific to a particular group. For the elderly, this is a constraint for those who have certain deficiencies such as having reduced visibility, movement, and deterioration of cognitive skills. It is essential to conduct a study to identify the problems faced by the elderly in using existing information system. Therefore, the objective of this paper is to discuss the construction of a usability guideline for elderly website interface. The study began by identifying the problems faced by the elderly to the usability of the current information systems that are available interviews. Usability characteristics of information systems that are suitable to the elderly are identified and a guideline for the elderly interface usability of information systems is constructed. These guideline illustrates that a friendly website interface for elderly are sites that provide usage facilities to the elderly such as simple language, large font size, navigation that is easy to use and has a combination of media such as video and audio. These guidelines are used to develop usability’s website interface for elderly. The website evaluation is conducted to assess the usability features used in the design. The website is tested by target users. Feedback from the elderly is used to enhance the interface to become more usable and can serve as a reference for web developers

    Development of a Multimedia Courseware Prototype for the Komponen Kesusasteraan Melayu in Bahasa Melayu Subject

    Get PDF
    KOMSAS (The Malay Literature Component) is a part of The Malay Language school syllabus in Malaysian Secondary school. KOMSAS consist with the elements of traditional and Modern Poems, traditional Prosa, Cerpen, Drama and Novel. Through the literature review and surveys that have been conducted by the researcher, it is shown that there were many obstacles in the process of teaching and learning Malay literature in the classroom. Those obstacles might encounter from the factor of the classroom size and it’s surrounding, ineffective teaching methods delivered by the teachers and the difficulties to visualize the meaning of the literature contents. Therefore, the purpose of this research is to overcome those problems through the development of a multimedia prototype courseware. The prototype is specially developed for the usage of teachers and students who are involved with the subject of KOMSAS. The main objective of this multimedia prototype development is to raise students’ interest towards learning Malay literature through the design of the user interface that is incorporated in the Multimedia interactive courseware of KOMSAS.There are two main modules involved in this development which are the teaching and Learning (P&P) Module and the Exercises Module.A theoretical validation research was conducted on the development of KOMSAS multimedia courseware in order to measure the effectiveness and the efficiency of the multimedia usage. From this research, it is hoped that teachers and students could collaborate together in order to master the Malay Literature and thus put the status of Malay Literature at the highest level using the new and high technology way teaching and learnin

    Penggunaan Serat Asli Dalam Rekabentuk ‘Servicescape’ Kepada Kenderaan Awam

    Get PDF
    Penggunaan serat asli dalam rekabentuk sesuatu produk kurang popular kerana dianggap tidak efisyen untuk pengeluaran skala besar. Kajian ini bertujuan untuk mengaitkan penghasilan produk serat asli dengan servicescape atau produk sokongan dalam perkhidmatan bas transit di Pulau Pinang. Ini tertumpu kepada sebahagian daripada kerusi di dalam bas tersebut. Serat-serat diambil dari batang pokok pisang yang dihancurkan menjadi kertas terlebih dahulu dan daripada itu dibentuk mengikut rekabentuk yang dipilih. Rekabentuk mengambil kira darisegi kekuatan dan saiz berpadanan dengan ruang yang sedia ada. Kerusi ini akan memberi gambaran keunikan bahan tempatan yang asli kepada pengguna perkhidmatan bas. Ini mengurangkan penggantungan kepada bahan plastik yang begitu meluas digunakan. Secara ringkasnya penggunaan bahan serat ini sebagai servicescape akan memberi satu persepsi yang lebih kearah kelestarian

    MYTALENT: Pembangunan Sistem Pemetaan Bakat Berasaskan Web Untuk Industri Kecil dan Sederhana dalam Kalangan Pelajar Siswazah

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sistem pemetaan bakat berasaskan web untuk pelajar siswazah yang berminat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sistem ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada kekurangan penyelidikan mengenai penciptaan profil pelajar yang mengambil kira bakat, pengetahuan, dan kemahiran graduan dalam pemilihan pekerjaan. Selain itu, ketiadaan aplikasi atau sistem pemetaan bakat yang boleh membantu pelajar siswazah dalam mengenal pasti kerjaya yang berdaya maju berdasarkan minat, pengetahuan dan kebolehan mereka dalam Industri Kecil dan Sederhana mendorong kajian ini. Metodologi kajian ini adalah berdasarkan Model Prototaip Evolusi (Evolutionary Prototyping Model) yang mempunyai lima fasa. Kajian tinjauan sistem MyTalent menggunakan soal selidik Usefulness, Satisfaction, and Ease (USE). Kaedah pemetaan bakat yang direka bentuk baru ini menjanjikan untuk menyediakan pelajar siswazah baharu dengan perspektif baharu dalam meneroka laluan kerjaya baharu dalam IKS berdasarkan bakal bakat mereka. MyTalent: Development of Web Based Talent Mapping System for Small and Medium Scale Industry among Graduated Students Abstract: The goal of this research is to create a web-based talent mapping system for graduate students interested in small and medium-sized businesses (SMIs). This system was created in response to a lack of research on the development of student profiles that consider graduates' talents, knowledge, and skills when it comes to job selection. Furthermore, the lack of applications or talent mapping systems that can assist graduate students in identifying viable careers in Small and Medium Scale Industries based on their interests, knowledge, and abilities motivates this research. The methodology of this study is based on the five-phase Evolutionary Prototyping Model. The Usefulness, Satisfaction, and Ease (USE) questionnaire was used in the survey study for the MyTalent system. This newly developed talent mapping method promises to give new graduate students a fresh perspective on exploring a new career path in SMIs based on their potential talents. Keywords: Evolutionary Prototyping Model, Talent Mapping System, Web Based

    Prediction of noise radiation on cylinder head

    Get PDF
    Noise radiation analysis of an engine's component can be implemented through several methods such as theoretical calculations, experimental and simulation. The use of finite element method integrated with boundary element method based computer software in engineering field has shown growing interest due to shorter duration of analysis and easy to use. In this analysis, observation of vibration characteristic for two-stroke engine's cylinder head is carried out. Initially, finite elements are used to create the engine's cylinder head model. Data gained from modal analysis is used for prediction of noise radiation from cylinder head surfaces. At this stage, acoustic boundary element model is preferred instead of finite element model. Finally, the results of this study can be used for further analysis in designing of two-stroke gasoline engine

    Garis Panduan Reka Bentuk Untuk Meningkatkan Kebolehgunaan Tapak Web

    Get PDF
    Dewasa ini, banyak tapak web mempunyai reka bentuk yang buruk. Ini merupakan masalah yang serius kerana ianya akan membuang masa pengguna, membantutkan penerokaan, menyumbangkan kepada kesesakan pada jaringan, dan menjejaskan fungsi web sebagai medium penyebaran maklumat. Maka antara muka grafik pengguna web yang lebih baik diperlukan. Kajian ini mencadangkan pendekatan mengimplimentasikan garis panduan untuk membaiki reka bentuk antara muka pengguna web. Garis panduan yang dicadangkan dibina daripada analisis dan rumusan daripada 14 garis panduan yang terdapat secara dalam talian di internet. Garis panduan ini diimplimentasikan untuk mereka bentuk semula satu pakej pembelajaran berasaskan web yang dipilih. Bagi melihat keberkesanan implementasi garis panduan ini, kedua-dua pakej telah diuji menggunakan kaedah penilaian heuristik dengan mengunakan khidmat 30 orang penilai. Keputusan penilaian heuristik menunjukkan bahawa pakej yang direka bentuk semula menggunakan garis panduan mempunyai kebolehgunaan yang lebih tinggi daripada pakej asal. Ini berdasarkan kepada saiz fail yang jauh lebih kecil, jumlah masalah kebolehgunaan yang kurang, dan nilai mata keseriusan masalah kebolehgunaannya lebih rendah berbanding dengan pakej asal. Keputusan ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana analisis perbezaan dapatan kajian oleh pemecahan kumpulan penilai kepada dua kumpulan menunjukkan suatu keseragaman keputusan di mana penilai yang kurang pakar memberikan hasil penilaian heuristik yang lebih rendah daripada penilai yang mempunyai tahap kepakaran yang lebih tinggi. Tambahan pula terdapat persetujuan yang kuat di antara keseluruhan penilai terhadap tahap keseriusan masalah. Maka dapat disimpulkan bahawa garis panduan reka bentuk yang dibina boleh digunakan untuk membaiki reka bentuk antara muka pengguna web dan sekaligus meningkatkan kebolehgunaan tapak web

    Analisis berasaskan korpus dalam menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal setia

    Get PDF
    Kekreatifan penutur memanipulasi penggunaan leksikal telah menyebabkan semakin banyak makna baru timbul dan makna-makna ini ada yang berpotensi untuk dirakamkan dalam kamus. Keadaan ini menyebabkan suatu penstrukturan makna bagi sesuatu leksikal perlu dijalankan untuk menyusun semula kedudukan makna sedia ada dan makna-makna baru tersebut. Proses penstrukturan semula boleh dimulakan dengan meneliti kedudukan makna teras bagi sesuatu leksikal, sama ada wajar dikekalkan, patut diganti kedudukannya dengan makna pinggiran atau makna baru yang berpotensi untuk dirakam, atau juga digugurkan kerana makna tersebut tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Kajian ini akan cuba menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal berkaitan nilai iaitu setia. Tatacara analisis kajian ini dijalankan ialah dengan meneliti setiap ayat yang menggunakan leksikal setia. Makna leksikal tersebut dapat ditentukan dengan memahami keseluruhan konteks ayat. Setiap makna yang diramalkan terhasil akan dikelompokkan dalam kategori makna berasaskan domain yang mendasari makna leksikal tersebut. Hasil dari pengelompokan ini, akan diketahui jumlah makna yang paling kerap digunakan dalam data, dan juga dapat dikenal pasti makna apa yang diramalkan lebih berkesan atau lebih berupaya untuk menjelaskan makna-makna yang lain. Hasil kajian mendapati, makna teras leksikal setia masih kekal dalam bentuk metaforikal iaitu teguh hati. Dari data korpus yang dijadikan sandaran, didapati makna teguh hati sebagai makna teras setia bukan sahaja dapat menunjukkan kepelbagaian bentuk penggunaan, malah terdapat bukti yang dapat menjelaskan perkaitan motivasi struktur konseptual dalam menetapkan makna teguh hati sebagai makna teras leksikal setia

    Development of layout design and improvement of the working flow at Erul Food Industries

    Get PDF
    Erul Food Industries known as Salaiport Industry is a family-owned company and was established on July 2017. Salaiport Industry apparently moved to a new place at Pedas, Negeri Sembilan. Previously, Salaiport Industry operated in-house located at Pagoh, Johor. This small company major business is producing frozen smoked beef, smoked quail, smoke catfish and smoked duck. The main frozen product is smoked beef. The frozen smoked meat produced by Salaiport Industry is depending on customer demands. Usually the company produce 40 kg to 60 kg a day and operated between for four days until five days. Therefore, the company produce approximately around 80 kg to 120 kg per week. The company usually take 2 days for 1 complete cycle for the production as the first day the company will only receive the meat from the supplier and freeze the meat for use of tomorrow

    Pembangunan repositori warisan budaya berasaskan ontologi

    Get PDF
    Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya tradisional. Ini dapat dilihat daripada pelbagai amalan dan cara hidup masyarakatnya. Namun begitu, warisan budaya tradisional Malaysia semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Maklumat berkaitan dengan warisan budaya boleh diperoleh dari pelbagai sumber dan lokasi, namun pengurusan maklumat yang tidak cekap menyebab maklumat tidak tekal dan menyukar proses pencariannya. Sebuah repositori warisan budaya dibangun bagi mengatasi masalah ini. Repositori tersebut dibangun berasaskan ontologi bagi memboleh pencarian dan perwakilan pengetahuan secara semantik. Ontologi ini dibangun berdasarkan objek ketara yang didaftar sebagai objek warisan kebangsaan di Jabatan Warisan Negara (JWN). Maklumat tambahan turut dikumpul dari pelbagai sumber termasuk Perpustakaan Negara, Muzium Negara, buku sejarah, jurnal, artikel dan rujukan dalam talian. Kategori bagi setiap objek warisan budaya dikelas mengguna pendekatan middle-out. Sebuah prototaip sistem capaian maklumat warisan budaya dibangun bagi menguji keberkesanan pengurusan dan capaian maklumat repositori warisan budaya. Pengujian ke atas prototaip sistem tersebut mendapati penggunaan ontologi bagi mengurus maklumat dalam repositori warisan budaya meningkat kualiti carian maklumat warisan tidak ketara. Repositori Warisan budaya ini boleh diperluas sebagai hab utama pengurusan dan capaian maklumat warisan budaya kebangsaan
    corecore