2 research outputs found

    Model konsep integriti ke arah peningkatan kualiti penilaian rakan (peer assessment)

    Get PDF
    mereka dalam sesuatu tugasan. Namun, penilaian rakan ini kurang diamalkan di institusi pengajian tinggi kerana kualiti penilaian ini masih diragui terutamanya dari aspek integriti pelajar sebagai penilai. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan satu model integriti ke arah peningkatan kualiti penilaian rakan. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk multiphase yang terdiri daripada tiga (3) fasa. Pada fasa I (Analisis dokumen dan temu bual), dokumen daripada tahun 2010 hingga 2018 telah digunakan dan temu bual daripada enam (6) pakar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) telah memperoleh tiga (3) elemen integriti iaitu, Integriti Diri (Motivasi diri, keberanian, disiplin diri, dan ketelusan), Interaksi Sosial (Kejujuran, keadilan, konsisten, amanah, dan perpaduan), dan Komitmen Kerja (Usaha, tanggungjawab, dan etika). Bagi fasa II (Pembangunan instrumen) pula, teknik Modified Delphi (MD) digunakan bagi memperoleh konsensus daripada pakar mengenai item-item yang dibina. Hasil daripada persetujuan pakar MD terdapat 90 item digunakan dalam kajian rintis I dan dianalisis menggunakan Winsteps; dan 19 item telah disingkirkan. Seterusnya, Kajian rintis II dijalankan bagi tujuan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item yang digunakan menggunakan Exploratory Factor Analysis (EFA). Hasil analisis EFA mendapati 3 item bertindih dan disingkirkan bagi menjalankan fasa akhir. Pada Fasa III (Pembangunan model), sebanyak 543 soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Structural Equation Modelling (SEM-AMOS). Hasil Miximum Likelihood Estimates menunjukkan nilai C.R > ± 1.96 bagi pekali regresi antara integriti dan kualiti penilaian adalah positif dan signifikan (β = 0.85, C.R = 12.558, p < 0.001). Ini menggambarkan bahawa integriti mempengaruhi kualiti penilaian. Manakala, kesediaan memperuntukkan masa merupakan partial mediator (rc= 0.23) yang sederhana penting kepada integriti dan kualiti penilaian rakan secara tidak langsung. Namun, jantina merupakan full moderator kepada kesan integriti terhadap kualiti penilaian rakan kerana pelajar perempuan mendapatkan nilai Δχ2 = 16.754 lebih besar daripada 3.84 berbanding dengan lelaki iaitu nilai Δχ2 = 3.218. Model integriti boleh dijadikan sebagai satu model panduan yang digunakan oleh pensyarah bagi mengaplikasikan penilaian rakan secara sistematik dan meramalkan kemungkinan yang akan berlaku semasa aktiviti penilaian ini dijalankan

    Performance variations of the Bayesian model of peer-assessment implemented in OpenAnswer response to modifications of the number of peers assessed and of the quality of the class

    No full text
    The paper presents a study of the performance variationsoftheBayesianmodelofpeerassessmentimplementedin OpenAnswer, in terms of the grades prediction accuracy. OpenAnswer (OA)modelsapeerassessmentsessionasaBayesian network. For each student, a subnetwork contains variables describingrelevantaspectsofboththeindividualcognitivestateand the state of the current assessment session. Subnetworks are interconnected to each other to obtain the final one. Evidence propagated through the global network is represented by all the gradesgivenbystudentstotheirpeers,togetherwithasubsetofthe teacher’scorrections.Amongthepossibleaffectingfactors,thepaper reportsabouttheinvestigationofthedependenceofgradesprediction performance on the quality of the class, i.e., the average level of proficiency of itsstudents,andon thenumberofpeersassessedby eachstudent.Theresultsshowthatbothfactorsaffecttheaccuracyof the inferred marks produced by the Bayesian network, when comparedwiththeavailablegroundtruthproducedbyteachers
    corecore