3 research outputs found

    Hubungan burnout dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolah menengah di Daerah Batu Pahat

    Get PDF
    Tugas guru tidak terbatas kepada mendidik, tetapi juga dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang boleh mendatangkan stres. Stres negatif yang berlarutan akan mendatangkan burnout di mana guru-guru akan mengalami ketandusan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian peribadi. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap burnout dan tahap kepuasan kerja guru, mengenal pasti hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja, serta mengenal pasti adakah terdapat perbezaan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout. Kajian ini dilaksanakan ke atas 136 orang guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat dengan menggunakan instrumen borang soal-selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistikal Package for the Sosial Science (SPSS) versi 21. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mengalami tahap burnout yang rendah di sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi, serta tahap tinggi di sub-skala pencapaian peribadi. Manakala bagi kepuasan kerja guru-guru pula secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan burnout dan kepuasan kerja mempunyai hubungan songsang yang lemah di mana apabila tahap burnout meningkat, tahap kepuasan kerja menurun dan sebaliknya. Dapatan kajian perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout mengikut dimensi menunjukkan sub-dimensi pekerjaan itu sendiri dan gaji sekarang mempunyai perbezaan yang signifikan pada sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi. Manakala bagi sub-dimensi peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan, dan rakan sekerja tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Hasil dapatan perbezaan kepuasan kerja keseluruhan pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di ketiga-tiga skala burnout

    DIRECT METHOD AND INDIRECTNESS METHOD: COMMUNICATION STRATEGY IN CARTOON

    No full text
    Cartoons are not only seen as a media channel to provide entertainment to the community. This is because cartoons play an important role as a very effective medium of information delivery to all groups. The message in the cartoon is conveyed either through the language use and illustrations or mere illustrations from a cartoonist. The display of illustrations with the language used in cartoons in the press indirectly brings current issues in various aspects. Even though these illustrations can help stimulate one's ideas and maturity in evaluating a message. The purpose of this study is to examine language use as a communication strategy in cartoons and describe the use of direct and indirect methods in cartoons. As such, the use of language as a communication strategy is examined based on the language use used in cartoons, namely the language use through direct methods and indirectness methods. The study was conducted qualitatively through a descriptive approach. Study data were taken and collected from cartoons or illustrations produced by Maro cartoonists in the Malaysia Kita column, Mingguan Malaysia. The illustration taken as study data is an illustration that gives an overview of the current situation of the country in Mingguan Malaysia every Sunday for the July and August issues in 2019 and August 2020. Data analysis is done through an approach that presented by Asmah Hj Omar through research on the language use through indirectness methods and the language use through direct methods. The results of this study can be observed that the cartoon in the newspaper clearly shows that there is an emphasis on these two methods as a communication strategy used through language use as a way to ensure that the message conveyed can be understood by all parties. Thus, language use through this indirectness method is the main choice in the delivery of storytelling through cartoons. The study of language on cartoon illustrations needs to be given a wider focus because there are still many vacancies that need to be examined.</jats:p

    Strategi Komunikasi: Kartun Dalam Akhbar.

    No full text
    Kartun tidak hanya dilihat sebagai suatu saluran media untuk memberi hiburan kepada masyarakat. Ini kerana kartun memainkan peranan penting sebagai medium penyampai maklumat yang sangat berkesan kepada semua golongan. Mesej dalam kartun disampaikan sama ada melalui penggunaan bahasa dan ilustrasi atau ilustrasi semata-mata daripada seorang kartunis. Paparan ilustrasi dengan penggunaan bahasa dalam kartun di akhbar secara tidak langsung membawa isu semasa dalam pelbagai aspek. Malah melalui ilustrasi ini dapat membantu merangsang idea dan kematangan seseorang dalam menilai suatu mesej. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti strategi komunikasi melalui kartun dan menghuraikan penggunaan bahasa dalam kartun. Hal yang demikian, terdapat dua kaedah strategi komunikasi yang digunakan dalam kartun iaitu kaedah langsung dan kaedah tak langsung. Kajian dijalankan secara kualitatif melalui pendekatan deskriptif. Data kajian diambil dan dikumpulkan daripada kartun yang diterbitkan dalam ruangan rencana oleh kartunis Maro yang memberi gambaran tentang situasi semasa politik negara di Mingguan Malaysia pada setiap hari Ahad untuk keluaran selama 2 bulan iaitu bulan Julai dan Ogos pada tahun 2019. Analisis data dilakukan melalui dua pendekatan startegi komunikasi yang dikemukakan oleh Asmah Hj Omar iaitu melalui kaedah tak langsung dan kaedah langsung. Hasil kajian terhadap strategi komunikasi melalui kartun dalam akhbar jelas menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian strategi komunikasi yang digunakan melalui penggunaan bahasa demi memastikan mesej yang disampaikan dapat difahami oleh semua pihak. Kaedah tidak langsung melalui orang perantaraan menjadi satu strategi komunikasi yang utama dalam penyampaian penceritaan melalui kartun
    corecore