32 research outputs found
Industri pelancongan dalam penjanaan ekonomi negara membangun satu kajian literatur
Kajian ini memfokuskan kepada industri pelancongan sebagai salah satu sektor yang mampu menjana pendapatan lumayan dan meningkatkan ekonomi negara, terutama kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Secara khususnya, diskusi kajian membuktikan Pesta Malaysia, Tahun Melawat Malaysia, Cuti-Cuti Malaysia, dan Rumah Terbuka Malaysia menjadi salah satu konsep atau pendekatan ciri-ciri budaya yang boleh menarik perhatian pelancong untuk datang ke Malaysia. Kesimpulannya, pembangunan produk budaya Melayu dalam sektor industri pelancongan bukanlah sesuatu yang mudah. Masyarakat Melayu boleh dikatakan tidak begitu mempunyai kemahiran dan keupayaan yang lain selain daripada mengeluarkan produk budaya. Sebagaimana sebab ini, dapat ditunjukkan bahawa produk budaya Melayu dalam pelancongan terdiri daripada perkara-perkara kegiatan seharusnya (ulitirian goods) atau folkgoods seperti menganyam tikar, buluh dan rotan, raga, dan bubu
Pembangunan produk budaya Melayu sebagai sektor pelancongan di Malaysia
Secara genre, Kajian ini mendapati pelbagai pihak, baik dalam kalangan penggubal dasar, pelaksana pembangunan dan para penyelidik dalam bidang pelancongan sendiri, masih skeptikal tentang konsep pelancongan budaya yang masih belum dapat menjadi niche ataupun dapat berdiri sebagai bidang pelancongan tersendiri di negara ini walaupun sebenarnya produk budaya, terutamanya budaya Melayu, merupakan bahagian paling utama dalam produk pelancongan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memaparkan realiti mengenai ciri-ciri budaya Melayu dalam sektor industri pelancongan, di mana pendekatan kualitatif secara observasi di aplikasikan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh daripada kajian lapangan, penelitian Laporan Tahunan pelbagai agensi kerajaan, bahan-bahan terbitan LPPM (Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, brosur Lembaga Kraf Tangan Malaysia, akhbar dan siaran televisyen serta temu bual dengan tokoh berwibawa dalam bidang ini. Dapatan kajian memaparkan produk pelancongan melibatkan pembangunan kraf Melayu, pembangunan makanan Melayu, dan pembangunan seni persembahan Melayu serta peranan tokoh dalam meningkatkan kebolehakses terhadap pelancongan budaya oleh pelbagai pihak. Kesimpulannya, pelancongan budaya bukan sahaja menjadi sumber daya tarikan atau ‘centre of gravity’ untuk menarik pelancong berkunjung ke sesebuah destinasi, malah merupakan penjanaan ekonomi utama bagi sesebuah negara
Peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran BNBC di Borneo Utara
Makalah ini membincangkan tentang peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran pada zaman British North Borneo Chatered Company (BNBC) di Borneo Utara dari tahun 1881 sehinggalah 1941. Makalah ini merupakan satu usaha untuk merekonstruksikan semula landasan penjelasan tentang penglibatan kepimpinan Melayu Brunei di dalam pentadbiran yang direncanakan oleh pihak BNBC. Kebanyakan sumber yang digunakan terdiri daripada sumber yang berkaitan dengan topik yang telah dibincangkan namun, telah diolah dan dinilai semula di dalam perspektif yang baharu. Makalah ini juga akan akan membincangkan peranan dan kaedah yang digunakan oleh pihak BNBC untuk menarik ketua-ketua tempatan khususnya kepimpinan Melayu Brunei untuk menyertai institusi peribumi dan seterusnya mengikat kesetiaan mereka dengan pihak syarikat. Menerusi kajian ini juga didapati bahawa pihak BNBC telah berjaya menemui formula yang berkesan bagi memastikan masyarakat peribumi khususnya masyarakat Melayu Brunei untuk mengikuti semua polisi dan dasar baharu yang ditetapkan oleh pihak BNBC sehingga akhirnya perubahan ini telah mempengaruhi keberadaan dan pengekalan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran di Borneo Utara pada tahun-tahun berikutnya
Land use land cover (LULC) changes techniques in gis application: A case study of Sabah, Malaysia
This study focuses on the land use land cover (LULC) changes in Kota Kinabalu city, Sabah Malaysia, in 1990 to 2020. The main objective of this study is: (i) to classify the land use land cover (LULC) in Kota Kinabalu, Sabah; and (ii ) to determine the changes of LULC occur in the Kota Kinabalu, Sabah. Four feature classes had been set up namely built up area (BUA), vegetation area (VA), water bodies (WB) and open space area (OSA). Satellite imageries data are obtained from USGS Earth Explorer for Landsat 5 TM for 1990 and Landsat 8 OLI/TIRS for 2020. The integration of GIS and RS are applied to carry out the analysis of LULC. The result indicates significantly positive increase in cover area for BUA and WB, while VA and OSA are decrease. This study through LULC changes techniques proved that increase in population either through local-birth or migration will lead to an expansion of urban development, which indirectly enhance the pollution and develop possibility degradation of environmental health quality. Lastly, this study proves that integration of RS and GIS technologies provide an effective tool for urban planning and management
Kuasa Raja-Raja Melayu dulu dan kini: Analisis bandingan dari sudut sejarah dan perundangan
Makalah ini menukilkan fakta-fakta sejarah dan dokumen perundangan untuk menilai artikulasi ini benar dan hakikat sebenar kedudukan kuasa raja Melayu pada masa dahulu dan pada masa kontemporari. Sumber-sumber rujukan dari sudut sejarah terdiri daripada teks-teks sejarah watan, termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Aceh, Hikayat Melayu Siak, Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang 99 Perak, Bustanul-Salatin, dan Thamarat al-Muhimmah (sekadar menyebut beberapa). Manakala sumber-sumber rujukan dari sudut perundangan antaranya adalah terdiri daripada dokumen Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (sekadar menyebut beberapa). Berdasarkan sumber-sumber yang dirujuk itu, makalah ini menghujah bahawa sebenarnya pada zaman mana sekali pun raja-raja Melayu tidak pernah memerintah. Pada zaman bila sekalipun kedudukan dan fungsi raja-raja Melayu dalam lima perkara berikut: memberi pengampunan, mengistihar perang, menjatuhkan hukuman mati, menentukan hubungan luar (antarabangsa) dan pemilik kedaulatan. Sebaliknya, pihak sebenar yang menjalankan pemerintahan kerajaan adalah para pembesar. Pada zaman dahulu mereka terdiri daripada Pembesar Empat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Manakala pada masa kontemporari, di peringkat Kerajaan Negeri mereka terdiri daripada Menteri Besar bersama DUN (Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa), dan di peringkat Kerajaan Pusat (Persekutuan) terdiri daripada Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri. Penukilan fakta-fakta primer (atau utama) ini penting dilakukan kerana ia dapat memberi penjelasan tentang kedudukan sebenar raja-raja Melayu pada hari ini. Fakta-fakta yang dinukilkan menjelaskan bahawa di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku, termasuk pada zaman pendudukan British, raja-raja Melayu tidaklah mengalami kehilangan kuasa. Ini sekaligus dapat menghilangkan kekaburan tentang kedudukan institusi raja Melayu yang menjadi asas kestabilan dan keamanan negara
Cabaran memiliki insuran banjir di pantai barat Sabah, Malaysia
Salah satu strategi adaptasi yang dapat mengurangkan risiko kerugian akibat banjir adalah dengan melanggan perkhidmatan insuran bencana alam (banjir). Malangnya, penyertaan masyarakat untuk melanggan insuran bencana alam di kebanyakan negara membangun yang rentan terhadap banjir masih tergolong rendah, termasuklah di Malaysia. Rentetan daripada itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap bahaya banjir dan meneliti cabaran pemilikan insuran banjir di Pantai Barat Sabah, Malaysia. Dalam kajian ini dua daerah hot spot banjir di Pantai Barat Sabah iaitu Daerah Kota Kinabalu dan Kota Belud dijadikan lokasi kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan keratan rentas untuk mendapatkan data di lapangan. Oleh itu, seramai 232 orang responden yang terdiri daripada penduduk di dua buah daerah tersebut telah dijadikan sampel. Data mentah yang telah dikutip dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, peratus & frekuensi) menggunakan perisian SPSS (Versi 26). Hasil kajian mendapati beberapa peratus responden menghadapi bahaya banjir pada peringkat tinggi daripada aspek kedalaman (41.1%), kekerapan (10.2%) dan tempoh masa (16.4%). Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa literasi masyarakat yang rendah tentang insuran banjir, rendahnya aksessibiliti terhadap firma insuran banjir dan batasan kewangan merupakan bentuk cabaran utama untuk memiliki insuran banjir di Pantai Barat Sabah. Hasil kajian ini penting sebagai maklumat tambahan untuk membantu merangka strategi yang lebih berkesan bagi meningkatkan pemilikan perlindungan insuran banjir di Sabah khususnya dan di Malaysia umumnya
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbagaian etnik di Sabah, maka wujudlah kepelbagaian adat istiadat dan warisan etnik masing-masing. Antara seni warisan yang terkenal di Sabah ialah etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah. Namun demikian, seni warisan etnik Bajau Samah ini tidak berkembang seperti mana keunggulan yang di miliki oleh warisan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk: (1) mengenalpasti bentuk-bentuk warisan budaya Etnik Bajau Samah; (2) menganalisis cabaran dalam mengekalkan warisan budaya; dan (3) mengkaji usaha-usaha dalam mempromosikan warisan budaya kepada masyarakat. Kaedah campuran terdiri daripada Primer dan Sekunder diaplikasikan dalam kajian ini. Data primer diperolehi daripada temubual dengan para informan dan kaedah pemerhatian sewaktu menjalankan kajian lapangan; dan data sekunder diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, di Pusat Sumber FSSK,UMS dan di ARKIB Kota Kinabalu, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan warisan budaya etnik Bajau Samah dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu budaya benda dan budaya bukan benda. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh etnik Bajau Samah untuk mengekalkan warisan budaya mereka terutama sekali dari segi keterlibatan generasi muda yang tidak mahu mempelajari dan mengambil tahu tentang warisan mereka sendiri. Namun, terdapat usaha yang dilakukan oleh Persatuan Etnik Bajau Samah, di Kota Belud bagi mengekalkan dan menonjolkan warisan budaya mereka agar dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan memelihara warisan budaya mereka agar tidak hilang ditelan zaman. Kesimpulannya, antara usaha persatuan etnik Bajau Samah dan golongan tua ini adalah dengan menonjolkan keunikan dan keistimewaan warisan budaya etnik Bajau Samah kepada masyarakat di dalam dan di luar negara dengan pelbagai cara, terutamanya dengan menggunakan pengaruh media massa
Social Carrying Capacity as A Planning Tool for Sustainable Tourism: A Case of Pangkor Island, Perak, Malaysia
Tourism can drive economic growth and development in destinations, but unchecked growth can have negative impacts on local communities and the environment. To ensure that tourism is sustainable and does not cause harm, social carrying capacity (SCC) has become a useful planning tool. SCC refers to the maximum number of tourists that a destination can accommodate without exceeding the capacity of local resources, infrastructure, and services. This study aims to identify the level of crowding on public holidays at Pangkor Island and the acceptance levels of tourists and the local community regarding tourism. A quantitative methodology was used, involving 96 international tourists, 332 domestic tourists, and 387 members of the local community. The results indicate that the level of crowding on public holidays at Pangkor Island is still within acceptable limits. The barometer showed that international tourist respondents rated the level of crowding as excellent (green colour), while domestic tourist respondents rated it as acceptable (yellow colour). Local community respondents also rated the level of crowding as high but still acceptable (green colour). This study concludes that the Social Carrying Capacity at Pangkor Island is still good, and it is important to maintain it to achieve sustainable tourism. By managing tourism growth and ensuring that the number of tourists does not exceed the SCC, destinations can reap the economic benefits of tourism while preserving the natural and cultural heritage of the area and protecting the well-being of the local community
Persepsi komuniti Sabah terhadap impak pembangunan pelancongan berasaskan perspektif alam sekitar
Pembangunan aktiviti-aktiviti pelancongan di negeri Sabah adalah pada kedudukan yang selaras dengan misi-visi negara untuk meningkatkan ekonomi negara dan mencapai status sebagai Negara maju. Namun demikian, impak daripada pembangunan pelancongan berkebolehan dalam menyumbangkan kepada kesan-kesan sama ada positif atau negatif di negeri Sabah. Oleh itu, kajian penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji persepsi komuniti Sabah terhadap impak pembangunan pelancongan berasaskan perspektif alam sekitar. Kajian ini menggunakan perspektif kuantitatif, di mana pendekatan soal selidik diaplikasikan untuk tujuan pengumpulan data-data dan maklumat melalui persepsi penduduk tempatan. Sampel saiz yang berjaya dikumpulkan adalah 74 responden dan analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif. Berdasarkan dapatan kajian, menunjukkan populasi bertambah akan menggalakkan, merancakkan, dan meningkatkan aktiviti pelancongan melalui pembangunan landskap pesisir pantai, namun secara tidak langsung telah meningkatkan kesan negatif melalui pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, dan pencemaran air-laut. Namun penambahan populasi bukan hanya membawa kepada kesan negatif-minoriti kepada alam sekitar, malah impak positif seperti memelihara, melindungi, dan menjaga alam sekitar boleh dicapai secara sepakat oleh penduduk tempatan. Kesimpulannya, pembangunan aktiviti pelancongan boleh menjana dan merancakkan ekonomi negeri dan negara. Sememangnya tidak dapat dielakkan apabila pembangunan pelancongan dilakukan akan membawa kepada minoriti impak kepada alam sekitar, namun perkara ini harus dikawal dan diurus dengan betul dan tepat
Critical Evaluation Psychology on Vagrancy Intervention Programs: The Case in Malaysia
Purpose: This paper seeks to address that the studies on vagrancy in Malaysia should be undertaken by community-based clinical approach, replacing the current unworkable and costly failure of economic approach. The failure to recognise and address this fact has caused the problems of vagrancy in this country left almost untreated. Design/Methodology/Approach: This study is based on the data collected from the fields works in the capital city of Malaysia, Kuala Lumpur. The data are collected by ‘intuitive interface experience and observation,’ a method of collecting the data from what being observed, heard and experienced from our own acquaintance by living with the vagrants. The data then being analysis through community-based clinical approach, an approach that gives attention to the complex interplay of psychic of the individuals and sociocultural condition. Findings: The findings of this study opposesthe conventional advocacies which applauded that vagrancy in Malaysia is caused by economic factors such as high rental for dwelling places (both for house and room), lack of employment opportunities, high cost of living, low wages. Instead, the data collected from this study reveal that it has been the psychotic disorders that have created all those economic problems. Research Practical and Social Implications: This paper concludes that the most immediate and critical measures that urgently need to be done by the government agencies is to increase the number of specialized practitioners and workers in psychotic disorders and mental illness, namely, the psychiatrists, psychologists as well as nurses and medical attendants.Originality/Value: This researchis the first study to be conducted in Malaysia, specifically focusing at Kuala Lumpur Metropolitan City area. At the same time, this study examines the status of vagrance cases in Malaysia as an important to the academic knowledge development