29 research outputs found
Simbolik Motif-Motif Tatu Tradisonal Masyarakat Kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak
Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka. Tatu sebenarnya merupakan sebahagian daripada ritual tradisional kaum Iban di Sarawak yang mempunyai hubungan kuat dengan adat dan kesenian. Tatu berada pada tubuh secara kekal sehingga menjadi penandaan yang tidak dapat dihilangkan sehingga kematian. Makalah ini memfokuskan tentang simbolik motif-motif tatu tradisional kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana tiga jenis kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan menerusi temu bual, kaedah kepustakaan, dan melayari laman web. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian motif tatu tradisional Iban pada zaman dahulu bukan sahaja diukir sekadar hiasan semata-mata, namun setiap corak motif tersebut digunakan untuk tujuan tertentu dan mempunyai maksud yang tersendiri di mana setiap motif tersebut pada dasarnya mempunyai simbolik dan syarat-syarat khusus dari segi pemilikannya yang tidak boleh diukir secara sesuka hati. Walau bagaimanapun, peredaran zaman telah menyebabkan berlaku inovasi terhadap tatu tradisional di mana tatu Iban pada era moden ini tidak lagi diritualisasikan dan berhubung kait dengan unsur kepercayaan tradisi (animisme) seperti yang diamalkan pada zaman dahulu. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban terutamanya dalam kalangan generasi muda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah tatu tradisional kaum mereka. Pengetahuan tentang dunia tatu kaum Iban pada masa kini menjadi penting kerana menjadi satu-satunya cara untuk memahami dan mendedahkan keindahan budaya kaum Iban, sama ada dari segi kepercayaan mahupun gaya hidup sebenar masyarakat Iban pada zaman dahulu
Underwater archeology research in Peninsular Malaysia (1902-2015)
Underwater archaeological research in Peninsular Malaysia has spanned more than a century, a period that is supposed to show that the field has been solid in terms of its research, technology and research findings. However, the area of underwater archaeological research has not grown properly as it is often dominated by commercial salvage experts and treasure hunter. It is undeniable that Malaysia is like any other country that has not been exposed to various issues and fundamental problems in developing this field. However, the alternative of using a commercial salvage company in developing and conducting research using the concept of concession distribution should be the last choice. Thus, this article will highlight the history of archaeological research in Peninsular Malaysia through three distinct phases, namely the pre-independence phase (up to 1980), the JMA phase (1980- 2005) and the JWN phase (2006-2019). Each of these phases is in accordance with stakeholder management methods and policies
Amalan Perubatan Tradisional Etnik Bajau Ubian di Kudat, Sabah: Penelitian Terhadap Kaedah Perubatan Tawal
Artikel ini mengupas tentang amalan perubatan tradisional upacara Tawal oleh masyarakat Bajau Ubian di Kudat, Sabah. Amalan perubatan tradisional merupakan salah satu alternatif perubatan bagi mengubati jenis penyakit ringan dan biasa seperti demam, gigitan serangga berbisa, sawan dan lain-lain. Upacara Tawal juga dipercayai dapat mengubati sebarang penyakit yang disebabkan oleh sihir dan gangguan makhluk halus. Upacara ini masih diamalkan oleh sebahagian kecil masyarakat Ubian di Kudat kerana mempercayai akan keberkesanan upacara ini dalam mengubati penyakit. Kaedah kajian ini menggunakan medium kajian perpustakaan dan temu bual langsung kepada pengamal perubatan tawal atau juga dikenali sebagai Tukang Tawal. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat dan menjadi satu dokumentasi penting kepada pengekalan warisan budaya masyarakat Bajau Ubian
Rumah kedai bersejarah pekan lama Kimanis (1939-2021): Kajian ke atas kemusnahan semula jadi
Kajian ini adalah mengenai bangunan rumah kedai bersejarah di Pekan Lama Kimanis yang telah musnah akibat faktor semula jadi iaitu angin ribut dan dimangkinkan lagi oleh faktor kemerosotan struktur bangunan yang tidak ada usaha pemuliharaan. Objektif kajian ialah menbincangkan faktor utama yang menyebabkan berlaku keruntuhan keseluruhan struktur bangunan kedai. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian arkib untuk mendapatkan data berkaitan dengan sejarah pembinaan dan kajian arkeologi lapangan untuk menilai tahap kemerosotan struktur dan bahan binaan. Dapatan kajian ini ialah tahap kemerosotan sturuktur bangunan berlaku kerana bahan binaannya yang mula mereput, beban bahan binaan baru yang digunakan dalam pengubahsuaian tidak mengikut jenis bahan asal dan tanpa pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Papar. Ketidakstabilan struktur bangunan menyebabkan hentaman angin dengan kekuatan Kategori 2 pada 12 Oktober 2021 meruntuhkan keseluruhan bahagian bangunan dua tingkat kedai. Pada tahun 2022 keseluruhan rangka runtuhan bangunan ini telah dilupuskan oleh PBT Daerah Papar. Kajian ini amat penting sebagai penanda aras kepada kajian penilaian atau post-mortem jika kemusnahan berlaku ke atas bangunan lain, khususnya di Sabah pada masa depan dan kepentingan memulihara bangunan rumah kedai bersejarah lain yang masih wujud
Warisan budaya kampung air berhadapan arus pembangunan di Sabah
Dari sudut sejarah awal, kumpulan masyarakat Melayu Brunei merupakan pengasas jenis petempatan kampung air di Sabah. Pada tahun 1970-an, kampung air menjadi satu fenomena petempatan dalam kalangan masyarakat peribumi dan imigran di Sabah. Kesannya telah menyebabkan wujud dua pola petempatan kampung air; iaitu di sekitar bandar dan di luar bandar. Kampung air di luar bandar masih mengekalkan warisan penduduk asal. Kampung air di sekitar bandar menjadi petempatan bagi campuran pelbagai kaum peribumi dan imigran, dan dengan sifat setinggan. Populasi penduduk kaum peribumi di kampung air mula merosot pada awal dekad 1990-an disebabkan faktor pembangunan wilayah dan faktor perpindahan. Pertambahan pesat rumah di kampung air telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial dan alam persekitaran. Hal ini telah menjadikan kampung air umumnya satu petempatan masyarakat terpinggir. Bahkan, ia menimbulkan tanggapan serong daripada masyarakat luar terhadap cara dan taraf hidup di kampung air. Artikel ini menjelaskan status kampung air sebagai satu warisan bangsa dan budaya yang menghadapi cabaran arus pembangunan
Arkeologi Maritim: Kapal Karam di Semenanjung Malaysia
Makalah ini mengupas tentang penyelidikan arkeologi kapal karam sebagai bentuk tinggalan warisan kebudayaan bawah air (WKBA) yang berfokus kepada struktur rangka kapal kuno dan muatannya yang ditemui di Semenanjung Malaysia dari tahun 1907 sehingga 2019. Turut diketengahkan adalah kajian k e atas proses formasi WKBA khususnya jumpaan tapak kapal karam dan artifaknya yang mempunyai kaitan dan implikasi hubungan perdagangan, budaya dan politik dengan kerajaan awal maritim di Asia Tenggara. Akhir sekali, perbincangan makalah ini tentang kepentingan tapak kapal karam terhadap perkembangan arkeologi kapal karam di Semenanjung Malaysia dalam konteks penyelidikan dan pendidikan sejarah negara. Kepentingan ini merupakan rentetan kepada potensi perkembangan awal arkeologi maritim khususnya tentang kapal karam dari tahun 1990an sehingga awal dekad pertama abad ke-21
Masalah Sekuriti Makanan Sebelum dan Semasa Pandemik Covid-19: Kajian kes di New Zealand
Kajian ini bertujuan untuk menelusuri dinamika masalah sekuriti makanan yang berlaku di kalangan rakyat sebelum dan semasa pandemik Covid-19. Berlandaskan kepada kajian kes ke atas negara New Zealand, kajian ini akan merungkaikan isu sekuriti makanan yang dialami oleh rakyat New Zealand dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini dan impak pandemik Covid-19 ke atas masalah sekuriti makanan di kalangan rakyat. Kajian ini mendapati bahawa dalam tempoh 20 tahun ini, sebilangan penduduk New Zealand sudah berhadapan dengan isu akses kepada makanan terutamanya golongan etnik Maori dan Pasifik, gelandangan, kanak-kanak, ibu/bapa tunggal, dan orang kurang upaya. Mereka berhadapan dengan isu tidak cukup makanan yang antaranya menjejaskan nutrisi, kestabilan mental dan hubungan kekeluargaan. Masalah sekuriti makanan yang dihadapi oleh rakyat New Zealand diperburukkan lagi apabila berlakunya pandemik Covid-19 pada akhir tahun 2019. Pandemik ini bukan sahaja telah mencetuskan krisis kesihatan tetapi ia juga telah menyebabkan krisis ekonomi yang bersama-samanya menimbulkan ancaman terhadap sekuriti makanan di kalangan ramai lagi rakyat New Zealand. Antaranya, pandemik Covid-19 telah menjejaskan akses kepada makanan dari segi ketiadaan sumber pendapatan mencukupi untuk membeli makanan kerana lockdown atau dibuang kerja; gangguan kepada sistem rantaian bekalan bila berlakunya kekurangan produk penting disebabkan oleh pembelian panik dan masalah pembungkusan; kenaikan harga barangan terutamanya sayuran dan buah-buahan segar yang menjejaskan pengambilan nutrisi; dan penutupan bank makanan serta perniagaan kecil semasa tempoh lockdown kerana tidak dikategorikan sebagai essential. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah berdasarkan penggunaan sumber primer (khususnya dokumen, laporan, akhbar) dan sumber sekunder
Sarawak's Claim on the State's Jurisdiction over Oil and Gas on the Continental Shelf: A Legal Historical Perspective
This paper aims to conduct a preliminary re-evaluation of the claim made by the Government of Sarawak regarding its jurisdiction over oil and gas on the continental shelf. The basis of Sarawak鈥檚 claim is rooted in the pre-Malaysia status quo of state territory, which was established through the Alteration of Boundaries of 1954. This proclamation extended the borders of the state to include the continental shelf adjacent to its coast, ensuring the state鈥檚 rights to natural resources, including oil and natural gas. However, this research questions the legality of the 1954 law based on the context of legal history. It appears to be incompatible with the 1958 Geneva Convention on the High Seas and the 1982 United Nations Convention on the Law of the Sea. These conventions provide the statutory basis for incorporating sea territorial waters beyond three nautical miles and designating Exclusive Economic Zones for specific nations. As such, obtaining jurisdiction over sea territorial waters was the responsibility of the federal government of Malaysia, which acted as the deemed signatory. The research will employ content analysis of relevant secondary sources, as well as selected historical and legal documents. By doing so, it hopes to bring clarity to the legal complexities in the historical context surrounding Sarawak鈥檚 claim. The ultimate goal is to redefine the current dimension of the issue and seek an amicable solution to address the jurisdictional matter.
Keywords: Sarawak鈥檚 claim, state jurisdiction, state autonomy, oil and gas, continental shel