7 research outputs found

    Descent groups among cognatic societies: the Dusun tribes of Inland Sabah/North Borneo

    Get PDF
    In the following discussion, the authors present a comparison of various societies in Borneo which includes for the first time a society that features descent groups. The claim that the Dusun society of the Upper Labuk River in inland North Borneo or Sabah possesses descent groups is one that has yet to be acknowledged in the wider Borneo literature. Descent groups are typically representative of some form of lineally ordered kinship system. Claims that unilineal or ambilineal kinship systems might exist in Borneo have been greeted with little interest, with caution or sometimes with outright rejection. By comparing the social groups produced by the Dusun society of the Upper Labuk River against the social groups produced by the more typical cognatic societies of Borneo, we are putting forward the claim that kinship systems are, at least in this region, a matter of great importance to the kind of social groups that are subsequently produced. The authors are not, however, claiming that lineally ordered kinship systems are in and of themselves able to produce structurally stable groups. Although the following discussion does necessarily refer to one model of tribal organisation derived from a lineally ordered society in Africa, it goes on to show that the lineally ordered Dusun tribes of Borneo were uniquely a product of local arrangements established for the purpose of accommodating a native customary law prohibiting marriages between close cousins

    Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah

    Get PDF
    Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsurunsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat

    Gangguan bunyi bahasa Kadazandusun dalam sebutan Arab oleh etnik Kadazandusun di Ranau, Sabah

    Get PDF
    Gangguan bahasa ialah produk pemindahan bahasa yang berbentuk negatif daripada bahasa pertama (Kadazandusun) kepada bahasa sasaran (Arab). Berdasarkan perbezaan fonem konsonan yang terdapat dalam sistem bunyi kedua-dua bahasa tersebut, penutur jati Kadazandusun dijangka menghadapi kesukaran ketika menyebut huruf-huruf tertentu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai hakikat gangguan bahasa dari sudut fonetik yang berlaku ketika penutur jati Kadazandusun menyebut huruf tersebut. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti huruf bahasa Arab yang sukar untuk disebut berdasarkan gangguan bunyi bahasa Kadazandusun dan sebabnya. Objektif yang kedua pula ialah mengenal pasti huruf bahasa Arab yang mudah disebut oleh etnik Kadazandusun dan sebabnya. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang menggunakan satu set ujian sebutan yang diubah suai berasaskan teori Mahjub untuk mendapatkan skor sebutan sembilan bunyi fonem Arab. Responden kajian seramai 21 orang penutur jati Kadazandusun yang terdiri daripada kalangan remaja, dewasa dan warga tua. Pemilihan responden berasaskan keupayaan membaca al-Quran, penguasaan bahasa ibunda dan kawasan penempatan. Hasil ujian dinilai dengan khidmat nasihat daripada penilai yang pakar dalam bidang ilmu al-Quran dan Qiraat. Dapatan kajian mendapati bahawa huruf [ ع [ ,] ظ [ ,] ط [ ,] ض [ ,] ص ] dan [ ح ] adalah huruf yang sukar untuk disebut, manakala huruf [ أ [ ,] ز [ ,] ت [ ,] د [ ,] س [ ,] غ [ ,] خ [ ,] ق ] dan [ ه ] adalah huruf yang mudah untuk disebut. Kajian membuktikan bahawa tahap persamaan dan perbezaan antara sistem fonetik bahasa Kadazandusun dengan bahasa Arab menjadi penentu kepada tahap gangguan bahasa semasa proses pemindahan bahasa. Oleh itu, disarankan agar pembelajaran sebutan huruf Arab dalam kalangan penutur jati Kadazandusun bermula dengan huruf-huruf yang mudah disebut dan diakhiri dengan huruf yang sukar. Kata kunci: sebutan,fonetik, bahasa Kadazandusun, bahasa Arab, gangguan bahasa, analisis konstruktif.Abstract Language interference is the negative language transfer product from the first language (Kadazandusun) to the target language (Arabic). Based on consonant phoneme differences in the sound system of both languages, native speakers of Kadazandusun are expected to have difficulty in pronouncing certain Arabic letters. This study therefore was aimed at investigating language interference specifically on the aspect of phonetic that occurred when Kadazandusun native speakers pronounced these particular Arabic letters. The first objective of the study was to identify Arabic letters that posed difficulty in pronunciation due to Kadazandusun language interference and ascertain the reasons for this problem. The second objective was to identify Arabic letters that were easy for Kadazandusun speakers to pronounce and the reasons for this non-difficulty. This action research study utilised an adapted pronunciation test set based on the Mahjub theory in order to obtain scores for nine Arabic pronunciations. The respondents consisted 21 Kadazandusun native speakers comprising teenagers, adults and the elderly. The selection of respondents was based on their ability to read the Quran, mother tongue mastery and their locality. Test results were evaluated with consultation from experts in Quran and Qira’at. Findings revealed [ط [ ,] ض [ ,] ص ], [ع [ ,] ظ ] and [ ح ] as letters that the speakers tend to mispronounce whereas [ أ [ ,] ز [ ,] ت [ ,] د [ ,] س [ ,] غ [ ,] خ [ ,] ق ] and [ ه ] were easy to vocalise. This study has demonstrated that the level of similarities and differences between the phonetic systems of the Kadazandusun and Arabic languages determine the level of interference during language transfer process. Hence it is recommended that the learning of Arabic pronunciation among Kadazandusun native speakers should begin with easier-to-pronounce letters initially and end with those that are more difficult

    Halangan penerapan budaya digital dalam kalangan orang Ubian di Pulau Mantanani, Malaysia Timur

    Get PDF
    Budaya digital adalah realiti dunia kontemporari. Memahami realiti bahawa teknologi digital telah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, terutamanya sejak era pandemik Covid19, kajian ini diinisiatifkan untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan budaya digital dalam kalangan komuniti Ubian di Pulau Mantanani Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kemiskinan digital serta mengenal pasti halangan yang menghalang mereka daripada mengamalkan budaya digital. Pemerhatian turut serta, temu bual serta soal-selidik diaplikasikan untuk mengumpul kedua-dua data etnografi dan kuantitatif yang berkaitan dengan landskap kemiskinan digital komuniti Ubian. Pendekatan teoretikal dan konseptual berhubung tahap kemiskinan digital yang diformulakan oleh Barrantes turut digunakan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa komuniti Ubian dapat dikategorikan sebagai miskin digital. Berhubung halangan untuk menerapkan budaya digital, faktor-faktor yang dikenal pasti adalah peribadi, pendidikan, ekonomi, fizikal, sosial dan pentadbiran. Kemiskinan digital akan terus menjejaskan kehidupan masyarakat Ubian jika ia tidak diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang terbabit. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan beberapa penyelesaian kondusif bagi mengatasi isu digital dalam kalangan masyarakat Ubian di Pulau Mantanani. Diharapkan kertas kerja ini mampu memberi sumbangan dan menjadi pemangkin dalam usaha memperkasakan budaya digital dalam kalangan masyarakat Ubian agar mereka dapat menikmati pembangunan negara dan tidak tercicir dalam ekosistem digitalisasi seiring dengan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara serta Rancangan Malaysia ke-12

    Kedudukan bahasa arab dalam kalangan masyarakat kadazandusun muslim di daerah Ranau

    Get PDF
    Kedatangan Islam di daerah Ranau telah memberikan kesan signifikan terhadap ragam kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya masyarakat Kadazandusun. Masyarakat Kadazandusun yang menerima Islam sebagai satu cara hidup didapati menggunakan bahasa Arab rentetan daripada wujudnya hubungan timbal balas (reciprocal) antara agama Islam, bahasa Arab dan budaya setempat. Kajian ini cuba merungkai kedudukan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Kadazandusun muslim melalui penelitian ke atas pengaruh hubungan timbal balas tersebut terhadap penggunaan bahasa Arab. Objektif pertama kajian ini ialah mengenalpasti tujuan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan seharian masyarakat kadazandusun. Manakala objektif kedua ialah mengenalpasti persepsi masyarakat Kadazandusun terhadap bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data, manakala data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan ukuran kekerapan serta peratusan. Sampel kajian dipilih secara rawak dan melibatkan seramai 392 responden Kadazandusun muslim di daerah Ranau yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sama ada dari sudut jantina, umur, status perkahwinan, pekerjaan dan tahap pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Arab hanya terhad untuk tujuan ibadah dan bukan sebagai bahasa komunikasi harian. Di samping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi masyarakat Kadazandusun muslim terhadap bahasa Arab adalah sangat baik. Diharapkan akan ada kajian pada masa hadapan yang menyentuh secara langsung berkenaan modul pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah dengan mengambil kira cadangan daripada anggota masyarakat setempat

    Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah

    Get PDF
    Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat

    Empowering Adult Inmates with Communication Needs in an East Malaysia Prison

    Get PDF
    Communication skills are essential in our daily life because we communicate to pass information from one person to another. However, to have effective communication in a correctional environment, like prisons, is not easy. There are many distractions and barriers to communicate effectively in prisons. Although prison education should be seen as a way to educate inmates to successfully integrate in society upon their release, inmates face difficulties in getting enough reading materials, content and learning tools to enhance their communication skills. This may negatively affect their integration in society and employability after serving their sentences. Therefore, this study aimed to elicit the communication needs of the adult inmates in one of the local prisons in East Malaysia. We employed a textography research approach, where we combined textual analysis and an ethnographic method (interview), to investigate contexts, texts and practices of the prison studied. The findings showed that the inmates need to learn verbal and non-verbal communication, new technologies for communication and simple English conversations. This study is pertinent in providing insights for the development of suitable teaching and learning modules for prison learning institutions
    corecore