36 research outputs found
Pembangunan bandar kecil di Sabah: isu dan cabaran
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk memahami senario semasa dan perancangan bandar kecil di Sabah. Selain itu, temu bual dan pemerhatian di lapangan juga dijalankan untuk mendapatkan data primer berkait dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah. Hasil kajian mendapati pembangunan bandar kecil di Sabah berdepan dengan pelbagai isu yang boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Manakala antara cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah pula adalah dalam konteks penjanaan ekonomi, bentuk muka bumi Sabah yang sebahagian besarnya bergunung-ganang dan urus tadbir bandar kecil
Tamu dan pembangunan luar bandar di Sabah: isu dan prospek
Tamu telah wujud di Sabah sebelum kedatangan penjajah. Ketika zaman penjajahan itu, tamu adalah tempat pertemuan penting bagi masyarakat tempatan untuk mendapat barangan keperluan harian mereka. Selari dengan kepesatan pembangunan semasa, peranan tamu dilihat lebih dari tempat pertemuan penduduk untuk mendapatkan barangan dan pelaksanaannya juga dilihat telah berubah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan prospek tamu dalam pembangunan luar bandar di negeri Sabah. Selain mengenal pasti isu yang wujud di tamu luar bandar, isu utama kajian ini adalah sejauh manakah tamu luar bandar memainkan peranan sebagai penggerak kepada pembangunan luar bandar. Perbincangan dalam artikel ini banyak berdasarkan kepada temu bual secara mendalam, pemerhatian di lapangan dan data sekunder yang diperoleh daripada jabatan kerajaan, jurnal, dan buku ilmiah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai isu tempatan yang berkait dengan lokasi dan penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti tamu. Kajian ini juga mendapati bahawa kegiatan tamu di Sabah mempunyai prospek dalam menggerakkan pembangunan luar bandar di Sabah
Kesejahteraan Sosial Masyarakat Bandar di Kawasan Perumahan
Pada era globalisasi ini, pembangunan negara tidak dapat diseimbangkan dengan baik memandangkan pembangunan fizikal semakin lebih pesat berbanding pembangunan sosial, terutamanya di bandar- bandar besar yang sedang membangun. Oleh sebab itu, pembangunan sosial haruslah diambil perhatian supaya pembangunan fizikal dan sosial dapat dibangunkan dengan seimbang dan juga seiring. Dasar Sosial negara turut memberikan penekanan kepada aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Di Malaysia, kajian yang melibatkan pembangunan sosial kanak-kanak dalam mewujudkan kesejahteraan sosial di kawasan perumahan adalah kurang diambil perhatian oleh para penyelidik. Maka, kajian ini dilakukan untuk membincangkan mengenai kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai dua perkara penting dalam perancangan bandar iaitu perancangan sosial dan kesejahteraan sosial bandar. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas dan dan juga meneliti Pelan Struktur Sabah 2033 yang diperolehi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah serta temubual berstruktur bersama pegawai Jabatan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah . Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perancangan sosial yang baik dapat memberikan impak yang cukup besar dalam mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat bandar. Taman permainan juga telah dikenalpasti mampu memberikan kesan positif kepada kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Hal ini kerana, taman permainan berperanan sebagai tempat pertemuan sosial, iaitu tempat berkumpul dan saling mengenali antara ibu bapa dan juga anak-anak jiran tertangga
Study on Protection and Development of County Traditional Villages Group from the Perspective of All-for-one Tourism in the New Period
Traditional villages are the historical memory of the Chinese nation, the essence of China's farming civilization, and also important historical and cultural heritage and tourism resources. Scholars at home and abroad have conducted in-depth research on the protection and development of traditional villages from various angles, but these studies lack the direction of traditional villages group in regional counties. The development of all-for-one tourism is a new concept and model for the protection and development of traditional villages in the new era. This paper attempts to apply the theory of all-for-one tourism to explore the path of protection and development of traditional villages group in the county. Traditional villages group in Tongjiang County, Sichuan Province were selected as the research area, and analyzed from the aspects of elements of traditional village cultural resources, opportunities and difficulties of protection and development, etc. Based on data analysis, a series of regional protection and development paths were proposed, including seizing policy opportunities, improving the special planning of all-for-one tourism, deeply strengthening the integration of agriculture, culture and tourism, mining the cultural connotation of villages, and cultivating villagers' main consciousness, are proposed to realize the sustainable development of the traditional village groups in the county
Pembangunan Kejiranan Mampan Di Malaysia: Isu Dan Cabaran
Pembangunan mampan merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara dunia termasuklah Malaysia dalam mengekalkan kemampanan alam sekitar, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Konsep pembangunan mampan penting untuk diterapkan di kawasan perumahan bagi mewujudkan sesebuah kejiranan yang terancang dan sejahtera didiami. Dalam usaha kearah pembangunan kejiranan mampan isu dan cabaran mewujudkan kejiranan mampan mampan wajar dikenalpasti dan difahami. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Isu dan cabaran pembangunan kejiranan mampan yang dibincangkan dalam kajian ini bersandarkan kepada data sekunder yang diperolehi dari pelbagai sumber termasuklah jurnal, buku, bahan bercetak kerajaan dan artikel dari surat khabar. Sumber elektronik pula menerusi platform penyelidikan seperti Scopus, Science Direct, Google Scholar, Academia dan sumber lain yang berkaitan digunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan isu dan cabaran pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Hasil kajian mendapati pembangunan kejiranan mampan di Malaysia berdepan dengan pelbagai isu kejiranan mampan dari segi aspek sosial, persekitaran fizikal dan ekonomi manakala dari segi cabaran pula adalah dari segi aspek profesional, ekonomi dan masyarakat. Sehubungan itu, bagi mewujudkan kejiranan yang mampan, selain kerajaan, pihak seperti pemaju dan komuniti kejiranan juga perlu memahami isu dan cabaran sedia ada supaya dapat memberi sokongan dalam mencapai pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Katakunci: Pembangunan, Kejiranan Mampan, Isu, Cabara
Tahap pengetahuan penduduk terhadap program gerakan desa wawasan yang dilaksanakan di Kg Berundong Papar, Sabah
Penglibatan penduduk dalam program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan lazimnya mempunyai hubungkait dengan tahap pengetahuan penduduk terhadap pelaksanaan program yang diwujudkan. Maka artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk yang terlibat dengan program Gerakan Desa Wawasan (GDW) di kawasan luar bandar dengan mengambil Kg Berundong Papar sebagai kawasan kajian. Aspek pengetahuan penduduk berkaitan pelaksanaan program GDW yang dikaji melibatkan maklumat umum tentang program GDW dan komponen program yang dilaksanakan di bawah program GDW. Kajian ini dijalankan melibatkan 66 Ketua Isi Rumah. Maklumat kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik dan kaedah analisis yang digunakan adalah deskripif dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan majoriti responden mengetahui tentang pelaksanaan program GDW. Walaubagaimanapun tahap pengetahuan penduduk berkaitan matlamat pelaksanaan program GDW lebih tertumpu dalam aspek menarik jika dibandingkan dengan tiga penekanan dalam matlamat program GDW dalam menjadikan kampung maju, menarik dan menguntungkan. Menyebabkan kefahaman responden berkaitan komponen program yang dilaksanakan di bawah program GDW lebih tertumpu dalam program keceriaan kampung. Oleh yang demikian berdasarkan penemuan kajian ini, menunjukkan adalah penting dalam memastikan maklumat pelaksanaan sesuatu program yang hendak dilaksanakan sampai kepada penduduk setempat sebelum dilaksanakan, bagi memastikan objektif pelaksanaan program yang diwujudkan seiring dengan pengetahuan penduduk terhadap kewujudan sebenar program yang dilaksanakan
Wanita dan diversifikasi ekonomi luar bandar di Sabah: Peranan dan potensi pemerkasaan
Wanita merupakan aset penting negara dan penglibatan mereka dalam pembangunan sesebuah negara perlu diperkasakan secara berterusan. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti peranan wanita luar bandar dalam proses diversifikasi ekonomi luar bandar. Kampung Kiau Nuluh yang terletak di daerah Kota Belud dipilih sebagai kawasan kajian. Metod pengumpulan data yang digunakan ialah temubual separa berstruktur dan kumpulan terfokus. Ketua kampung dan ahli JKKK ditemubual, dan mereka dilibatkan dalam kajian terfokus. Selain barisan kepimpinan kampung, anak muda, golongan wanita turut dilibatkan dalam kajian terfokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian yang terletak terpencil di kaki Gunung Kinabalu dengan paras ketinggian lebih dari 1000 meter dari paras laut tidak menghalang penglibatan wanitanya dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi merentas sektor seperti pertanian, pelancongan, industri kecil, berniaga dan perkhidmatan. Kelebihan yang ketara dimiliki wanita di kawasan kajian adalah nilai dalaman dalam diri dan persekitaran mereka. Selain itu keterbukaan mereka menerima peluang yang datang dan wujud di sekeliling mereka juga menjadi faktor penting yang mengupayakan penglibatan mereka merentas sektor ekonomi. Sungguhpun penglibatan mereka merentas sektor ekonomi namun, ia masih berlaku secara melintang. Kekuatan dalaman yang dimiliki oleh wanita di kawasan kajian membuka ruang kepada potensi pemerkasaan peranan mereka dalam proses diversifikasi ekonomi luar bandar. Peluang untuk memperkasakan diversifikasi ekonomi secara menegak perlu diambil untuk mendalamkan proses diversifikasi ekonomi di kawasan kajian. Usaha ini boleh memperkukuhkan lagi penglibatan wanita dalam sektor ekonomi di kawasan kajian dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar di Sabah untuk ke arah pembangunan ekonomi luar bandar mampan
Diversity of rural tourism products and challenges of rural tourism development in Kota Marudu, Sabah
Kota Marudu has a variety of products with the potential to be developed as unique and attractive rural tourism attractions, especially in terms of its beautiful nature and cultural heritage. Rural tourism offers a variety of attractions and local products, such as ecotourism and agrotourism, as well as the culture and heritage of local communities. This study examines the diversity of rural tourism products in Kota Marudu. The variety of products is classified into three main features, namely physical attractions, cultural attractions, and events, as well as other attractions. The variety of products is also divided into two parts, namely those developed by local communities and those operated by certain organisations or departments. The aspects of challenges and problems in developing rural tourism products are also examined in this paper. In the context of Kota Marudu, a study of rural tourism development needs to be undertaken to identify the diversity of tourism products that can be potentially developed, and to examine the challenges and problems toward such efforts. In short, various initiatives and policies need to be carried out practically and holistically so that rural tourism in this district continues to be developed and remains competent