6 research outputs found

    Sungai Batu Archaeological Complex as A Major Industrial Area for the Kedah Tua Kingdom Based on Core Drilling Data

    Get PDF
    Kompleks Arkeologi Sungai Batu adalah kawasan yang terdiri dari himpunan permukiman dan situs pertukaran yang terletak di Lembah Bujang, yang cukup maju sebagai pusat pemerintahan dari abad ke-2 hingga ke-14 Masehi. Temuan arkeologi di Sungai Batu menunjukkan wilayah tersebut merupakan pemukiman yang secara khusus menjadi pusat penghasil besi, baik terlibat dalam kegiatan penambangan maupun peleburan besi. Penelitian lapangan ini menerapkan metode pengeboran inti di kawasan Kompleks Arkeologi Sungai Batu yang bertujuan untuk memperoleh data primer terkait potensinya sebagai pusat kawasan industri Kerajaan Kedah Tua. Bukti arkeologis terkini mengungkapkan bahwa kawasan ini dahulu sebagai pusat bengkel peleburan besi untuk kerajaan Kedah Tua sejak 788 SM. Analisis pengeboran inti berdasarkan contoh tanah jelas menunjukkan bahwa daerah ini merupakan bagian dari teluk laut purba yang luas sebelum turunnya permukaan air laut. Daerah ini lalu berubah menjadi muara sungai yang memungkinkan berdirinya permukiman. Daerah Kompleks Arkeologi Sungai Batu juga kaya akan kandungan bahan baku seperti bijih besi untuk industri peleburan dan alluvium untuk pembuatan batu bata. Daerah ini kemudian berkembang menjadi kompleks industri yang maju sejak 788 SM. Sungai Batu archaeological complex is a group of various settlements and exchange sites located in the Bujang Valley, which developed as a polity from the 2nd to 14th century AD. The archaeological findings at Sungai Batu suggest the position of the area as a polity or settlement specializing in primary iron production, which involved the activities of iron mining and smelting. Field research involving core drilling methods applied in the area of ​​Sungai Batu Archaeological Complex with the main purpose of obtaining primary data related to its potential as a major industrial area of ​​Kedah Tua Kingdom. This is because current archaeological evidence reveals that this area has been used as a major and advanced iron smelting workshop for the Kedah Tua kingdom since 788 BC. Analysis of core drilling (soil samples) clearly shows that this area represented the part of a large ancient marine bay before the sea level decreased. It was changed to become a river estuary allowing settlements to be established. Sungai Batu Archaeological Complex also exposed many raw materials such as iron ore for the smelting industry and alluvium for making a brick. It has developed into a flourishing industrial complex since 788 BC

    Faktor Kesukaran dalam Proses Memodelkan Sebuah Tapak Arkeologi Menerusi Pendekatan Geospatial

    Get PDF
    Selama bertahun-tahun, ahli arkeologi telah bergantung pada peta dan analisis ruangan untuk memahami taburan artifak dan ciri di seluruh tapak arkeologi secara visualisasi. Walau bagaimanapun, pengenalan foto udara, penderiaan jauh digital, sistem maklumat geografi (GIS) dan sistem keletakan global (GPS) telah menyediakan ahli arkeologi dengan alat canggih untuk menganalisis dan menggambarkan taburan dan data arkeologi dengan cara yang inovatif. Oleh yang demikian, analisis geospatial telah mendapat pengiktirafan yang penting sebagai salah satu alat untuk membantu ahli arkeologi. Dengan menyepadukan foto udara, penderiaan jauh, GIS dan GPS ke dalam penyelidikan mereka, ahli arkeologi kini dapat menganalisis kuantiti data yang besar dalam masa yang sama memahami peranan ruangan. Ini telah membolehkan mereka memperoleh pandangan baru tentang taburan dan corak ciri arkeologi tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial. Antara faktor kepelbagaian yang menimbulkan kesukaran dalam proses memodelkan tapak arkeologi adalah tapak arkeologi, persekitaran, tingkah laku atau kelakukan dan faktor teknikal. Dengan kemajuan teknologi, pendekatan geospatial merupakan kaedah terbaik untuk penyelidikan arkeologi manakala ahli arkeologi perlu berhati-hati dan menimbang faedah dan cabaran yang berkaitan dengan analisis geospatial, memastikan kaedah ini digunakan secara berhemah dan beretika

    pH and electrical conductivity measurements of aqueous solutions of amino acid-based ionic

    No full text
    Ionic liquids are promising materials for several applications. Amino acid based ionic liquids (AAILs) as a sort of a new generation of ionic liquids are recently proposed taking advantage of hydrogen bonding group and low toxicity. Three types of AAILs are examined in this work; namely 1-Octyl-3-Methylimidazolium Glycine [OMIM][Gly], 1-Octyl-3-Methylimidazolium Alanine [OMIM][Ala] and 1-Octyl-3-Methylimidazolium Proline [OMIM][Pro]. The pH and molar conductivity are measured at ambient conditions for AAILs aqueous solutions at different concentrations; specifically 1, 10, 20, and 30 wt.%. The experimental results show that all AAILs solutions are alkaline (pH>7) where [OMIM][Pro] has the highest pH compared to its counterparts. The trend is reversed for molar conductivity as [OMIM][Gly] showed the highest molar conductivity. These results are attributed to the smaller size of [Gly] compared to [Pro] and [Ala]. However, adding AAILs increases the molar conductivity of the water

    Potensi kawasan Kompleks Arkeologi Sungai Batu dalam industri besi dunia berdasarkan analisis data survei bahan peleburan besi dan penggerudian dalam

    No full text
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan data primer berkaitan potensi kawasan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai kawasan peleburan besi Kedah Tua. Sehubungan itu kajian ini akan menggunakan kaedah survei dan penggerudian dalam bagi mengoptimumkan dapatan data bagi kajian ini. Ini kerana bukti arkeologi semasa jelas mendedahkan kawasan ini telah digunakan sebagai bengkel peleburan besi utama dan maju bagi kerajaan Kedah Tua sejak 788 Sebelum Masihi. Analisis ke atas sampel tanah melalui penggerudian dalam jelas menunjukkan sebelum kawasan ini mewakili persekitaran teluk yang luas sebelum aras laut menurun dan persekitarannya berubah kepada sungai yang membolehkan petempatan didirikan. Hasil survei sekitaran Kompleks Sungai Batu juga membuktikan kawasan ini mempunyai kelimpahan hasil bumi seperti bijih besi untuk tujuan peleburan besi, pokok bakau sebagai bahan bakar peleburan besi dan tanah aluvium bagi bahan asas pembuatan bata bagi pembinaan monumen yang kesemua ini menjadi pemangkin kepada perkembangan kawasan ini dalam penghasilan produk besi dunia

    Faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial

    corecore