87 research outputs found

    Ulasan buku: Mohammad Reevany Bustami, Surwandono, Ali Maksum, Rita Widiastutik. (2021). Matriks perdamaian: Teori berkembar hubungan Indonesia-Malaysia. Prodi magister ilmu hubungan internasional. Program pascasarjana. Universitas Muhammadiyah Yogyakarta. Hlm. 198. Isbn:978-602-52966-6-6

    Get PDF
    Buku ini ditulis oleh beberapa orang sarjana dan peneliti prolifik di Indonesia dan Malaysia. Dalam kata pengantar, salah seorang penulis buku ini menyebutkan bahawa buku ini berakar dari sebuah lagi karya mereka iaitu Why are We Angry at Them (2016) yang diterbitkan oleh Penerbit Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia. Beberapa karya para penulis terdahulu amat penting dalam memahami karya ini kerana ia memberikan gambaran langsung kepada keseluruhan perbincangan dalam penulisan ini. Sebelum memulakan pengulasan tentang buku ini, dipetik kata-kata Roland Barthes, salah seorang sarjana tersohor Perancis yang menyebut The Death of the Author. Kata-kata ini dipetik kerana perbincangan dalam ulasan ini terhad kepada bagaimana interpretasi buku ini dilakukan. Interpretasi ini adalah berasaskan kepada pemahaman, ilmu dan kaca mata pengulas sendiri. Dalam hal ini, mungkin maksud yang difahami daripada membaca teks ini berbeza dengan maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh para penulis

    Aktor bukan negara dan keselamatan nasional di Malaysia: Tentera Diraja Sulu dan Pencerobohan Lahad Datu, 2013

    Get PDF
    Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia berhadapan beberapa bentuk ancaman keselamatan seperti ancaman Komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan sebagainya. Namun, era pasca Perang Dingin berlaku perubahan dalam memahami keselamatan di mana ancaman keselamatan nasional banyak disumbangkan oleh aktor-aktor bukan negara, misalnya kumpulan pengganas. Oleh itu, makalah ini membincangkan mengenai insiden pencerobohan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Tentera Diraja Sulu (RSA) di Tanduo pada 2013. Pencerobohan ini memberikan gambaran bahawa aktor bukan negara juga mampu memberikan ancaman keselamatan yang sangat besar kepada keselamatan nasional. Malahan insiden ini menunjukkan bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini adalah lebih besar daripada ancaman yang ditimbulkan oleh elemen-elemen keselamatan tradisional yang menekankan kepentingan aktor negara dan penggunaan ketenteraan oleh negara lain seperti yang difahami dalam kajian keselamatan. Dalam menjelaskan bagaimana ancaman ini dilihat sebagai salah satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara, beberapa indikator akan digunakan; pertama, cara kerajaan bertindak menangani ancaman ini; kedua, jumlah kematian yang disebabkan oleh RSA; ketiga, panik dan ketakutan dalam kalangan pasukan keselamatan dan masyarakat; dan keempat, jumlah wang yang diperuntukkan untuk menangani masalah ini. Artikel ini berhujah bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana aktor bukan negara juga memberikan implikasi yang besar kepada keselamatan nasional di Malaysia. Oleh itu, satu pendekatan holistik diperlukan dalam usaha menangani masalah ini. Dalam usaha menyiapkan makalah ini, selain menggunakan bahan perpustakaan dan surat khabar, penulis turut menggunakan beberapa pendekatan lain seperti pemerhatian, temu bual, kerja lapangan di kawasan terbabit dan sebagainya untuk melihat keseriusan ancaman yang ditimbulkan oleh aktor bukan negara ini

    Moving the Indonesian capital city and social Implications for Sabah

    Get PDF
    Malaysia-Indonesia is one of the most important countries in the world. Malaysia is also the second most important country in Indonesia, and Malaysia is the third most important. Indonesia is a country with the largest number of people living in Malaysia. Malaysia and Indonesia are a part of the world, and Indonesia is the second largest country in terms of the total number of Malaysians living in Indonesia. Malaysia is the fourth largest country, with a population of 1.9 million people. Malaysia has the highest number of residents living in Southeast Asia and the third largest in Southeast Asian countrie

    Kepesatan pembangunan ekonomi dan dasar tenaga kerja di Sabah, 1960-an – 1980-an

    Get PDF
    Pembangunan ekonomi negeri yang pesat menyebabkan sektor ekonomi negeri Sabah bergantung kepada tenaga kerja asing dari negara Indonesia dan Filipina yang majoritinya bekerja secara tidak sah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan Negeri sejak awal lagi telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing tanpa izin dengan mengambil beberapa inisiatif awal mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negeri ini. Makalah ini melihat kepesatan pembangunan ekonomi negeri Sabah serta usaha-usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pihak swasta di negeri ini untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja pada awal kemerdekaan sehinggalah tahun 1980-an. Dua inisiatif utama dibincangkan, iaitu penubuhan Lembaga Kumpulan Wang Perpindahan tahun 1960-an dan penubuhan Sabah Immigrant Manpower Center 1980-an. Kedua- dua inisiatif menangani kekurangan tenaga kerja ini gagal mencapai matlamat. Keadaan ini menyebabkan cara terbaik menangani masalah kekurangan tenaga kerja dengan mendapatkan pekerja asing dari negara jiran terutamanya Indonesia dan Filipina yang majoritinya bekerja di negeri ini secara tidak sah. Trend kebergantungan kepada pekerja asing tanpa izin akhirnya menjadi elemen utama pembangunan ekonomi negeri Sabah pada hari ini

    Malaysia-Timor Leste’s Relations, 2002-2015

    Get PDF
    As a new state in the international system, Timor Leste requires partners and development models to enable the country to flourish. In this regard, Malaysia with its extensive experience dealing with international issues is seen as the most appropriate model in realizing this desire. Despite the fact that Timor Leste has no strategic economic value to Malaysia, as Timor Leste is seen as a poor and newly independent state, the writer argues that Malaysia has enormous responsibilities in assisting these new independent neighbours. Hence, the main focus of this paper is to evaluate how Malaysia who has a similar experience as a former colonised state and experienced nation-building process can assist the process of forming a newly independent nation thus contributing to the peace and stability in the country as well as and at the regional level. It discusses Malaysia's commitment to the development of the Timor-Leste, and at the same time it seeks to identify current cooperation and other strategic areas of interest for both countries

    Fungsi Dan Peranan ESSCOM Dalam Menjamin Keselamatan Sabah: Satu Perbandingan Persepsi Antara Komuniti ‘luar’ Dan Komuniti Esszone

    Get PDF
    Makalah ini bertitik tolak daripada persoalan metedologi dan epistemologi dalam memahami persoalan keselamatan di negeri Sabah melalui penubuhan ESSCOM. Bagi mengatasi masalah ini, penulis cuba memberikan alternatif baru mengenai persoalan ini dengan menjelaskan isu ini daripada kacamata penduduk di lapangan. Dengan kata lain, makalah ini cuba untuk melihat persepsi komuniti di kawasan terpinggir dan kurang merupakan mendapat tempat di media massa dan media eltronik. Untuk tujuan tersebut, makalah ini melihat perbandingan persepsi ‘orang luar’ dan juga penduduk di Pantai Timur Sabah (atau dikenali sebagai komuniti ESSZONE) terhadap penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk terutamanya di wilayah ESSZONE. Makalah memfokuskan kepada beberapa kawasan di gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu yang meliputi beberapa kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani dan Tambisan. Makalah ini melihat bahawa ESSCOM ditubuhkan untuk menjamin keselamatan penduduk dalam komuniti ESSZONE. Oleh itu, apapun persepsi yang wujud mengenai penubuhan ESSCOM, makalah ini melihat ianya perlu dilihat dari perspektif ‘orang dalam’ iaitu komuniti ESSZONE sendiri. Makalah mendapati bahawa penubuhan ESSCOM adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit. Persepsi ini berbeza dengan persepsi sebahagian masyarakat luar yang melihat penubuhan ESSCOM sebagai satu ‘pembaziran’, ‘projek gajah putih’ dan ‘patut dibubarkan’. Dalam menyiapkan makalah ini, kombinasi kaedah temubual dan borang soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data di samping kaedah penyelidikan arkib, internet dan perpustakaan digunakan bagi menyokong hujah yang dinyatakan

    Dasar `memakmurkan jiran` dan penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di Selatan Filipina

    Get PDF
    Sejak tamatnya Perang Dingin, negara-negara di rantau Asia Tenggara menjadi prioriti utama dalam dasar luar Malaysia. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa faktor kedekatan merupakan sebab utama Malaysia meletakkan rantau ini sebagai salah satu daripada prioriti utama negara. Dengan kata lain, masalah yang berlaku di negara ini jika tidak diselesaikan akan secara tidak langsung memberikan implikasi keselamatan, ekonomi dan politik jangka panjang kepada Malaysia. Menyedari akan masalah yang berlaku di negara-negara jiran ini menyebabkan Malaysia sangat menekankan kepada polisi memakmurkan jiran, satu polisi yang bertujuan untuk mencapai keadaan situasi menang-menang di antara negara jiran dan Malaysia. Oleh itu, dengan menggunakan kes hubungan Malaysia-Filipina, makalah ini melihat penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina mempunyai kesan langsung kepada kepentingan dan perkiraan keselamatan negara. Dalam hal ini, isu yang paling mendesak yang membawa kepada penglibatan Malaysia di wilayah bergolak ini adalah bertujuan untuk memastikan agar konflik yang membawa banyak masalah kepada Malaysia ini, misalnya isu pendatang dan pelarian Filipina dan masalah penculikan oleh Abu Sayaf di negeri Sabah yang telah berlanjutan untuk beberapa tahun akan dapat diselesaikan apabila proses keamanan ini dicapai kelak. Intipati ini merupakan asas kepada dasar memakmurkan jiran yang diamalkan oleh Malaysia dan penglibatan negara dalam proses keamanan yang berlangsung di selatan Filipina

    Serbuan, pengusiran dan krisis tenaga kerja di Malaysia : dilema negara dan dasar tenaga kerja asing di Sabah (Raid, deportation and labour crisis in Malaysia: state dilemma and foreign workers policies in Sabah

    Get PDF
    Sabah state is considered to accommodate the highest number of immigrants and foreign workers in Malaysia. This situation raises concern for the Sabahan and politicians in this country. However, this situation and the problems of immigrants and foreign workers in Sabah today cannot be understood simply by looking at the recent developments. This is due to the fact that it is necessary to look back to the process of Sabah’s economic development and urgent labour force demands in the last few decades. Therefore, this paper offers a genealogy of Sabah policies on foreign workers by focusing on the development of the state's economy and labour shortage crisis since the colonial period until the recent days. With this regard, despite the fact that some efforts and policies have been undertaken by the government (federal and state levels) and also private initiatives, however, it continues to be a major obstacle for the state’s economic development. Therefore, if the Sabah state wants to move into a developed state such as the states in the peninsula, the issue of labour shortages become a major barrier. In other words, economic development and modernization will not succeed without foreign workers, mainly Indonesian workers

    PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KRISIS TENAGA KERJA DI MALAYSIA: Geneologi Tenaga Kerja Asing di Sabah

    Get PDF
    Sabah pada hari ini dianggap sebagai negeri yang paling banyak menerima kehadiran pendatang dan pekerja asing di Malaysia. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk dan juga ahli-ahli politik di negeri ini. Namun, situasi dan masalah pendatang asing dan tenaga kerja asing di Sabah seperti yang menjadi perbualan hangat pada hari ini tidak boleh difahami hanya dengan melihat kepada perkembangan yang berlaku kebelakangan ini. Ini kerana ia perlu melihat kepada proses pembangunan ekonomi di Sabah dan keperluan tenaga kerja yang mendesak di negeri Sabah sejak beberapa dekad. Oleh itu, artikel ini cuba untuk melihat geneologi dasar pekerja asing di negeri Sabah dengan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah dan krisis kekurangan tenaga kerja di negeri ini sejak negeri ini di bawah pentadbiran penjajah sehinggalah ke hari ini. Dalam hal ini, walaupun beberapa usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan dan negeri) serta inisiatif swasta, namun masalah krisis kekurangan tenaga kerja ini masih menjadi hambatan utama kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah. Oleh itu, apabila negeri Sabah ingin bergerak menjadi sebuah negeri maju setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung, isu kekurangan tenaga kerja menjadi penghalang yang utama kepada hal ini. Dengan kata lain, pembangunan dan modenesasi ekonomi negeri Sabah tidak akan dapat dilaksanakan tanpa tenaga kerja asing di negeri ini, terutamanya pekerja asing Indonesia. Katakunci: Pekerja Asing, Ekonomi, Sabah, Indonesia, Malaysia
    • …
    corecore