54 research outputs found

    An appraisal of Malaysia’s continuing membership in the Commonwealth organisation

    Get PDF
    The Commonwealth has always had a central place in Malaya/Malaysia’s foreign policy, especially in the period immediately after independence and in the first few years of the formation of Malaysia. This was the period when Malaysia needed Commonwealth assistance most, in part, due to its requirement for external defense. Such assistance was not only relevant in the context of constructive cooperation but, more importantly, there was no other organization at that time in the region that could be of assistance to it. Whilst Britain was keen at accommodating Malaya as a member of the organisation upon independence, it were the Prime Ministers of Malaysia who played decisive roles in determining the extent of the relationship with the Commonwealth. The benefits Malaysia derived from such association were also heavily shaped by the styles and perceptions of successive Prime Ministers.Although the emergence of ASEAN, OIC, and other similar bodies in later years of which Malaysia is also a member, has gradually eroded Malaysia’s profound attachment to the Commonwealth, however, it has no intention of leaving the Commonwealth. It has continued to offer some degree of both tangible and intangible support to the organisation in which successive Malaysian Premiers have acknowledged its relevance to the country’s foreign policy as well as it being a useful platform to articulate Malaysia’s views on political and socio-economic matters concerning, not only Commonwealth countries, but also the world at large

    Ethno-religious and regional rivalry in Nigeria: An old and creeping trend

    Get PDF
    One of the major characters of the Nigeria is the prominence of ethnicity, regionalism and religion in her formation from 1914, and the succeeding trends, particularly in her public affairs.These (ethnicity, regionalism and religion) have therefore, greatly been influencing her unity, cohesion, development and sustainability.Not only have these manifested and determined Nigerian state make up, structure and affairs, but also resulted in conflicts, threats to national cohesion, controversies, and unhealthy rivalry among the heterogeneous ethno-religious and regional groups in the country. This article explores ethno-religious and regional rivalry among Nigeria’s prominent religions, major, small and minority ethnic groups.It also examined the factors responsible for, the effects of rivalry on Nigerian state and the policy measures put in place by various regimes to contain the rivalry. It is very clear from the study that the basic reasons for the rivalry are economic, political, power and fear of domination and supremacy by the others. The article also argues that although ethno-religious, regional rivalry has been a potent threat to Nigeria’s unity and social bond, accommodation, stability and prosperity, it is also positively awakening individuals, religions, groups and regions to civic duties and political participation, stand for their rights, responsibilities, etc.The nature and extent to which the rivalry is pursued (either positive or negative) determines the consciousness and stimulation of drives by the groups to rise up to impending socio-economic and political development, which in turn speeds up the progress and development of the state, or further threaten national unity, social bond, and stability of Nigeria

    Nigerian citizens and fundamental rights: myth, manoeuvre and reality

    Get PDF
    Fundamental rights have importance, concern and challenges to societies and states at local and international levels.Those are, however, more in developing states and democracies. Many Nigerian citizens especially civilians and the poor have gone into despair for most of the citizens’ rights exist only on paper and are not realistic.This paper investigated the fundamental rights of Nigerian citizens: provisions, enforcement, and myth in these rights; reality and manoeuvre by various stake holders in human rights provisions; enforcement and safeguard.The study used secondary sources of data.It is found that fundamental rights provisions and enforcement in Nigeria are constrained by military rule, poor or no political will and commitment, poor constitutional provisions, poor legal aid and services, ignorance of the existing laws and provisions, deliberate acts to thwart the arm of justice, corruption, judicial incompetence, inefficient justice system, socio-cultural provisions, poverty, state aligned threats and intimidations.The study recommends extensive and intensive education and enlightenment to citizens, full monitoring and strict compliance with provisions on rights, broader and functional legal aid services especially to the poor and the ignorant, revamping Nigeria’s justice system to reflect current realities and strict compliance with the rules of engagement by the armed forces, and reviewing laws such as the Penal and Criminal code laws to co-opt new trends and realities

    Analisa Konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

    Get PDF
    Konsep Pertahanan Menyeluruh adalah berkait dengan usaha yang total dan bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan, agensi bukan kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya dijalankan oleh angkatan tentera. Secara logikal tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan dan kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu dipupuk semangat cinta akan negara atau patriotisme dan perlu mendedahkan semangat untuk mempertahankan negara dalam apa jua keadaan sekali pun. Latihan khidmat negara (National Service) dilihat sebagai salah satu pendekatan bagi sesebuah negara untuk mendekatkan rakyat kepada konsep ini. Oleh itu, kajian ini akan melihat konsep pertahanan menyeluruh dalam latihan khidmat negara yang telah dijalankan oleh negara Malaysia iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

    Mahathiriskonomism: Memperjelas Peranan Mahathir Mohamad dalam Pengurusan Krisis Ekonomi 1997/98

    Get PDF
    Penulisan ini memfokuskan kepada pengamalan dan pendekatan serta peranan Tun Dr. Mahathir dalam penyelesaian krisis ekonomi 1997/98 dan menumpu kepada pembinaan konsep dinamakan sebagai Mahathiriskonomism. Secara jelas, Tun Dr. Mahathir memainkan peranan dan pembinaan “ism” berasaskan corak pemikiran dan model kepimpinan beliau membantu Malaysia keluar dari kemelut kegawatan krisis ekonomi tersebut tanpa memerlukan bantuan asing yang membelenggu sistem politik dan ekonomi negara. Krisis ekonomi 1997/98 berlaku secara mengejut bagi Malaysia dan menerusi proses pemulihan dilaksanakan kerajaan, ia berjaya dilakukan dengan pantas kerana wujudnya polisi yang dijanakan oleh pengurusan Malaysia sendiri. Mahathirisasi dan elemen pengurusan yang jelas, ditunjangi kekuatan kepimpinan dan sifat keperibadian Tun Dr Mahathir, bersama pasukan pengurusan profesional telah menzahirkan formula Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997/98. Pendekatan menangani dan memulihkan krisis ekonomi 1997/98 mencetuskan formula dan konsep yang dinamakan sebagai Mahathiriskonomism. Kejatuhan nilai ringgit serta terjadinya krisis kewangan yang memberi impak kepada sektor ekonomi dilihat menjadi satu peristiwa yang merubah pendekatan pengurusan politik dan ekonomi di Malaysia. Krisis ekonomi yang berlaku memberikan impak terhadap Malaysia dengan menjejaskan wawasan serta perancangan pembangunan ekonomi serta menyebabkan gangguan terhadap perancangan untuk mencapai kemajuan yang disasarkan kerajaan. Krisis ekonomi 1997/98 memberikan kesan besar kepada pelbagai sektor terutamanya perbankan, kewangan dan korporat, dan ia juga merunsingkan pihak kerajaan. Proses menangani kegawatan dan melaksanakan pemulihan ekonomi, kerajaan Malaysia yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi mandat Barisan Nasional berjaya bertindak balas terhadap krisis tersebut dan memperkenalkan cara tersendiri berbanding dasar dan tindakan yang dipraktikkan oleh Thailand dan Indonesia yang menerima bantuan antarabangsa terutamanya IMF. Pengurusan secara profesional menerusi penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 bertujuan menguruskan krisis ekonomi dan mengurangkan jurang antara sektor kerajaan dan swasta, dan ini merupakan langkah Mahathirisasi pentadbiran negara semasa krisis. Langkah MTEN yang diperkenalkan oleh kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan penghasilan satu kerangka tindakan di namakan sebagai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) yang diwujudkan berasaskan orientasi ke arah penstabilan nilai mata wang Ringgit Malaysia di pasaran mata wang antarabangsa telah memberikan kesan positif iaitu ia telah terbukti berjaya mengembalikan keyakinan pelabur terhadap pasaran dan kedudukan ekonomi Malaysia. MTEN menerusi PPEN yang juga berorientasikan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, mengukuhkan asas ekonomi dan ekuiti di dapati berjaya dilaksanakan dengan berkesan, dan ia menjayakan aplikasi Mahathiriskonomism dalam pengurusan negara semasa berhadapan krisis politik dan ekonomi

    Mahathiriskonomism dan Elemen Diplomasi Ekonomi dalam Pengurusan Ekonomi Malaysia Berhadapan Krisis Ekonomi 1997/98

    Get PDF
    Krisis ekonomi 1997/98 melanda Malaysia secara mendadak, namun proses pemulihan telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dilakukan tepat pada masanya kerana wujud dasar atau polisi yang dihasilkan oleh kepintaran pengurusan Malaysia itu sendiri. Melalui tindakan Mahathirisasi dan komponen pengurusan yang jelas, disokong oleh kekuatan kepemimpinan Dr. Mahathir Mohamad, tulang belakang pasukan pengurusan dan gaya kepemimpinan yang berkesan telah membawa formula Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997/998 yang dikenali melalui pendekatan Mahathiriskonomism. Pendekatan yang melibatkan unsur diplomasi ekonomi sebagai kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk menghadapi dan bertahan dari tekanan ekstrem yang melanda Malaysia pada bulan Ogos 1998, menyebabkan penurunan tertinggi dalam nilai tukar mata wang Ringgit Malaysia (RM), tekanan terhadap rizab asing dan juga kenaikan kadar faedah. Krisis ekonomi 1997/98 menimbulkan kesan besar kepada Malaysia dengan mempengaruhi visi dan perancangan pembangunan ekonomi, menyebabkan gangguan pada garis masa dan perancangan yang cuba dicapai oleh kerajaan. Sektor perbankan dan korporat paling banyak terkena dampak krisis ekonomi ini, dan ini sangat membimbangkan pemerintah. Dalam proses menangani kemerosotan ekonomi dan mengatur langkah pemulihan ekonomi, kerajaan semasa kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad berjaya bertindak balas dengan memperkenalkan sistem bertentangan yang diamalkan oleh Thailand dan Indonesia, di mana mereka menerima bantuan IMF. Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (NEAC) dibentuk pada 7 Januari 1998 untuk menguruskan krisis ekonomi dan mengurangkan jurang antara sektor kerajaan dan swasta. NEAC di bawah kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad membina kerangka tindakan yang dinamakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN), yang telah memberi kesan positif, terbukti berjaya memberikan kestabilan dan keyakinan di pasaran, memperkuat kedudukan ekonomi rakyat. Melalui mekanisme pengurusan yang terbentuk dengan baik, elemen Diplomasi Ekonomi menyuburkan usaha pemulihan ekonomi. Hubungan baik Malaysia menerusi kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad dengan Jepun dan China berdasarkan aplikasi Dasar Pandang ke Timur berperanan positif sebagai asas pemulihan ekonomi Malaysia. Objektif utama penulisan ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan pengurusan bersama aplikasi ‘diplomasi ekonomi’ bersama pendekatan Mahathirriskonomism yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membantu Malaysia keluar dari kegawatan krisis ekonomi 1997/98. Aplikasi Diplomasi ekonomi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaksanakan dalam pendekatan Mahathiriskonomism menggambarkan bahawa amalan diplomasi ekonomi yang positif adalah tonggak utama penyelesaian yang berjaya digembleng semasa berhadapan krisis ekonomi

    Keperluan Pembangunan Industri Pertahanan Malaysia

    Get PDF
    Pembangunan keupayaan pertahanan merupakan salah satu agenda dalam Dasar Pertahanan Negara Malaysia (DPN), pelbagai strategi dirangka dan dilaksanakan bagi memantapkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya. Salah satu komponen yang diberikan perhatian adalah membangunkan Industri Pertahanan Negara, malah pembangunannya memperlihatkan kepada keperluannya kepada keselamatan dan ekonomi negara. Prinsip pertahanan berdikari, keperluan kepada keselamatan negara dan juga pembangunan kepada ekonomi secara amnya menjadi pemangkin kepada pembangunan Industri Pertahanan (IP) ini. Secara keseluruhannya objektif dan matlamat pembangunan IP Malaysia yang bermula sekitar 1960 an telah menjadi salah satu agenda utama kerajaan bagi keberlangsungan industri ini, malah sehingga ke hari ini usaha untuk memajukannya masih diberi perhatian oleh kerajaan bagi mencapai prinsip self-reliance yang selari dengan intipati di dalam Dasar Pertahanan Negara Malaysia. Artikel ini secara amnya akan membincangkan mengapakah keperluan dalam pembangunan IP ini sejak awal penubuhannya

    Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) di dalam Sistem Pertahanan Malaysia

    Get PDF
    Senario ancaman keselamatan ketika dan selepas Perang Dingin telah mempengaruhi Malaysia untuk membangunkan aspek pertahanan dan keselamatan negara. Ia adalah satu bentuk keperluan kepada Malaysia bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin. Justeru Malaysia telah membangunkan aspek pertahanan semenjak tahun 1957 dan semakin berkembang mengikut perkembangan ancaman semasa. Dalam memastikan matlamat ini tercapai Malaysia telah menumpukan kepada pembangunan Dasar Pertahanan dengan memperkenalkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang merupakan konsep pertahanan yang diamalkan oleh kebanyakan negara sama ada di Asia Tenggara, Asia dan Eropah. Artikel ini menjelaskan proses pembangunan Dasar Pertahanan Negara (DPN) melalui peranan kerajaan khususnya ATM dalam melaksanakan pertahanan menyeluruh iaitu HANRUH di negara ini

    Pembangunan dan Permodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pasca Perang Dingin

    Get PDF
    Kerajaan Malaysia telah memberikan penumpuan terhadap aspek keselamatan dan pembangunan pertahanan sejak dari kemerdekaan negara lagi. Pada ketika ini, ancaman yang dihadapi oleh negara adalah melibatkan dua bentuk ancaman iaitu ancaman dari dalam negara dan ancaman dari luar negara. Kebanyakkan negara khususnya di rantau Asia Tenggara telah mencapai kemerdekaan di antara tahun 1950-an dan 1960-an. Sebagai sebuah negara yang juga boleh dikategorikan juga baru mencapai kemerdekaan, negara-negara di rantau Asia Tenggara ini tidak lari dari menghadapi pelbagai ancaman yakni ancaman dari sudut dalaman negara seperti ancaman pemberontakan komunis semasa insurgensi, konflik etnik, ketidakstabilan politik, rusuhan kaum, masalah perpaduan dan sebagainya telah menjadi faktor yang juga telah mempengaruhi perbentukan Dasar Pertahanan Negara (DPN). Manakala ancaman dari sudut luar seperti persempadan, persaingan kuasa besar antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet semasa perang dingin yang juga menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik, konflik dan peperangan di rantau Asia Tenggara, persaingan ideologi, ketegangan hubungan dan konflik hubungan antara negara, ancaman terrorisme dan pemberontakan serta sebagainya telah mempengaruhi dan memaksa negara Malaysia untuk membangun serta memodenkan sistem pertahanan negara

    Kepesatan Pembangunan dan Pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Era Perang Dingin dan Pasca Perang Dingin

    Get PDF
    “Fenomena anarki” telah mempengaruhi kebanyakan negara untuk memberikan tumpuan dan perhatian terhadap pembangunan Angkatan ketenteraan bagi menjamin keselamatan untuk tujuan kelangsungan hidup. Manakala merujukkan kepada teori neo-realisme, teori ini mengatakan dilema keselamatan sebagai situasi yang sentiasa ada ancaman yang cuba untuk menggugat keselamatan negara mahupun ianya dari bentuk unsur ancaman tradisional mahupun dari unsur dari ancaman bukan dari tradisional. Akibat dari senario keselamatan dan sifat anarki dalam sistem antarabangsa, keadaan ini akan menyebabkan negara perlu bergantung pada diri sendiri untuk kelangsungan hidup. Ini merujuk kepada konsep self help atau self reliance di mana setiap negara mempunyai kepentingan negara mereka tersendiri dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam sistem antarabangsa. Melihat dari sudut Angkatan Tentera Malaysia (ATM,) perspektif pembangunan dan pemodenan ATM semasa era Perang Dingin dan Pasca Perang Dingin ternyata mempunyai perubahan yang signifikan di mana pembangunan ATM sebelum tahun 1990 lebih bersifat konvensional dan pasca Perang Dingin memperlihatkan pembangunan ATM bersifat lebih strategik
    corecore